Video lucah makan diri.. Pujukan tak dipeduli.. Akhirnya ugut!

"Pandangan ini tidak akan saya tulis jika saya tidak yakin tentang kebenaran situasi yang telah saya gambarkan tadi. Pandangan yang saya utarakan ini sebenarnya juga adalah pandangan sesetengah pemimpin Umno walaupun di dalam terang mereka mempertahankan Umno itu."


Dalam masa dua hari ini keadaan politik bertambah panas. Ada dua tiga isu yang membuatkan suhu politik negara naik dengan mendadak. Pertamanya saranan Najib supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan yang keduanya amaran keras Najib terhadap orang Cina jika kaum itu tidak memberikan sokongan kepada BN.

Satu lagi isu ialah MCA telah melakukan ‘brainstorming’ di antara pemimpin di peringkat kawasan dan tertinggi untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan jika MCA di tolak oleh pengundi khususnya dari pengundi kaum Cina dalam pilihanraya yang akan datang.

Kaum Cina nampaknya menjadi sasaran hebat dan gertak mengertak dilakukan ke atas kaum itu baik dari Pimpinan Melayu BN dan juga dari MCA sendiri.


BN sedang memulas tangan kaum Cina kerana sokongan kaum itu terhadap BN sudah kian lemah. Dalam keadaan yang sama Umno masih lagi belum pulih dari perasaan rendah diri kerana takut ditinggalkan oleh kaum Melayu.

Keadaan meruncing ini merupakan yang paling menyakitkan BN, malahan keadaan ini mungkin bertambah rumit lagi jika dibandingkan dari zaman Abdullah Badawi. ‘Intuition’ yang ada pada diri saya dengan jelas memberikan bayangan yang kali ini BN akan menghadapi keadaan yang jauh lebih rumit untuk mengekalkan kuasa dari pilihanraya 2008 yang lalu.

Jika semasa pilihanraya dahulu gegaran terhadap BN hanya berlaku di Semenanjung tetapi kali ini undi popular BN di Malaysia timur telah jatuh dengan begitu besar sehinggakan negeri Sarawak sudah pasti tidak lagi kekal sebagai ‘fixed deposit’ bagi BN lagi. Dalam pada itu BN perpaduan BN di Sabah sudah menunjukan berlakunya pergolakan apabila parti LDP menuntut supaya BN di negeri itu tidak lagi diketuai oleh Umno Sabah.

Apabila LDP membuat kenyataan itu Ahli-ahli DUN Sabah dengan tergesa-gesa telah membuat kenyataan untuk menyokong Musa Aman sebagai Ketua Menteri tanpa berbelah bagi. Tindakan ini merupakan satu lagi petanda yang BN khususnya Umno di Sabah sudah sampai ke persimpangan.

Jika keadaan ini tidak terkawal maka Sabah juga tidak akan lagi menjadi simpanan tetap bagi BN pada masa yang terdekat ini. Susah untuk mencari alasan bagi menafikan keadaan ini.

Berbalik kepada ugutan Najib terhadap orang Cina, ianya merupakan tindakan yang membazir. Ianya membazir kerana dengan ugutan itu ianya menunjukan yang pemimpin kita sudah berada di dalam keadaan panik setelah tidak berjaya memujuk kaum Cina untuk menyokong BN melaui MCA di Semenanjung dan SUPP dari Sarawak. Jika seseorang pemimpin masih mempunyai keyakinan pada diri dan partinya sendiri, kenyataan yang berelimenkan ugutan tidak mungkin timbul.

Dalam nafas yang sama Najib telah meminta supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana pada pandangan PM Najib PAS tidak ada apa-apa keuntungan berada di dalam gugusan PR itu. Najib sudah sedar yang Melayu sendiri mempunyai parti alternatinya iaitu PAS seperti bangsa Cina mempunyai alternatifnya, DAP.

Dua bangsa terbesar di negara ini, Melayu dan Cina yang selama ini telah bersatu di dalam BN, sekarang ini sudah ada kecenderungan kedua-dua kaum terbesar ini untuk bersatu di luar BN. Isu yang diharapkan oleh BN untuk membantunya mendapat sokongan dari rakyat seperti isu sodomy Anwar dan video seks juga yang melibatkan Anwar telah gagal untuk dimunafaatkan oleh BN kerana keraguan rakyat terhadap BN lebih besar dari isu yang dipalitkan terhadap Anwar.

Malahan isu-isu itu telah menjadi ‘counter productive’ kepada BN pula.

Politik seperti juga ilmu metamatik mempunyai formula yang jelas untuk diikuti supaya mendapat jawapan yang tepat. Formula kekuatan politik di negara ini khusunya di Semenanjung bergantung kepada dua kaum terbesar iaitu Melayu dan Cina. Jika kedua kaum terbesar ini bersatu di bawah BN maka BN lah yang akan meraih kuasa dari rakyat. Jika kedua-dua kaum ini memilih untuk bersatu di luar BN maka jawapannya mudah untk diketahui umum… tidak payah untuk disebut dan dinyanyikan.

Inilah yang menyebabkan Najib bertindak mengugut dan menekan kaum Cina supaya memberikan sokongan kepada BN. Tidak mungkin pemimpin nombor satu akan melakukan ugutan jika keadaan masih memihak kepadanya.

Sebagai seorang pemimpin yang paling tinggi tentunya beliau akan melakukan kempen secara beretika dan 'civil' serta lebih demokratik. BN patut sedar yang kaum Cina telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi selama ini dan kecenderungan mereka untuk memberikan kepada pihak alternatif hanya berlaku sejak beberapa tahun dahulu sahaja. DAN berlakunya keadaan ini mesti bersebab yang datangnya dari pihak kita.

Tetapi oleh kerana segala cara telah dilakukan tetapi kaum Cina masih tidak menyokongnya maka adalah natural bagi PM Najib mengugut kaum itu sebagai kaedah yang sudah tidak dapat dielakkan lagi. Ugutan merupakan kaedah yang terakhir untuk mengekalkan kuasa mentadbir negara.

Dengan ugutan ini ianya secara automatiknya melenyapkan persepsi yang cuba ditanam oleh BN yang DAP itu sebuah parti yang rasis kerana yang rasis sebenarnya ialah BN yang diketuai oleh Umno.

Pandangan ini tidak akan saya tulis jika saya tidak yakin tentang kebenaran situasi yang telah saya gambarkan tadi. Pandangan yang saya utarakan ini sebenarnya juga adalah pandangan sesetengah pemimpin Umno walaupun di dalam terang mereka mempertahankan Umno itu.

Mungkin pandangan saya ini merupakan pandangan yang salah tetapi dalam keadaan apa sekali pun saya tetap mempertahankan ramalan saya ini akan menjadi kenyataan jika kita tidak melakukan ‘soul searching’ yang intensif.

Aspan Alias — aspanaliasnet.blogspot.com

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Aku rasakan kenapa kaum Cina di Malaysia mula backfire "dacing penipu" ini adalah mungkin kerana mereka mempertikaikan tentang apa guna bayar cukai serta lain-lain bayaran (termasuk rasuah) kepada k'jaan sedangkan mutu perkhidmatan menjadi semakin teruk, integriti yang semakin merudum dan jaminan terhadap kesejahteraan hidup mereka semakin tipis. Ramai kaum Cina di Malaysia adalah merupakan golongan peniaga dan mereka mempertikaikan apa faedah yang mereka dapat apabila harga barang semakin naik serta secara relatifnya kuasa membeli semakin turun. Najib tak usah la nak ugut-ugut orang Cina Malaysia ni. Apa dia dengan geng "dacing penipu" nak buat, nak start balik 13 Mei (13 Mei nak dekat ni)? Atau dia mulakan holocaust terhadap kaum Cina di Malaysia? Sekarang ini orang Melayu yang berfikiran rasional semakin ramai dan mula sedar betapa penting "dacing penipu" dihancurbinasakan dengan seberapa segera. Najib gunalah dengan serakus-rakusnya jentera dan kewangan kerajaan untuk tujuan politiknya tapi realitinya hayat dacing penipu boleh diibaratkan seperti "dunia kata pergi, kubur kata mari"!

    ReplyDelete
  2. kemelut politik yg berlaku.....hari...ini merupakan bala dr Allah swt terhadap kerajaan....taktik kotor yg digunakan utk terus kekal dlm memegang kuasa....memanglah tidak mendapat restu dr ALLAH swt....Najib dan sukusakatnya perlulah sedar bahawa isu liwat....x membawa erti apa2 lagi...Nak ketawa rasanya bila ajak PAS masuk BN....Memang betul.....dah terdesak....

    ReplyDelete
  3. YA ALLAH..!!sekiranya Anwar difitnah...Kau selamatkanlah dia...sekiranya Anwar adalah sipelaku dalam video seks itu..biarlah dia disambar PETIR...Kau berikanlah kami petunjukMu YAALLAH..!!! AMIN

    ReplyDelete
  4. Kalaulah pemimpin2 UMNO ni terdiri dari orang baik2, berakhlak mulia dan berhemah tinggi, kenapa mesti takut pada Anwar sehingga seluruh jentera UMNO dikerah habis2an hanya untuk menumbangkan seorang musuh? Aku tengok senang aje, kalau Najib tu baik kenapa anak dia muda2 lagi dah nampak perangai macam setan tapi pencacai UMNO tak berani sentuh dan tegur kesetanan anak Najib? Anak Anwar tak ada pulak berperangai macam tu tapi pencacai UMNO macam GAP tu boleh kata Anwar suami isteri anak beranak itu keluarga puaka? Kita ukur kat sini aje dah cukup untuk kita buat kira2 siapa sebenarnya orang2 UMNO ni.

    ReplyDelete
  5. UMNO SUDAH NAZAK...May 2, 2011 at 12:15 PM

    Persoalan knp kaum Cina tidak lagi menyokong BN? Pendptt aku, ini di sbbkan oleh byk faktor, yg utama ialah sikap pimpinan umno skrg yg sgt2 tidak boleh dipercayai kerana memanipulasikan kuasa/salahguna kuasa secara terang-terangan, tahap pemikiran mereka juga rendah kerana tidak dpt menjwb balik/ buat senyap @ memberi jawapan dgn sambil lewa @pon dgn jawapan bodoh (Utk memperbodoh & melekehkan pembangkang-walhal persoalan tadi juga adalah dr semua rakyat) ini yg tak boleh diterima rakyat. Persoalan2 sprt isu altantuya, Teo Beng Hock, Ahmad Sarbani, isu liwat 1, 2 (kes saiful ini diikuti rapat oleh rakyat & jurang pemberitaan yg terlalu luas di antara yg di laporkan dgn keadaan sebenar yg berlaku, dibaca: BOHONG) fitnah 3 pula telah menyebabkan fitnah itu sudah memakan diri umno sendiri. Org2 cina juga tahu siapa di belakang PERKASA & apa peranan PERKASA... Ramai org2 cina & Melayu yg tidak berpuas hati dgn isu2 ini menyebabkan keyakinan -org2 yg cerdik berpolitik seperti org2 cina- tidak lagi mempercayai kerajaan yg dipimpin oleh najib bersama sepupunya hisyamudin. Lihatlah keutamaan umno melalui media skrg, semua yg dibuat adalah utk memperbodoh2kan rakyat, & memecah belahkan masyarakat(isu perkauman & fitnah)-WALHAL SEPATUTNYA KEUTAMAAN MEREKA IALAH MENCARI JLN MENSEJAHTERAKAN SEMUA KAUM.

    Tindakan umno skrg byk membebankan rakyat, dgn isu harga barang yg naik yg 'mencekik' rakyat, pelabur masih belum yakin dgn suasana iklim pelaburan diMalaysia berbanding dgn negara2 jiran & kewangan negara yg tenat (hutang negara yg besar) ini menampakkan ketidakupayaan najib mengurus ekonomi negara, yg seterusnya menjejaskan sokongan pengundi cina. Isu Petronas yg menafikan royalti juga menampakkan kerakusan umno, merampas apa saja, ini pastilah menakutkan org2 cina untuk terus menyokong BN. Mungkinkah org2 cina merasakan pemerintahan najib seolah2 seperti ingin kembali kpd pemerintahan jepun di Malaya semasa perang dunia ke-2 dahulu. Maka pemerintahan ini harus di tamatkan dgn apa cara sekalipon...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post