Tiada kenaikan RON95, diesel, LPG buat masa sekarang

BN berjaya menunjukkan yang mereka prihatin akan keperitan hidup rakyat akhirnya.. minyak tak naik harga barang tetap akan naik kan??





Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan tidak ada kenaikan bagi petrol RON95, diesel dan LPG.

"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.


Bagaimanapun katanya, jemaah menteri tidak membincangkan selama mana keputusan itu akan bertahan.

Awal hari ini, wartawan sibuk 'mengejar' beberapa menteri di Putrajaya bagi mengetahui keputusan kabinet berhubung cadangan mengurangkan subsidi bahan api itu.

Adalah tidak fahamkan bahawa jemaah menteri tidak membuat sebarang keputusan berhubung kenaikkan tarif elektrik atau isu lain berkaitan subsidi pada mesyuarat mingguannya hari ini.

Sebaliknya menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Kebangsaan (NEC) bagi keputusan muktamad. Selain itu, katanya, kemelut pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan juga dibawa ke mesyuarat tersebut.

Panel NEC dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kiri), yang juga adalah menteri kewangan dan dianggotai oleh 12 ahli, termasuk, menteri kabinet dan pegawai kanan seperti Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (bawah, kiri). Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (atas, kanan) juga menganggotai majlis itu.

Dalam perkembangan berkaitan, taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin (kanan) di mana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.

Taklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.

Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair pada mesyuarat mingguannya itu.


Malaysiakini

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sorilah kalau aku sikit pun tak fikir itu tindakan prihatin oleh kerajaan ni. Prihatin selepas dilanyak, ditentang, dibangkang apa maknanya tu, prihatin orang yang dikejutkan dari tidur dalam darjah?....kahkahkah....UMNO dari dulu pun memang terkenal tak pernah nak fikir dulu sebelum buat, semuanya jenis shoot first ask later.

    Tau kenapa kerajaan takut nak naikkan harga minyak? Sebab ada pencacai UMNO yang bodoh pi bubuh dalam blog tentang perbandingan harga minyak sepertimana yang Anak Kg Pertama paparkan kat tajuk sebelum ni. Sekarang rakyat dah tau memang perbandingan bodoh tu langsung tak menunjukkan logik mengapa harga minyak negara kita lebih mahal dari negara2 lain.

    AKP, tak ke berdebat dengan aku tentang senarai perbandingan kau tu?

    ReplyDelete
  2. Keputusan yg gembirakan rakyat..tapi ada ke rakyat tahu bersyukur dgn berita nie?...geng of PR dah hilang famous point utk ceramah2 mereka...lps nie akan spin pulak kata barang2 akan naik pulak..itu kerja mereka selama-lamanya..spin n spin n spin..depa nie golongan manusia tak tahu bersyukur...nasib le..yg tak nak berfikir..sebenar kena berfikir diluar kotak pemikiran..

    ReplyDelete
  3. BN ni nak tipu undi rakyat algi.
    Bila menang pilihanraya umum nanti, harga kebanyakan barangan akan naik. Wang yang terjimat maka akan disarankan kepada kroni2 BN.

    ReplyDelete
  4. adakah saudara yg bercakap tetang syukur memehami makna syukur lebih dari tok2 guru yg pernah mengajar makna syukur kepada kita?,apa yang tok2 guru kita pernah mengajar kita tentang makna syukur ialah menggunakan niamat yg ALLAHSWT anugerahkan kepada kita semata2 untok beribadah dan mentaati titah perintahNYA.

    ReplyDelete
  5. Hak rakyat utk bersuara bagi menentang segala keputusan yg boleh mendatangkan kesusahan rakyat wajar ditentang...tidak timbul rasa tidak bersyukur atau tidak...Itu hak rakyat. Tindakan kerajaan tidak menaikkan sebarang kenaikan barang keperluan ...ke, petrol ...ke...itu wajar diutamakan.....Kalau tidak x apa guna kerajaan war2 slogan...RAkyat didahulukan. Memang menjadi hak parti pembangkang dan rakyat bersuara....kalau tidak...kerajaan ....akan bermaharajalela .....menggunakan kuasa mrk...utk mentadbir kerajaan...Mana 2 pemimpin wajar merujuk Kitab Tajus'salatin karangan Bukhari Al Jauhari dalam mentadbir sesebuah kerajaan atau negara.Sekiranya pemimpin kita merujuk Kitab Tajussalatin...saya yakin tidak wujud...rasa tidak puas hati.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kepada mereka2 yg selama ini membantah secara senyap dan secara lantang, melalui tulisan di blogsite dan ceramah terhadap sebarang cubaan kerajaan najib razak utk menaikan harga barangan, samada pemimpin PR, penyokong PR, golongan atas pagar dan semua yg simpati dengan nasib rakyat.
    Pokoknya, pemimpin dan ahli umno TIDAK ada dlm senarai yg patut kita berterima kasih. Hakikatnya kerajaan takut kehilangan sokongan rakyat lebih parah lagi justeru itu ambil keputusan utk tidak naikan harga minyak buat masa ini. Satu tindakan yg cekup tidak ikhlas. Pemimpin umno-apco tak pernah berhati perut dan prihatin akan nasib rakyat...yg pasti seandainya mereka menang di pru13, bukan saja harga minyak malah lebih banyak lagi harga barang keperluan asas akan naik mendadak.
    Untuk itu JANGAN sekali2 undi umno-BN. Pemimpin umno buat negara ni macam MAK BAPAK MEREKA PUNYA!!!
    Pemimpin umno adalah spesis makhluk perosak perlu di tentang habis-habisan.

    ReplyDelete
  7. kalau bersyukur pakai semua duit Rosmah barulah kena pd tempatnya tapi kalau bersyukur pakai duit aku duit engkau yg bayar tax itu tax ini mana boleh jadi.... AKP ni adalah mangsa sihir umprono yg belum sembuh lagi...kesiannnn

    ReplyDelete
  8. klu dh pencacai tu pencacailah jugak..nmpk sgt umporno dh rasa takut pd kuasa rakyat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post