
Penyokong parti PSM itu termasuk ahli keluarga mangsa yang ditahan reman selama tujuh hari atas dakwaan cuba mencetuskan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Mereka berkumpul seawal jam 11.30 pagi semalam tetapi dinafikan hak untuk melawat oleh polis.
Antara yang ditangkap itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM Choo Chon Kai dan 27 aktivis lain.
Semua mereka dicekup di pondok tol Sungai Dua ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang Ahad lalu bagi menghadiri sebuah majlios yang bertema "Udahlah...Bersaralah" yang dianjurkan parti itu.
Mereka dikenakan perintah tahan reman sehingga 2 Julai ini tetapi peguam tahanan itu cuba membuat semakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini pada jam 2.30 petang.
“Penduduk kampung” yang dianggarkan kira-kira 100 orang itu muncul pada jam 9 malam dan menuntut penyokong PSM supaya segera meninggalkan kawasan itu kerana tidak mahu melihat sebarang 'huru-hara'.
Kumpulan itu menafikan mereka terbabit dengan sebarang parti politik tetapi enggan mendedahkan siapa pemimpin mereka.
Mereka datang dengan menaiki kereta dan motorsikal tetapi berjaya disuraikan oleh kira-kira 50 anggota polis kira-kira 30 minit kemudian.
Pada satu ketika, apabial ketegangan memuncak, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dan Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu V Selvam terpaksa mendapatkan perlindungan daripada polis.
Selvam kemudiannya mempersalahkan polis kerana 'memaksa' kumpulan PSM itu berkumpul secara tidak sah.
"Mereka tidak benarkan kita masuk balai polis dan minta kita tunggu di jalan raya di luar balai,” katanya kepada Malaysiakini.
"Ada kawasan letak kereta yang luas di luar balai polis tetapi mereka juga tidak benarkan kita tunggu di sana, jadi kita terpaksa berkumpul di tepi jalan,” katanya.
Arutchelvan pula mendakwa kumpulan penunjuk perasaan itu cuba menghasut penyokong partinya supaya bergaduh.
Dakwanya penganjur penunjuk perasaan besar kemungkinan mahu melihat pergaduhan tercetus.

Keluarga mangsa tahanan kemudiannya diiringi oleh beberapa anggota PAS yang membawa mereka ke kampung tersebut untuk bermalam dan dilindungi daripada kumpulan penunjuk perasaan itu.
Sementara itu, seorang anggota PAS dari Kepala Batas Abu Muaz (kiri) berkata beliau mengenal-pasti penunjuk perasaan itu adalah ahli Umno kerana mereka tinggal di kawasan yang sama.
Malaysiakini
Saya nak komen sikit fasal hujahan Mahyuddin (dan lain-lain pemimpin UMNO) bhawa kalau pilehanraya tidak dijalankan dengan adil, bagaimana PR boleh menguasai 5 negeri. Bahawa PR boleh menguasai negeri-negeri ini membuktikan bahawa pilehanraya telah dijalankan dengan BERSIH dan adil. Hujahan seperti ini adalah bodoh dan hanya boleh diterima oleh ahli UMNO yang dungupiang (bodoh tak dengar cakap orang, cerdik orang tak boleh tumpang).Hujahan yang logik ialah - kalau sebenarnya pilehanraya dilaksanakan dengan adil dan bersih, mungkin PR boleh menguasai lebih dari 5 negeri, dan mungkin telah menguasai kerajaan Malaysia. Janganlah terus perbodohkan rakyat.
ReplyDeletemaksud muhyiddin tu . kaalu betul lah kerajaan aku ni nak buat KOTOR masa pilihanraya ... satu kerusi pun kau tak leh menang . alaaaa tu pun nak kena aku ajar ..... isshhhh kau ni ..... aku rasa kau tak bodoh , tapi lembam kot .
ReplyDeleteApa yang berlaku di Kepala Batas tidak disiarkan oleh portal-portal berita Pro-Pakatan mahupun blog-blog Pro-Pakatan. Lebih 300 orang penduduk setempat telah muncul di hadapan IPD Kepala Batas untuk menzahirkan kebencian mereka terhadap 40 orang penyokong Parti Sosialis Malaysia yang berkhemah di hadapan IPD Kepala Batas.
ReplyDeleteJangan kejutkan orang yang sedang tidur!
BERUK BERUK UMNO BN naik minyak buat filem lucah makan diri sendiri dah kena belacan gatal seluruh anggota apa yg dibuat serba tak menjadi.Ikut kata bos KJ
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!