Blogger Pro-UMNO, Tak Menyalak Tak Makan?



Biarpun teguran dari Zahid Hamidi kepada blogger Pro-UMNO yang mengatakan bahawa unit media baru UMNO telah gagal menjalankan "tanggungjawab" mereka dalam berhadapan dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh unit media baru pembangkang telah menimbulkan rasa tidak puas hati terhadapnya oleh Blogger Pro-UMNO.. bagi aku Zahid menunjukkan kepada kita beliau mengakui akan pentingnya peranan yang dimainkan oleh para Blogger baik dari UMNO mahupun Pakatan Rakyat..


Zahid sedar bahawa keujudan para Blogger itu penting dan sikapnya tidak seperti seorang pemimpin Pakatan Raykat yang telah memperkecilkan kemampuan media baru yang dikendalikan oleh penyokong Pakatan Rakyat..

Pemimpin tersebut pernah berkata “ Alaaa… sorang blogger saja…” bila masaalah yang melanda seorang blogger Pro-PR dikemukakan kepadanya..

Oleh kerana kesemua bloger Pro-PR tidak dijemput untuk berjuang tetapi menawarkan diri untuk berjuang.. perjuangan tetap diteruskan..

Berbalik pada kisah kritikan Zahid itu..Blogger Pro-UMNO dalam menzahirkan rasa tidak puashati mereka terhadap kenyataan Zahid, ada antara mereka telah secara tidak sengaja mendedahkan bahawa mereka memang dibayar untuk menghadapi Blogger Pro-PR..

Di dalam UMNO hanya yang menyalak mendapat habuan

Umno perlu mewujudkan "unit tempur siber" yang lebih bersistematik dan mantap bagi menghadapi pembangkang.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, unit tempur siber UMNO gagal dan tidak sistematik menangani isu-isu yang dibangkitkan pembangkang dalam alam siber.

Kebiasaan amalan di dalam UMNO semua kerja mesti dibayar tidak ada lagi perjuangan yang ikhlas tanpa habuan. Ada duit semua jadi.

Begitu juga amalan di dalam UMNO mereka yang betul-betul ikhlas buat kerja tanpa habuan tidak pernah dikenang dan diganjarkan.

Mereka-mereka ini seringkali menjadi mangsa makanan jerung besar yang hanya mengambil kesempatan seperti memerah tebu sampai tinggal hampas akhirnya habuk pun taraaaaak.

Ganjaran diberi kepada amereka yang pandai menyalak dan ‘demand’ yang bukan-bukan tetapi hasil kerja hanya ciput.

UMNO harus melihat betul-betul mereka yang ‘deliver’ supaya mereka ini kelak tidak disambar pembangkang.

Posted by MUMMY ROKIAH

http://mummyrokiah.blogspot.com/

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. ASD,

    Dah ada satu real punya blogger pro-UMNO (ada blog sendiri) yang nak cari makan melalak dalam blog kau sekarang ni...hahaha...tapi dia bukan blogger pengecut macam pencacai2 UMNO yang pakai nama orang lain. Pasti kau tau sapa blogger tu. Kita bagi dia melalak dulu.

    ReplyDelete
  2. apa keje lah buat dlm amco jgn kira ikhlas ke idak... upah tetap upah.. kalau tak bangang bodoh namanya..

    yg aku tak setuju .. UMNO harus melihat betul-betul mereka yang ‘deliver’ supaya mereka ini kelak tidak disambar pembangkang...

    apa yg dia org dah deliver.. semuanya tak leh pakai... tu sb zahid kasi tibai blogger pro amco

    kalau dia org ada otak .. selalu berfikir dgn bijak... dan menyalak cari makan cara begini .. kata kata zahid tak jd masalah.. tinggalkan je keje bodoh nie...

    ReplyDelete
  3. Dlm senyap² umno raih sokongn rakyat, tup.. tup... tarif elektrik naik. Minyak tak boleh naik lagi sbb blm PRU lagi. Lepas tu baru cerita. Naik mesti naik punya. Alahai think-tank Umno ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post