BERSIH : 30 Aktivis PSM didakwa perangi Agong.

Polis mendapati perhimpunan yang dirancang itu juga cuba membawa semula fahaman komunis kerana pihaknya menemui bahan berkaitan dengan pertubuhan yang telah diharamkan itu.. bukan Parang.. harap maklum.

GEORGE TOWN, 26 Jun — Seramai 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jayakumar Devaraj akan dihadapkan di mahkamah sekitar 3 petang ini untuk perintah tahanan reman.

Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong, kata polis.

Semalam, polis menahan 31 orang termasuk wakil rakyat itu, kesemuanya aktivis PSM di plaza Tol Sungai Dua.


Menurut laporan media semalam, kesemua mereka menaiki sebuah bas persiaran sedang dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah untuk menghadiri majlis di Pulau Pinang yang berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0, yang dijadualkan akan diadakan 9 Julai.

Mereka terdiri daripada 14 wanita dan 17 lelaki dan ditahan di ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Utara untuk dirakam percakapan.

Bagaimanapun seorang yang ditahan telah dibebaskan kerana bawah umur.

Pada sidang media di sini hari ini, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar yang dipetik saluran Astro Awani berkata, perintah tahanan reman dipohon bagi siasatan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan.

“Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122,” kata beliau.

Seksyen yang sama pernah digunakan dalam kes rampasan senjata oleh kumpulan pelampau Al-Maunah.

Polis mendapati perhimpunan yang dirancang itu juga cuba membawa semula fahaman komunis kerana pihaknya menemui bahan berkaitan dengan pertubuhan yang telah diharamkan itu.

Ketika ditahan semalam, polis turut merampas beberapa sepanduk, risalah dan kemeja-T yang didakwa menghasut.

Penganjur Bersih 2.0 sejak kelmarin mengadakan program jelajah di beberapa bandar utama di seluruh negara. - The Malaysian Insider


Semalam Malaysiakini melaporkan..

'Hasut' BERSIH: 59 anggota PSM ditahan

Bas membawa 31 anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) menghala ke Pulau Pinang malam ini dihentikan polis di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang hari ini.

Awal petang tadi, sebanyak 28 lagi anggota parti itu ditahan dalam bas di Tangkak, Johor tadi, termasuk Setiausaha Agung A Arutchelven.

Menurut anggota jawatankuasa pusat PSM Choo Chon Kai, kira-kira 30 anggota polis menghentikan bas di Sungai Dua pada jam 3.30 petang.

Katanya, bas daripada Sungai Petani itu menghala ke Pulau Pinang untuk ceramah 'Udahlah tu, bersaralah BN' di Bayan baru.

Kumpulan itu dibawa ke ibu pejabat polis daerah Kepala Batas untuk disoalsiasat.

"Kami diberahi bahawa bas dihentikan kerana kami cuba menghasut orang ramai menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai," katanya.

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Polis jangan buat lawak lah, dah habis modal nak tahan orang kata perang melawan Agong. Dengan bersenjatakan spandok nak lawan platun askar yang kawal istana negara pun dah tersungkur ke bumi ini kan pulak nak lawan Agong? Tu mana datang pulak dokumen PKM yang dah lama terkubur tu? Dari arkib Polis ke? Bodoh benar ke PSM tu nak tiup api kominisme yang dah lama berkubur, Rusia dan China pun dah tak berminat nak perjuangkan depa pun dah minat kepada demokrasi dan kapitalisme. Polis kita ni ingat rakyat nak beli ke cerita depa ni? Yang ada kominis hanya dalam UMNO je...kominis Melayu.

    ReplyDelete
  2. Apa nak jadi dgn kerajaan malaysia....ni...mentang2 berkuasa kat bumi Malaysia.....mereka guna kuasa sepenuhnya .....seolah2 rakyat tidak boleh bersuara.....sebenarnya dia orang takut jadi macam Mesir ........atau takut melihat kebanjiran rakyat.....terutama generasi muda....

    ReplyDelete
  3. syabas PDRM . bak kata pepatah ..mencegah lagi baik dari mengubati . tahan jer puak-puak yang nak menyusahkan rakyat ni . gunalah peruntukan apa yang ada . Seksyen 122 untuk diguna untuk menyiasat pun kecoh dah . belum didakwa lagi lah beb . aku tak sabar nak tengok polis tahan dan dakwa kat mahkamah si ambiga seravamasam tu . nampak ramai sangat pengikut keling pro-murtad tu orang islam yang mengaku mereka lebih islam dari orang lain. konon nak buat macam mesir lah , masalahnya mesir rakyat ramai yang sokong . ni penyokong nya puak-puak dia jer . syabas PDRM .

    ReplyDelete
  4. Please lah BN, BERSIH is fighting for the rights of all Malaysians to demand a free and fair election process as guaranteed under the constitution. It is not a political movement or party. All Malaysians, including UMNO, MCA, MIC, PKR, PAS, DAP, KITA, UBF, SAPP dan lain lain. The Election Commission of Malaysia act without fear and favour.

    ReplyDelete
  5. anon 9.56
    all malaysians ?? mana ada puak puak pembangkang jer .
    fair election ??? bersih tu sendiri tak adil pada SPR . tunjuklah bukti yang SPR tu tak adil ?? kenapa tak ditimbulkan dalam dialog antara SPR dgn parti parti politik . nak ubah peraturan , dewan rakyat lah tempatnya .
    political movement ??? yerlah pemimpin bersih ni si ambiga tu . tak kisah pun kalau ianya political movement jangan jadi alat untuk IFC dah lah sebab ambiga tu penyokong kuat IFC. kita bimbang jadi murtad movement lah pulak nanti .

    ReplyDelete
  6. anon 10.59 dan 9.41 hang memang tolol.. aku rasa hang kutu babi yang sama buat komentar dalam isu jebon!
    berakal sikit beri komentar.. tak tahu hujung pangkal isu bersih toksah dok menyalak di sini..

    seperti komentar hang sebelum ini.. memang lebih bangang!!

    ReplyDelete
  7. Pegawai atasan PDRM ni kebanyaknny ahli Umno mcm KPN Musa Hassan lu. Hosni Mubarak tu pn boleh tumbang, inikn plak Umno(BN).

    ReplyDelete
  8. hahahaha...oi pr bodo..kalo korng rs spr xadil n xtelus...nape korng terima keputusan pru12 aritu..nape korng xbubar je dun yg korng mng tu..ckp je lbh puak2 pr ni..dh la khalid gonjol tarik diri dr sertai flotila sbb tkt kene tembak dgn israel...dasar penakut n bacul..hahaha...dh 2 kali flotila ni..tp sekor pon xde org dr pr..

    persatuan silat lincah n gayung dh bg warning kt korng yg join bersih ni..jgn slhkn sesiapa kalo jd sesuatu nnti!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post