
Aku tanya dia "pasai apa pulak?" jawab dia "Hang tengoklah.. kecuali Shuib yang jadi Pak Turut.. dua ekoq lagi tu siapa tak kenai.. tambah lagi Rahim tu.."
Itu kata pemimpin bukannya pencacai UMNO..
BN silap catur isu Anwar
Barisan Nasional nampaknya sedang memperjudikan nasib mereka dengan percubaan untuk membunuh karektor peribadi Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan menyebarkan video yang didakwa membabitkan beliau.
Kali pertama taktik kotor dibuat pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri iaitu pada tahun 1988. Kali kedua, takik yang sama diulang oleh Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak.
Motif kedua-dua PM ini mudah, supaya rakyat tahu siapa Anwar dan selepas Anwar di'telanjangkan' rakyat akan menolak Anwar.
Usaha untuk membunuh keperibadian Anwar dan menghapuskannya di persada politik negara, sudah tentunya merupakan suatu agenda yang difahami, iaitu untuk mempertahankan kuasa PM dan Umno-BN.
Mahathir ketika menerajui Umno-BN tidak menyangka rakyat akan bangkit sedemikian rupa selepas mendedahkan sepuluh salahlaku Anwar secara berleluasa dan menghukumnya bersalah, sebelum beliau dibicarakan di mahkamah.
Perkiraan Mahathir ketika itu silap. Tindakan jahat beliau dibalas dengan meletusnya gerombolan reformasi yang ditunjangi rakyat bawahan menentang keangkuhan kuasa pemimpin Umno-BN.
Kesan daripada kesilapan Mahathir besar. BN nyaris-nyaris hilang dua pertiga majoriti pada tahun 1999 dengan undi popular yang jatuh menjunam, khususnya di kalangan orang-orang Melayu. Pada ketika itu BN masih kekal berkuasa kerana mendapat dokongan ampuh dari kalangan bukan Melayu.
Amarah rakyat dalam isu yang berkait dengan kezaliman terhadap Anwar, korupsi, kronisme dan nepotisme pada ketika itu tidak menjalar di kalangan bukan Melayu.
Kekuatan BN selepas pertukaran PM kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak banyak mengubah nasib Umno-BN. Amarah rakyat kepada Umno-BN macam 'api dalam sekam'. Ia dibuktikan pada Pilihan Raya Umum 2008 di mana gabungan parti pembangkang berjaya merampas lima negeri dan sekaligus menafikan dua pertiga majoriti BN di Parlimen.
Namun suasana sekarang sudah berubah. Orang Melayu yang tidak menyokong Umno-BN pada 1998 majoritinya kekal sehingga hari ini. Ditambah pula dengan kebangkitan kaum bukan Melayu yang turut sama menolak BN pada 2008 hingga ke Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun ini.
Dengan membawa kes kedua Anwar yang dimulakan dengan kes liwat pada 2008 dan kes video seks, Umno-BN menyangka dengan isu ini mereka boleh membunuh Anwar kali kedua.
Umno-BN berfikir bahawa dengan membunuh karektor peribadi Anwar, perjuangan Anwar akan lenyap dan Pakatan Rakyat akan menjadi lemah.
Mereka ternyata lupa bahawa agenda utama Pakatan Rakyat, yang didokong majoriti rakyat jelata akan tetap menolak Umno-BN dalam apa jua keadaan.
Asas yang terpenting dalam Pakatan Rakyat adalah konsensus untuk bekerjasama membentuk Kerajaan Pusat dengan menjatuhkan BN pada PRU akan datang.
Waima ada Anwar atau tidak. Perjuangan yang dibawa Anwar sudah merepasi jauh di lubuk hati rakyat, iaitu sudah sampai masanya keangkuhan Umno-BN dihentikan. Kezaliman Umno-BN dihapuskan, ketuanan juak-juak politik Umno-BN diranapkan.
Semuanya digantikan dengan ketuanan rakyat. Ketuanan yang mendukung aspirasi rakyat untuk hidup dengan lebih demokratik, adil dan saksama di bawah naungan Pakatan Rakyat.
Silap catur Umno-BN akan terus membawa mereka ke jurang kemunahan dan penolakan rakyat.
Harakahdaily
HANCUR BARISAN NAJIS!!!
ReplyDeleteBenarkah pendapat ini??..hanya tipu belaka...jangan dok BOM lebih..apa yg pastinya hari ini makin ramai melayu dah sedar..hanya yg masih sokong PR 90% hanya kaum Cina aje...sebab masih termakan janji2 Anwar, lihat keputusan akhir 5 PRk semenanjung...sokongan BN mula meningkat..walau pun menang 1undi..ia tetap menang..itulah demokrasi namanya.
ReplyDeleteAnak kg pertama bodoh lagi sombong.
ReplyDeletemedia yg berat sebelah (malaysia jatuh ketangga 143 didalam kebebasan media didunia setaraf dgn afrika), ugutan, sogokan dan keputusan sprm yg sering meyebelahi umno-apco...nak kata adil dan telus? Piiiirahhh mampuih hang!!! kalau macam ni punya penipu pun umno dapat lebih undi (apa hang kata? SATU) sedikit saja. Memang jelas umno ni dah nak karam. kalau di beri kebebsan media yg adil PASTI umno dah lama di humban ke lubang najis. umno dasar parti bangsat pengkianat melayu.
kalau dok fitnah sapa2 pun menang....biawak pokok nyior pun menang...dah janji tak dikota...apa macam janji PRU12 di Penang...tol telaga air 50sen pun belum free..itu janji PRU12..mimpi nak bagi tol free jika perintah Malaysia dlm buku jingga...mimpi ngeri 100malam..kencing malam 100malam...cirit pagi 100 hari...muntah petang 100hari...
ReplyDeleteanak kg pertama, aku rasa akai hang kat lutut kot. hang buta ka atau sengaja nak tunjuk bodoh? hang tak nampak ka k'jaan BN buat sesuka hati. hati perut takdak, nilai Islam jauh sekali. hang dapat keistimewaan apa? soronok ka harga barang naik, harga minyak naik, harta negara depa buat mcm bapak depa yg punya. buka la mata wahai anak2 melayu. pasai tu la bangsa asing kata kita ni bodoh. orang mcm hang ni la yg tak boleh nilai mana baik dan mana bathil. semoga buka sikit mata hati yg buta tu.
ReplyDeleteaku sokong 100%, memang anak kg pertama tu buta hati dan mata, akai tada
ReplyDeleteanak kg pertama ni ketua canwangan umno kot??? sebab gaya bahasa dia mengambarkan seorang yg bodoh dan tak berilmu tapi cekup pandai maki dan mencarut..... character yg tepat sebagai ketua cawangan umno.
ReplyDelete50 sen pun dok bising..yang lain naik belambak-lambak kan kita tak sedar kot...ini lah manusia yg sedang bermimpi...aku tak masuk mana2 pihak,tapi aku nak harap sangat pembangkang menang kali ini dan tengok perubahan yg mereka akan lakukan..
ReplyDeleteAnon 8.43am
ReplyDelete50sen pun tak boleh bagi jangan nak mimpi beri free tol jambatan pulak...teringat time kecil2 kalau aku minta 50sen kt bapak aku tak dapat...takan dia beri RM1 pulak..pakai logik la..ha..ha..
Aku gelak bila LGE janji nak free tol bila perintah...hari gelak terbayar..ha..ha
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!