Amaran Dari PERKASA.. Batalkan perhimpunan Bersih

Kata Ibrahim Ali "Saya tidak menolak kemungkinan Perkasa juga akan mengadakan perhimpunan pada hari itu dan saya juga bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Tetapi niat saya baik iaitu untuk menghalang pihak satu lagi daripada mencetuskan kekacauan,"

Takutnya aku!!! dengan amaran dari PERKASA tu..

Nampaknya PERKASA memang berniat untuk mencetuskan kekacauan pada perhimpinan BERSIH kali ini kerana mereka juga akan berhimpun kononnya untuk menghalang kekacauan dari tercetus.. sedangkan pada perhimpunan BERSIH yang lalu tiada kekacauan pun yang tercetus..

Amaran keras Perkasa, batalkan perhimpunan Bersih

PASIR MAS 11 Jun - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan konsensus Ahli Parlimen Bebas merayu penganjur perhimpunan Bersih membatalkan hasrat untuk berhimpun pada 9 Julai ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.


Pada masa yang sama, mereka memberi amaran keras dan akan bertindak balas terhadap penganjur perhimpunan tersebut sekiranya rayuan supaya membatalkan rancangan tersebut tidak diendahkan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya tidak melihat justifikasi untuk penganjur Bersih yang diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Dato' Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di jalanan.

"Kalau mahu menghantar memorandum, ia boleh dibuat dengan cara elok tanpa berhimpun malah wakil mereka boleh bercakap dalam Dewan Rakyat tetapi saya lihat mereka ada agenda lain iaitu menghidupkan suasana seperti di Mesir, Tunisia dan Syria.

''Apabila ada himpunan puluhan ribu rakyat macam-macam boleh berlaku, golongan subversif akan mengambil kesempatan sehingga keadaan menjadi huru hara dan kerajaan sementara ditubuhkan di kalangan mereka.

"Saya tidak menolak kemungkinan Perkasa juga akan mengadakan perhimpunan pada hari itu dan saya juga bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

''Tetapi niat saya baik iaitu untuk menghalang pihak satu lagi daripada mencetuskan kekacauan," katanya kepada pemberita selepas Ceramah Perdana Berkembar Parlimen Pasir Mas di Kampung Pohon Rawa di sini, malam tadi.

Ceramah itu turut disertai dua lagi Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Zulkifkli Noordin.

Sebelum ini, beberapa laporan polis telah dibuat membantah tindakan penganjur perhimpunan gerakan Bersih.

Sementara itu, Zulkifli berkata, konsensus Ahli Parlimen Bebas akan membawa usul ke Dewan Rakyat di bawah peraturan 18 (1) bagi membahaskan rancangan perhimpunan tersebut Isnin ini.

"Saya tahu, saya kenal pemikiran mereka, cara mereka adalah mencetuskan rusuhan ketegangan dan keadaan tidak stabil yang boleh menjejaskan keselamatan semua kerana kepentingan politik.

"Pada 1998 saya terlibat secara langsung, bagaimana kita membuat perhimpunan dengan perancangan termasuk membakar beberapa tempat di Masjid India dan memecahkan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), ini tindakan provokasi sebab tidak ada cara lain untuk mengambil alih kerajaan," katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan supaya mencegah perhimpunan tersebut dengan menggunakan apa saja peruntukan undang-undang bagi menghalang perkara tersebut daripada berlaku.


Lidah Rasmi UMNO

18 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Penyokong Bersih majoriti orang Melayu agama Islam . Penentang Bersih orang Melayu agama Islam . Yang menang ...kat penang guang eng , kat perak nga dan ngeh , kat selangor tony phua, teresa kok ,xavier . Jadi macam Palestin.

    ReplyDelete
  2. Memang begitulah hidup orang yang tidak ada pegangan politik. Dulu menyokong UMNO, kemudian ditendang UMNO, menyokong Semangat 46, kemudian kembali kepada UMNO, ditendang UMNO lompat kepada PAS, kemudian tipu PAS. Mungkin cita-citanya nak masuk UMNO balik, tapi awal-awal lagi pemuda UMNO Kelantan buat kenyataan menolak katak yang tidak ada prinsip ini.
    Saya pun tidak mengerti apa yang beliau cari selama ini dalam dunia politik. Semuanya ditentang dan dilawan. Kadang-kadang benda yang baik pun ditentang dan yang jahat disokong. Perjuangan politik yang tidak masuk akal. Mungkin katak ini sudah tahu riwayat nya sudah sampai kepenghujung senja sebab itu ianya menjadi pencacai kepada UMNO mudah-mudahan diambil Najib jadi calun diPRU 13 nanti.
    Saya berani kata 100 peratus riwayat katak sudah sampai ke penghujung jalan, tidak boleh dirawat lagi. Rakyat kelantan sudah kenal siapa si katak ini.. katak pisang yang suka melompat-lompat

    ReplyDelete
  3. anon 12:36am,
    kepala otak kau dah biul ke? Bukan kah kat perak tu yg menang...secara haram.. ialah zamberi, menteri umporno?? Penyokong bersih memang majority melayu termasuk aku. Sebabnya orang melayu dah bosan dengan pemimpin umporno yg terlalu jijik, memperkosa dan manupulatifkan semua sistem urustadbir negara dan merasuah kakitangan penting seperti hakim, pegawai tinggi polis, sprm, macc, imegresen dan macam2 lagi demi utk pertahankan kekayaan dan kuasa utk terus tindas rakyat terutama orang melayu, memperbodohkan orang melayu di desa2 dan luar bandar, menyebar fitnah dan menentang hukum syariah. Itu sebab orang melayu akan turun ke jalan raya untuk kata pada najib dan menteri2 bangsat dia...enough is enough and lets fight on equal ground.

    ReplyDelete
  4. Anon 12:36 memang cerdik sekali. Bagus lah macam itu. Melayu beragama Islam akan sentiasa menjadi manusia zaman feudal. Tak akan maju kalau ikut pemikiran anon ini. Baguslah utk orang kafir... kakaka. Memang BODOH melayu ini!

    ReplyDelete
  5. Stadium tempat berolahraga, main bola, badminton main dlm dewan. Himpunan Bersih2 klu buat kat kat stadium ada KERAjaan nak ambik peduli, depa bantai gelak adala...
    Perkasa pandai menyalak semata mata nak ampu Najed.

    ReplyDelete
  6. Kepada Melayu yang masih tak sedar2 yang masih tetap bersekongkol dengan tipu helah dan muslihat UMNO yang mempergunakan Melayu untuk kepentingan diri selama berdekad2, dengarkan kata2 orang ni...

    "Better an honest non-muslim than a corrupt muslim".

    ReplyDelete
  7. SOKONG 200% PERHIMPUNAN BERSIH DIADAKAN. UMNO(BN) WAJIB DITALKINKAN.

    ReplyDelete
  8. kalau tak salah kenape nak takut bai?..rakyat langsung tak dak hak nak berhimpun secara aman..apa punya demokrasi ni..demokrasi terpimpin kot..kepala otak..

    ReplyDelete
  9. Rakyat tahu yang Perkasa sudah jadi anjing peliharaan yang menjaga babi2 UMNO dan Perkasa semakin ghairah menggunakan teknik perhimpunan balas sebagai benteng hadapan UMNO menghadapi tentangan rakyat. Sama macam di Thailand (Red Shirt lwn Blue Shirt) dan di negara2 Arab yang bergolak ( pembangkang lwn pro-kerajaan), demonstrasi besar2an antara rakyat yang pro dan anti kerajaan.

    Sebenarnya Perkasa mengambil kesempatan untuk mendapat populariti murahan kerana rakyat pun tahu kalau tak ada Perkasa pun perhimpunan rakyat menentang apa saja kerajaan ini pasti akan ditangani oleh KDN dan polis sehingga apa pun perhimpunan akan tumpas sebelum dapat dilaksanakan.

    Perkasa pernah anjurkan perhimpunan tapi tak dapat sambutan rakyat, hanya dapat sambutan dari polis yang membenarkannya, kerana Perkasa tak pernah ada 'that kind of popular cause to demonstrate'.

    Hanya melalui perhimpunan oleh pembangkang barulah Perkasa boleh "tumpang" sekaki untuk mencuri apa saja populariti yang boleh "dijilatnya".

    Ingat, bila ada demonstrasi rakyat, pasti ada anjing2 bangsat yang bernama Perkasa!

    ReplyDelete
  10. Geng2 perkosa ni kebanyakannya pakai songkok 3", tak sabar rasanya nak ambil gambar barua2 murahan ini. Akan kita paparkan gambar2 mereka kpd rakyat betapa SEDIKIT, TERSISIH dan JIJIKnya specis geng2 perkosa ni.

    ReplyDelete
  11. komen Anon 12:36 penyokong bersih melayu islam dan penentang bersih melayu islam.. so makna nya kita masih berkuasa laaa.. apa masalah nya.. lain lah kalau cuma cina ke india ke yg sokong bersih, ada faham?

    tu psl dlm perhimpunan eluk dpt permit bukan utk batalkan tp utk tujuan keselamatan.. dan masa pakatan buat yg lain jgn kacau dan masa perkasa buat kita tak kacau... permit keluar utk menentukan siapa dulu siapa kemudian.. mcm kenduri kat kg.. tak kan nak buat smp 2-3 kenduri... pakai lah akal..

    percayalah selepas zulkatak tu tak de .. perhimpunan ini berjalan aman sbb masa 1998 tu dia ngaku keje dia..

    dan yg perkasa sibuk nak sekat perhimpunan tu apahal.. tu kan keje polis. ada kita kacau atau sekat bila perkasa buat perhimpunan DNA???

    ReplyDelete
  12. FMZAM

    "Better an honest non-muslim than a corrupt muslim"

    aku tak setuju. Jangan samakan orang islam dengan orang kafir . Kafir tetap kafir walau apa pun pegangan politik . Walaupun kau bukan orang islam , jangan nak memandai membuat persamaan .

    ReplyDelete
  13. BATUNISAN NAZIZONISIONALJune 13, 2011 at 7:35 PM

    FmZam.dari hati luu waa dpt rasa nawaittu luu Tbest
    better an honest non-muslim than a corrupt muslim,an honest non muslim waa sokong namun hanya letak dia ditempat yg betul d terhad,buts an honest muslim waa pun 100% letak mereka nearest ti najib atau tendang najib bersama2 pengampu yes sir tu buat penuh PJ aja...aaitu waa sokong

    anon 5:54 nak nilai bukan dari kata2 tapi perasaan naluri kehendak maksud...renung2lah

    ReplyDelete
  14. anon 5:54pm
    Aku TAK SETUJU degan cara hang berfikir. Pemimpin muslim yg corrupt, patut di humban ke lubang najis bersama bendera keris umno. Kalau dah ditakdirkan tiada muslim jujur utk di tampilakn sebagai pemimpin atau di keadaan muslim adalah minority, apa salahnya memilih non-muslim yg diuji dan terbukti adil dan jujur.
    Non muslim adalah musuh yg nyata, walau pun dia di pilih memimpin, seandainya dia tersasar mengancam akidah...itu mudah dilihat dan mudah keputusan diambil utk berjihad.
    Malangnya bagi muslim di malaysia ni banyak dikelilingi oleh pemimpin2 yg mengaku muslim tapi hakikatnya munafiq dan fasiq...terlalu banyak dalam umno. Pemimpin2 begini bagai duri dalam daging dan musuh dlm selimut ...aku tak halal kan undi aku utuk mereka.

    ReplyDelete
  15. anon 5:54pm,
    Cara hang pikiaq bahaya. kalau dlm konteks nak cari kawan aku setuju dgn FMZAM, tak ingin aku nak berkawan dengan muslim corrupt.
    Kalau dalam konteks nak cari pemimpin, sepatutnya pemimpin muslim yg corrupt dah dihukum. Kalau masih berkuasa (lebih kurang macam umno sekarang) patut diganti. Kalau dah tak ada muslim yg jujur ataupun kalau adalah minority dlm negeri, daripada undi muslim corrupt baik undi non muslim yg adil dan jujur. Biasanya muslim corrupt adalah boneka non muslim yg jahat...lagi bahaya.

    ReplyDelete
  16. BATUNISAN NAZIZONISIONALJune 13, 2011 at 11:31 PM

    Apa guna pemimpin muslim yg kurap dan keparat kpd rakyat,nilah melayu muslim bertindaklah megikut landasan betul ihklas,kalau pemimpin tu bangsa kita tapi perangai mcm cilaka pun kita sokong apa kejadah kerabatnya kita tunduk dgn kuasanya hanya kerana bangsa kita kecut jubur itu bodo namanya,sampai bila bangsa kita sujud dgn kerenah pemimpin begini,so ubah demi utk kuburkan sistem yg menghalang kerturunan kita jadi bodo selamanya sebab itu bangsa kita tak maju,yg maju hanya kerabat pengampu pemimpin begini...kita renung2kanlah..

    ReplyDelete
  17. anon 5:54pm
    Hang kata;
    "Jangan samakan orang islam dengan orang kafir . Kafir tetap kafir walau apa pun pegangan politik ."
    Hang ni bangang ke, bodoh ke? Komen FMZam bukan pasal pegangan politik...tapi nilai moral..iaitu corruption..soal nilai moral adalah prinsip hidup yg harus dipegang oleh semua orang. Untuk ini FMZam memang betul bila dia kata "Better an honest non-muslim than a corrupt muslim".
    Kalau hang masih tak faham juga bermakna hang tak ada prinsip hidup, pikiaq pakai kepala lutut.

    ReplyDelete
  18. Ni la akan jadi bila kita semua xnk berpegang dgn Alquran n hadis....prcy la selagi pimpinan trtggi songsang @ xnk mngikut 2 nilai suci td selagi 2 Allah xcampakkn keberkatanNya di bumi Malaysia ni..maka jd la pe yg tgh brlaku skrg...pemimpin trtggi yg smp nk menyuruh bini sndr mnutup aurat pn xlh,rakyat Malaysia tetap yakin dia lh memimpin negara...pe bodohnya kalian(pencacai,penyembah duit=umno-bn)...kesian sggh ngn puak2 ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post