Video Lucah : Cawangan Khas terlibat?

Nampaknya kini hampir semua jentera Kerajaan telah diperkudakan oleh UMNO untuk menyerang DS Anwar Ibrahim..

PKR hari ini mengutarakan penglibatan Bukit Aman dalam beberapa siri ceramah untuk menyebarkan 'pembohongan' dan 'fitnah' terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelantan, negeri pimpinan PAS.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali mendakwa pegawai polis di peringkat nasional bertindak sebagai "agen politik" untuk Umno.


Menurut Azmin , program itu - berjudul 'Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Masa Kini' - dilangsungkan di beberapa tempat di di Kelantan yang mensasarkan penyertaan guru dan pengetua sekolah.

Seramai 2,000 pegetua dan guru dikatakan terlibat.

Azmin menambah, seorang daripada penceramah merupakan pegawai polis kanan berpangkat SAC, Abdul Rahman Ismail yang merupakan ketua penolong pengarah dalam unit sekretariat dan penyelidikan Bukit Aman.

Dengan pendekatna sebegitu, Azmin mendakwa Abdul Rahman menjadi seorang daripada "agen fitnah untuk bercakap tentang isu liwat dan seks".

"Dia dakwa Anwar bersalah dalam kes liwat dan video seks," dakwa Azmin sambil menyifatkan penglibatan polis sebagai penyalahgunaan kuasa oleh Umno.


PKR blames Bukit Aman police for Anwar smear.

PKR zeroed in on federal police headquarters Bukit Aman today that it said is involved in a series of talks to spread ‘lies’ and ‘slander’ against Opposition leader Anwar Ibrahim in PAS-led Kelantan.

In a press conference at the party headquarters in Tropicana, Petaling Jaya, PKR deputy president Mohd Azmin Ali reiterated PKR’s accusation that a senior police officer at the national level was playing “political agent” for Umno.

According to Azmin, the talks – entitled ‘Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Masa Kini’ – were organised in Bachok and other areas in the state and were directed at school principals and teachers.

As many as 2,000 principals and teachers are said to have attended the talks.

Azmin said one of the main speakers is a senior police officer with the rank of SAC, Abdul Rahman Ismail, and is the chief assistant director in the research and secretariat unit in Bukit Aman.

Azmin, who is also member of parliament for Gombak, said the party has evidence to back up its claims.

By engaging with the public in such a manner, Azmin said Abdul Rahman had become one of the BN-government’s “slander agents to talk about sex and sodomy issues”.

“He claimed Anwar is guily in the case of sodomy and sex video issue,” claimed Azmin, who described the alleged police involvement in the talks as an abuse of the police force by Umno.

Last Friday, vice-president Nurul Izzah Anwar had said she received complaints that a senior police official – erroneously named as ‘Isa Abdul Rahman’ from Bukit Aman – had given talks to teachers in several schools in Kelantan for the past month to discredit Anwar.

“This officer from Bukit Aman” has been telling teachers that Anwar is a threat to national security and that he is actually the one in the sex video screened to journalists at a hotel in Kuala Lumpur on March 21, Nurul Izzah said she was told.

Fellow vice-president Tian Chua also accused the police of “dancing to the tune of the ruling parties”, saying he personally has received complaints that Malay party workers have been pulled aside for “friendly advice” from the police.

“My election workers have been pulled aside and given a lecture by the police, saying that ‘it’s true that Anwar is the man in the video’ and that they have ‘inside information’.

“It’s not isolated but widespread. Many of our Malay party members have been targeted to be given this sort of ‘advice’ that Anwar truly is the actor. Such talk has been experienced by many PKR members,” he said.


Malaysiakini

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. eskay telah habis peluru yang mahu digunakan.ramai yakin eskay akan tewas juga akhirnya.tetapi MALANG NYA,seorang yang dikatakan paling layak untuk membantu Presiden PAS sebagai Timbalan,bukan sahaja telah memberi peluru baru pada Eskay,malah di hulur bersama sebutir bom nuklear untuk diletupkan olih Eskay dan mereka mereka yang bersamanya.
    aku ingatkan Husam Musa seorang yang cerdik dengan perangkap demi perangkap yang dipasang olih pihak musuh,tapi rupanya ia sendiri termasuk perangkap didalamnya.
    aku baru tengok sebuah siri TV dalam program CSI dimana ayatnya diterjemah :Bolihkah dipercayai ujian ketelusan percakapan tadi.
    Mat salleh pun tidak berapa percaya teknologi yang dicipta olih mereka,kenapa pula kita terhegeh hegeh mahu mengheret gejala ini kedalam masyarakat kita.
    Jika Husam Musa bukan dari pemimpin PAS,aku tak akan timbul perkara ini,tetapi kerana Husam adalah pemimpin PAS dimana Islam adalah teratas dan peraturan didalamnya jadi rujukan aku juga akan bertanya:CERDIK KAH HUSAM,atau TERLINTASKAH DALAM HATINYA ESKAY MUNGKIN BETUL?.Dan mungkinkah Husam juga berpendapat VIDEO yang berada ditangan polis itu TULIN tanpa ada rojak sewaktu pembikinannya.

    ReplyDelete
  2. Lebih baik orang yang bodoh tapi jujur daripada orang yang pandai tapi songsang. Kalau orang kata dalam PAS ada ramai orang bodoh dan dalam UMNO ada ramai orang "smart", yang aku lihat selama ni pun orang2 PAS yang bodoh tu lah yang buat orang2 UMNO yang konon "smart" sangat jadi lebih dari bodoh!

    ReplyDelete
  3. semakin hari semakin kalut episod video seks ni. Seolah-olah hari ni rakyat dijadikan juri, datuk T seperti pendakwa, polis seperti budak suruhan datuk T, media menjadi pentas bagi datuk T membentang kes tapi bila di soal balas, skrin pentas ditutup dan hanya dibuka semula bila datuk T buat tuduhan baru. Siapa hakimnya?? nak buat lie test ni untuk semakan siapa sebenarnya? macam saya kata tadi siapa hakimnya? kini seolah2 seluruh negara malaysia menjadi mahkamah tapi tak ada hakim. kes ini dihidangkan kepada rakyat melalui pentas media umno yg hanya boleh digunakan oleh datuk T dan sesiapa saja yg menyokong datuk T. Tujuannya supaya statistik merdeka survey sebulan lalu yg menunjukan 64% sample population tak percaya 20% tak pasti dan 14% percaya berubah dan memihak kepada umno.

    ReplyDelete
  4. HAHAHA....jokes of the day....anwar yg balun org lain yg salah...hahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post