Fitnah punca keruntuhan

SHAH ALAM - Penyebaran fitnah dalam dunia politik yang berselindung di sebalik nama agama boleh menjadi punca utama keruntuhan sesebuah kerajaan.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sejarah lampau perlu dijadikan pedoman apabila banyak tamadun Islam musnah akibat salah guna agama dalam berpolitik seperti yang berlaku pada zaman Khalifah Usman bin Affan.

“Khalifah Usman sendiri jatuh dari tampuk pemerintahan kerana fitnah apabila beliau dituduh tidak telus dalam pelantikan pegawai kerajaan,” katanya.


Menurutnya, penggunaan fitnah sebagai senjata politik dapat dilihat di Malaysia di mana golongan politik sejak dahulu lagi kerap menyalahgunakan agama untuk menarik sokongan orang ramai.

“Orang politik sedar agama yang menjadi tunjang kehidupan rakyat boleh digunakan untuk mempengaruhi orang ramai bagi mencapai kepentingan politik sesebuah parti itu.

“Jika kita lihat, banyak ulama kini mengeluarkan dalil berbeza mengikut isu berkaitan pemilihan politik mereka sendiri. Ini tidak betul,” katanya semasa wacana anjuran Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Asri, agama boleh menjadi madu dan penawar bagi menghentikan semua kepincangan dalam politik tetapi ia juga boleh menjadi racun dan menyebabkan kacau-bilau jika disalahgunakan.

“Manusia melakukan fitnah kerana ingin bersaing dan mahu mewujudkan pengaruh. Golongan yang mempunyai kuasa pula ingin terus kekal di atas dan menggunakan fitnah untuk menumpaskan pesaing mereka.

“Sebab itu, agama perlu berada di atas politik dan bukan parti politik yang mengarah golongan ulama supaya mengeluarkan fatwa yang sesuai dengan kehendak mereka,” katanya lagi diikuti dengan tepukan gemuruh hadirin.


Sinar Harian

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Nk kongsi skit cerita d zaman Nabi Musa. Allah swt tlh perintahkn nabi Musa supaya smpaikn kpd Qorun agar dia membayar zakat. Pendekkn cerita, setelah 2-3 kali nabi Musa britahu Qorun yg tdk mau membayar zakat itu lalu trcetuslah idea iblis kpd Qorun supaya kenakn nabi Musa pula. Lalu d upahny perempuan Kurdis supaya mengaku mengandung hasil hubungnny dgn nabi Musa. Akibat fitnah itu lalu nabi Musa brtanya terus kpd perempuan trsebut dari angkara siapakah fitnah ini. Terketar perempuan trsebut memberitahu bhw dia diupah Qorun krn tidak tahan dgn desakan membayar zakat (tamak). Akhirny nabi Musa berdoa dgn seikhlas hati kpd Allah swt supaya menghapuskn Qorun beserta dgn harta-benda dan pengikut setiany serta seangkatan dgnny.

    Klu DS nk doa pembuka pintu langit kenalh hubungi sy krn bukan sebarangn org yg boleh pakai & hanya tuan badan sendiri yg teraniaya shj boleh guna. Sangat bahaya kesanny.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post