UMNO tawar TG Nik Aziz jawatan Menteri?

Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dalam masa terdekat.

Menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.

Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".


Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

Bagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.

Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

Difahamkan, majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang. Turut serta Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan dua anggota parlimen, termasuk Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Abdullah Sani (Kuala Langat).

Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu dan ada daripada mereka yang difahamkan terkejut dengan pendedahan itu.


Malaysiakini

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Bila minta bersatu atas dasar Islam , mereka tolak.
    Bila minta mereka ubah dasar kepada dasar Islam , mereka tolak.

    Tapi bila mereka kuat , mereka akan tunjuk semula tanduk mereka. Lebih baik biarkan Umno rebah tersungkur.

    ReplyDelete
  2. ameno spt biasa akn menafikan ujud nya rundingan ini dgn mengatakan jwt menteri yg ditawarkan sebenarnya lebih dr 3... he he he... sikit 3 tu...

    bg aku pula adalah lebih baik ameno lupakan pas.. tanpa pas,.. ameno boleh berkuasa ... jaga islam, jgn perlekehkan ulamak spt TGNA dll.. dptkan satu org yg sama stand dg TGNA bila bercakap ttg Islam..

    dah dpt calun ini... suruh dia jumpa TGNA.... tp mereka kena sedar lah nak dpt kan org mcm TGNA ni berpuluh tahun... nak ganti PM senang jeee...

    ReplyDelete
  3. Tuan guru tak pelahap jawatan menteri, UMNO tak perlu nak bodohkan rakyat PAS dengan tawaran bodoh tu. Tuan guru tak perlu apa2 jawatan sekarang pun dia dah jadi khalifah. Kalau dia gilerkan jawatan kerajaan BN ni, dia hanya akan jadi ketua kafilah. Dengan kepimpinan dan karismanya sekarang ni pun rakyat seluruh Malaysia tau "he is above others", kalau dia join UMNO dan dapat jawatan menteri, "he is among others"! Cukuplah UMNO jangan menghina rakyat dengan menawarkan rasuah jawatan.

    ReplyDelete
  4. Itu tidak demokrasi nama nya, bila komponen BN dah tak laku, dan BN hampir jatuh, baru nak pujuk PAS dan DAP, baru lah kata mereka ni lebih sesuai dengan agenda BN daripada agenda PR.
    Kasih lah PR jadi kerajaan sikit, BN jadi pembangkang, salah kah?
    Kita tengoklah macamana mereka tadbir, kalau tak baik rakyat meluat, kita tukar lagi habis 5 tahun, baru adil.
    Kalau nak curi, cukuplah sampai 5 tahun aja, habis tu masuk penjara 5 tahun
    BN ni bukan curi , Rompak 50 tahun pun tak puas lagi Nak mintak jamin kat PAS nak terus Rompak.
    Buat apa!!!!!

    ReplyDelete
  5. aku kata ....

    Bila minta bersatu atas dasar Islam , mereka tolak sebab UMNO BN pun tak perlu usaha nak jadikan Islam sebagai amalan dan budaya (kepala isteri pemimpin pun banyak yang terdedah)

    Bila minta mereka ubah dasar kepada dasar Islam , mereka tolak sebab UMNO sejak dulu lagi tak pernah membuktikan untuk ubahh dasar hanya bercakap sahaja. Dah 53 tahun daaa.. bila lagi

    Tapi bila mereka kuat , mereka akan tunjuk semula tanduk mereka. Lebih baik biarkan Umno rebah tersungkur dan itu aku setuju dan biarkan semua melayu masuk PAS dan sokong memperkuatkan pakatan dan seimbangkan kuantiti ahli DAP.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post