BERSIH : Hingga kini 81 telah ditahan.

Ketika pemimpin BN memberi amaran kepada BERSIH 2.0 berhubung perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai, polis melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihan raya itu daripada mempromosi perhimpunannya.

Sejak tangkapan pertama dibuat Rabu lepas, polis sehingga ini telah menahan 81 orang dan jumlahnya dijangka meningkat ketika BERSIH memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunannya.


Bagaimanapun, tidak nampak tanda-tanda yang menunjukkan gabungan kumpulan masyarakat sivil yang menuntut pilihan raya bebas dan adil itu, akan membatalkan perhimpunan tersebut.

Sebaliknya, tindakan keras terhadapnya itu telah memberi publisiti kepada BERSIH dan sekaligus membantu membina momentum menjelang perhimpunannya.

Polis mula melancarkan operasinya Rabu lalu dengan menangkap ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK), Razali Abd Ghafar, yang menjual baju-T BERSIH semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sepang.

Penjualan baju-T kuning - warna tema BERSIH - kini mendapat sambutan hebat di Lembah Klang.

Ia diikuti dengan lebih banyak tangkapan apabila siri jelajah
pra-perhimpunan BERSIH ke seluruh negara dilancarkan pada hari Jumaat di Shah Alam.

Polis mengerahkan lebih 50 anggotanya ke tempat berkenaan dan menangkap timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, yang berpakaian baju-T BERSIH.

Polis terus mengawal tempat berkenaan sehingga jam 3 pagi.

Pada hari yang sama, tujuh ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di Kluang, Johor, semasa mereka mengedarkan risalah mengenai perhimpunan tersebut.


Malaysiakini

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. hahaha... polis ni memang suka kerja! bagus! bt OT lebih2 ye... tapi boleh ke tangkap 1juta orang????

    ReplyDelete
  2. Dah elok-elok aman, nak buat huru hara lak, apa ke hal ni yop!!!!

    ReplyDelete
  3. Perkara kearah kebaikan dan menegak keadilan dituntut dalam ISLAM! Tak kira siapa yang usulkan BERSIH asalkan kearah kebaikan mesti disokong!

    Juga bersesuaian dengan Artikel 10(1) (b) Perlembagaan Persekutuan, hak berkumpul secara aman tanpa senjata adalah dibenarkan.

    Sebagai rakyat Malaysia saya mesti turut serta!!!

    ReplyDelete
  4. Belum 9 Julai lagi UMNO dah terasa bahangnya...macam cacing kepanasan da...

    ReplyDelete
  5. Jika dakwat kekal tidak dapat digunakan kerana tiada peruntukan perlembagaan yang membenarkan penggunaannya.

    Jadi pengimbas biometrik pula ada peruntukankan dalam perlembagaankah? Jika tiada sekali lagi SPR mahu temberang.... teruskan Perhimpunan Bersih....

    ReplyDelete
  6. Polis dakwa PSM ada kaitan dengan komunis. Habis, Najib ada menandatangi perjajian memberikan kontrak berbilion-bilion bekerjasama pembinaan keretapi kepada komunis Cina di Malaysia.

    Najib & Hishammuddin pada pilihan raya negeri Sarawak ada menjamin Kristian dan agama lain bebas dipraktikan di Malaysia sebagaimana dicatakan dlm perlembangaan persekutuan.

    ReplyDelete
  7. Kepada semua!! kenapa BERSIH harus diteruskan atau disekat..hangpa layar blog ini..

    http://bahaya-syirik.blogspot.com/2011/06/127-semangat-syiah-dalam-demonstrasi.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post