
Hari ini pula salah seorang dari Ulama Muda UMNO juga melahirkan simpati terhadap Anwar, kata Fathul Bari Mat Jahya dalam satu forum "Dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam".
Tapi rasanya pencacai UMNO tu mana peduli dosa dan pahala.. asalkan dapat mengaibkan Anwar apa pun mereka sanggup lakukan.. hatta menabur fitnah sekalipun..
Baca juga apa Ahmad Maslan kata kat bawah ni..
Ulama Umno: Tak patut aibkan Anwar
Dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam, kata ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya dalam satu forum hari ini.
Fathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.
"Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," katanya dalam satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu hari ini.
Jelasnya, sekalipun pihak pembangkang pernah bertindak mengaibkan pemimpin parti itu, Umno tidak sepatutnya mengambil tindakan serupa.
Katanya lagi, kesahihan berhubung pelaku di dalam video seks berkenaan juga sepatutnya diserahkan kepada siasatan pihak berkuasa.
"Saya tidak tahu video itu benar atau tidak. Saya tidak tengok, kita serahkan kepada pihak berwajib," katanya lagi dalam sesi soal jawab di forum anjuran satu gabungan NGO Melayu itu.
Pandangannya itu disambut oleh seorang lagi anggota panel, Datuk Ahmad Maslan yang berkata isu rakaman video seks itu tidak melibatkan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, parti BN ataupun Umno sendiri.
Katanya, Umno adalah "dua kali bodoh" jika menggunakan kaedah sama dengan mengaibkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, memandangkan Umno telah menghadapi kesannya dalam pilihan raya umum 1999.
Hinggakan, sesetengah pemimpin Umno "tinggal seluar dalam sahaja" kerana undi yang tidak memihak kepada mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar.
Jelasnya, pengundi Melayu pada masa itu memilih pembangkang kerana marah dengan tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar.
Namun, isu sebenar berhubung dakwaan melibatkan Anwar sumpah laknat yang dilakukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendakwa turut berada di lokasi rakaman video aksi seks tersebut, kata Ahmad.
Tuduhan melibatkan Anwar juga melibatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan berhubung kes Liwat II yang kini sedang dibicarakan, tambahnya.
Maka, cara terbaik bagi Anwar untuk menepis dakwaan tersebut adalah dengan turut membuat sumpah laknat bagi menafikannya, kata Ahmad lagi.
Seorang lagi ahli panel dalam forum yang dihadiri kira-kira 100 orang itu ialah seorang wakil NGO dariapda Majlis Perundingan Melayu, Hasan Mad.
Malaysiakini
Umno dan blogger pro Umno tidak akan mendengar nasihat Fatrul Bahri dalam kes tuduhan liwat dan zina.
ReplyDeleteWujudkah Sumpah Lakhnat Dalam Hal Tuduhan Zina?
Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
.
INILAH BEZA UMNO DAN PAS. DALAM UMNO HARUS BERBEZA PANDANGAN. KALAU DALAM PAS, SIAPA BERBEZA DENGAN NIK AZIZ JADI SAMPAHLAH MACAM NASHARUDDIN MAT ISA.
ReplyDeleteUlama muda lanchow.....sepatutnya nasrudin (kerajaang perpaduang) join ulama muda ni...sbb sama2 lanchow.
ReplyDeletebg aku cite video ni tak menjadi, bila tak menjadi mula lah tunjuk simpati... mana suara mereka bila anwar dan keluarganya mempertahankan maruah??
ReplyDeleteBeza UMNO dgn PAS... PAS 'mencantikkan' islam (bygkan org yg dah cantik dicantikkan lg)UMNO pula Islam yg 'mencantikkan' dia org tp tahap ni pun dia org tak lepas...
Ulama Muda Ulama hebat,
ReplyDeleteBerzikir dan berzakar cukup tepat,
Aiii..sheikh..bukan ke dah terlambat,
maruah Anwar hancur dah kena sebat!
sepatutnya macam ulama muda tu cakaplah misti ikut tapi tak mau nak aib juga. Polis pun macam, mana sek 292 KK. Nak suruh sumpah balas pula macam dah tak ada Melaysia dah. DSAI pun ada penasihat ugama juga bagi pihaknya. Silap langkah nanti dia pulak kena berkaitan hukum pula. Jadi lebeh baik pi mahkamah bawa 4 saksi ,tak mau pula. Itu yang susahnya. Majoriti orang Islam pasai
ReplyDeletenak cemar ugamanya depa tak sanggup
Ketua Pemuda PAS hari ini menyiarkan artikel terbaru bertajuk 'Negara Islam Solusi Perpaduan' artikel tersebut mengundang kemarahan DAP ,PKR dan erdorgan PAS hinggakan Harakah cepat cepat membuang artikel tersebut setelah menyiarkan buat beberapa ketika.
ReplyDeletealahai si luncai,
ReplyDeletenak defend UMNO lg ke..? ape punye mentaliti la ko ni kan..lau jumpe depan2, meh nak sekel sket kpale ko...
lau nak berhujah biar la bernas sket...
Alahai si luncai..
ReplyDeleteAku sokong komen hang..memang puak2PR nie cemburu apa yg di katakan..sebenarnya depa terperangkap..nak cakap lebih takut terkena batang hidung...pasal tu mereka cerita yg baik aje tentang depa..hakikatnya..cakap tak serba bikin..
alahai si lanchow ni ada kt mana2 blog PR bagi komen mengutuk2 PR.Brapa najib bayar kau lanchow!!
ReplyDeleteanak kg pertama yg tak ori,
ReplyDeletehang ni pantang dpt clue sekit... terus spin, tak pening2 lagi ka ooi! tapi satu pasal hang ni tak pernah originate idea, asyik dok cedok idea orang dan perpanjangkan..typical character seorang belaci atau barua.
Nak tanya sekit kat siluncai..hang tak baca utusan ke? kan utusan itu dari dulu, kini dan mungkin selamanya asyik dok memperlagakan pemimpin PR, baik sesama atau dalam parti komponen tu sendiri? utusan sendiri mengiakan wujud perbezaan pendapat dlm PR tapi mana ada cantas mencantas dalam PAS seperti yg hang cuba bayangkan tu. Jangan dok buat fitnah, cari dosa kering ooi.
panjang said
ReplyDeleteAKP best sebab dia suka layan kita n menunjukkan betapa singkatnya akal (atau singkatannya BDO)puak umno dan plg utama setiap kali dia berhujah semakin jauh minat pembaca kepada UMNGOK. tima kasih..
lanchow eh silap lunchai .. dr nama pun org tau ko x layak nak komen bab agama sbb lunchai akan terjun dgn labunya.. another BDO dilahirkan oleh UMporNO..wakakaka
Biasaklah tu bila Alahai Luncai ke Leekonekyou ke masuk blog Pakatan pasal nak promosi blog diaorang la. Korang tak tau ke blog2 pencacai UMNO ni bila lagi hit lagi banyak dapat habuan dari paymaster UMNO, jadi depa2 ni pasang lah pukat kat mana2 blog lain kot2 ada rezeki sapa tau kan? Sebenarnya masuk ke blog lawan ni ada bagusnya untuk kita kenal musuh kita. Kita jangan ikut perangai Melayu bila bermusuh orang Melayu suka merendahkan musuh, kita ikut Sun Tzu orang China yang kata kenali musuh anda, hormati musuh anda kalau nak menang perang kerana dengan cara itu kita akan belajar kekuatan dan kelemahan musuh kita. Kita jangan risau dengan cakap2 mereka yang tak akan ubah apa2 persepsi kita terhadap UMNO dan BN sebab tujuan mereka memang untuk memesongkan pendirian kita, cakap2 mereka sebenarnya makin menguatkan pendirian kita untuk menentang ideologi UMNO/BN bila mereka yang masuk ke blog ini menampakkan pemikiran orang2 UMNO/BN yang banyak cacat celanya dan lagi banyak mereka bercakap lagi banyak mereka membuka pekong di dada.
ReplyDeleteMereka memilih untuk berada di pihak yang kuat kerana itu lebih mudah bagi mereka2 ni yang memangnya jenis melukut di tepi gantang walau mereka tau yang kuat tidak bererti yang betul asal saja mereka boleh dapat makan. Kita memilih untuk berada di pihak yang menentang kemungkaran pihak yang kuat, walau kita kecil dan masih lemah, walau kita diserang dan ditekan dari semua sudut, yang penting kemenangan bagi kita bukanlah kerana kita tak pernah jatuh tapi kita tetap bangkit semula setiap kali kita jatuh.
alahai si luncai dan AKP!!
ReplyDeleteDALAM UMNO HARUS ADA BERBEZA PANDANGAN?!! SEMUA KAKI ANGGUK MACAMAANA ADA BERBEZA PANDANGAN. DALAM BN PUN UMNO JENIS KAKI BONTOT, IKUT AJE BUDAYA MCA DAN MIC. BERSATU HATI KATAKAN!! POOOORAAAAH.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!