
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tekad itu adalah satu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama PR yang telah dicapai pada kedua-dua konvensyen Disember 2009 dan 2010.
PR juga menggariskan pendirian seumpama itu menerusi satu kenyataan bersama tiga pemimpin komponen pada September 2008.
“Oleh yang demikian hiruk-pikuk yang dilemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang Melayu beragama Islam bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian adalah satu pemberitaan yang sangat tidak beramanah,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini petang ini.
Mengulas laporan Utusan Malaysia semalam, Hadi berkata, kegagalan mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca daripada kealpaan dan kelemahan pimpinan Umno yang telah diberi amanah memerintah negara selama lebih dari 50 tahun.
“Merekalah yang sebenarnya gagal memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan sehingga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat, melemahkan jati diri orang Melayu beragama Islam, dan seterusnya menghadapi kecelaruan sakhsiah dan bencana akidah yang tidak mampu untuk menguatkan orang Melayu beragama Islam dalam negara kita ini,” kata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.
Dalam laporannya semalam, Utusan Malaysia mendakwa ada konspirasi mahu menjadi Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.
Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Dalam kenyataannya, Hadi juga menegaskan bahawa apa lagi yang boleh diharapkan daripada Umno kerana mereka juga gagal memberikan kefahaman Islam sebenar dan seterusnya gagal menunjukkan contoh Islam yang unggul kepada rakan mereka MCA dalam Barisan Nasional.
“Hasilnya kita dapat lihat sendiri bagaimana pendirian dan kenyataan politik pimpinan MCA ini semakin hari semakin hanyut dan menampakkan kecelaruan dalam memahami Islam sebagai agama rasmi negara kita ini,” katanya.
The Malaysian Insider
Jadah apa, DAP bising sangat tentang Al-Kitab dalam Bahasa Melayu yang perlu menjalani penapisan dan penghadan? Jadah apa, DAP sibuk dengan IFC yang ingin melihat semua agama dilayan serata dan serupa dengan agama Islam? Jadah apa, DAP menyokong forum murtad atas nama kebebasan agama?
ReplyDeleteDan jadah apa, PAS memekak tentang SIS sedangkan apa yang dilakukan oleh DAP untuk merendahkan umat Islam, agama Islam dan status umat serta agama Islam di negara ini, dikemam di dalam mulut sebelum ditelan ke dalam perut?
Tak rendah lagikah kalau DAP mempertikaikan peruntukan masjid dan mempersoalkan mengapa rumah ibadat selain masjid tidak dibantu walhal Najib mencanangkan 1Malaysia? Padahal perkara tersebut termaktub di dalam Perlembagaan negara.
Tak mengancam lagikah kalau kalimah ALLAH hendak dikongsi-kongsi seperti yang diamalkan di Indonesia agar masyarakat Islam Malaysia dilihat lebih terbuka, khususnya di Semenanjung?
nak tanya ... apa hukumnya kalau kita seorang Islam berusaha untuk menajatuhkan/menggantikan pemimpin yang beragama islam dengan seorang pemimpin beragama kristian (mubaligh kristian lagi) . Dari segi hudud apa hukuman nya ???
ReplyDeletecontohnya masa pilihanraya sarawak baru baru ni .... terang terang nak menggantikan Taib Mahmud dengan Baru Bian ... harap anak kaariah masjid papan boleh tolong jawab ??
PAS semakin menyesatkan orang Melayu Islam untuk habuan dunia sehingga sanggup bersekongkol dengan orang kafir.
ReplyDeleteSemua fatwa pemimpin PAS ibarat DAJAL yang menekan dan menghimpit orang Melayu Islam untuk kepentingan DAP.
Jadah ape kena dengan korang Anon berdua ni? Jadah apa ke jadah perlembagaan Malaysia mana yang kata PM atau KM mesti Melayu dan mesti Islam? Mana jadah nye yang kata mesti junjung perlembagaan tapi bila bab ni kenapa pulak si haram jadah nak ngamuk suruh jangan ikut perlembagaan? Jadah apa kalau yang haram jadahnya UMNO yang dok bising suruh rakyat dok diam jangan bising2 ikut saja kemahuannya? Anak haram jadah!
ReplyDeleteApa kejadah Islamnya kalu hukum Islam dipertikaikan, dan tak diamalkan.
ReplyDeleteJadah apa setakat pertikai Bible Melayu, berbanding buku tahyol, khurafat, bidaah, seolah-olah amalan umat Islam.
Tak termasuk lagi buku dan majalah pornografi, artis melayu (Islam) lucah bla..bla..blaa, sehingga merosakkan persepsi bukan Islam terhadap Islam.Apa tindakan?
Jadah Islam apa menipu dan memfitnah, benda tak betul di highlight konon nak jaga Islam, last dah backfire, islam terfitnah UMPORNO buat bodo.
Nak kejadah apa DAP tak perjuang Islam, dah memang parti DAP Parti Tindakan Demokratik, jadik dia akan perjuang untuk semua.
UMPORNO backing SIS, puak yang mengaku Islam tapi mempersenda Islam.
Kejadah Islam apa, UMPORNO sanggup bayar Yahudi Apco 77 juta, tapi tak sanggup bayar royalti negeri umat islam yang merupakan hak mereka.
Tapi jadah nya parti UMPORNO yang kononnya perjuang Islam tapi iannya adalah perosak Islam no wahid.
Jadah apa anon2 bengong lagi bangang yg bercakap macam orang mabuk. Apa selama ni MCA tak pernah pertikai apa2 tentang Islam dalam malaysia? Siapa dia peguam MCA yg suruh azan disenyapkan, apa orang UMNO buat.. masing2 menikus macam tikus. Hak DAP untuk menyuarakan pendapat kalau dia tak faham dan menjadi tugas PAS utk memberi kefahaman tentang syiar Islam.. dan setakat ni DAP lebih toleransi daripada MCA. Sebabnya.. UMNO pun tak faham Islam macamana nak beri kefahaman ttg Islam kepada MCA.
ReplyDeleteCuba korang tengok di Penang. CM dari DAP tapi peruntukan utk Imam dan Bilal naik, bonus kepada para Huffaz pun ada.. peruntukan masjid dinaikkan.. peruntukan sekolah Agama dinaikkan .. so itulah hasilnya kefahaman yang PAS dah berikan kepada DAP.
Tapi UMNO? Semakin hari semakin jauh dari Islam.. Buktinya, program karaoke, konvoi yang campur laki perempuan lebih banyak dari program bercorak agama. Apa yg UMNO tahu ttg Islam? Sekadar sembahyang jumaat dan puasa aje ke? Sampai kiamat pun MCA tak akan faham..
anon 9.46pm ni bodoh ka pura2 bodoh utk perdaya orang? kalau betul bodoh, aku tak nak komen tapi kalau pura2 bodoh utk menipu, itu adalah sifat munafiq.
ReplyDeleteCuba hang pi tanya kat ahli2 umno yg undi kamalanathan di hulu selangor tahun lepas, soalan yg sama. kamalanathan SU MIC tu kapiaq hindu sembah tokong. yg hampa tu mengaku islam pi undi dia buat apa?? Yahudi apco suruh kot???
hang dah tahu jawabannya dok tanya buat apa? aku ulang lagi kalau pura2 bodoh utk perdaya orang, itu munafiq.
umno/bn ibarat duri dalam dagin kepada islam, dap duri diluar dagin mana lebih aula kita buangkan dahulu yang dalam atau yang luar itulah kaedahnya kepada soalan kita yang diatas tu.
ReplyDeleteooo rupanya umat melayu islam kat sini lebih memuja cina komunis DAP dari orang yang satu bangsa dan satu agama dengan mereka . Tak der iman kot . Mungkinlah iman yang ada pada diorang ni dah tenggelam dengan rasa benci akibat taksub dengan politik . Patut lah nabi pesan tak beriman orang yang tidak mengasihi saudara nya sepertimana dia mengasihi . dirinya . Rupanya puak puak ni bersaudara dengan cina komunis DAP . Pakatan Rakyat katakannnnnnnnnnnn
ReplyDeletemca islam kah.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!