Gambar : 600 Pemuda UMNO yang nak bakar HQ PKR..



Ahli jawatankuasa Pemuda Umno Lokman Noor Adam telah mengetuai kumpulan 600 ahlinya sekitar pukul 10.30 malam tadi, mengadakan perhimpunan haram menghalang laluan di depan ibu pejabat PKR dengan membuat laungan kuat.


Hairan.. Balai Polis dekat saja tu.. tapi kenapa Polis takut untuk bertindak sedangkan jelas itu adalah perhimpunan haram.. sedangkan yang pakai dan jual 'T' Shirt kuning ditangkap mereka..

Adakah kerana mereka dari UMNO mereka bebas melakukan apa saja? kalau begitu income tax tu.. potong dari Ahli UMNO sajalah...



PETALING JAYA, 28 Jun — Sekitar 600 anggota Pemuda Umno yang bermotosikal mengepung ibu pejabat PKR di sini lewat malam tadi, dilihat sebagai satu tindakan mengugut menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, susulan SMS ugutan bunuh diterima ketua mereka Khairy Jamaluddin.

Mereka tiba di blok pejabat di Tropicana di sini, beberapa pintu dari balai polis, mendakwa ugutan bunuh diterima Khairy kelmarin, datang daripada parti pembangkang itu.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu membantah dakwaan tersebut.



Ahli jawatankuasa Pemuda Umno Lokman Noor Adam mendakwa dia mengetuai kumpulan 600 ahlinya sekitar pukul 10.30 malam tadi, menghalang laluan di depan ibu pejabat PKR dengan membuat laungan kuat.

Kata beliau, tindakan ahli-ahli Pemuda Umno dari Selangor dan Kuala Lumpur adalah untuk menghantar “mesej yang jelas kepada PKR bahawa kami tidak takut dan kami bersedia untuk berhadapan dengan mereka lebih awal.”




Khairy, yang kini berada di luar negara berkata, beliau menerima ugutan bunuh menerusi SMS kelmarin, meminta pihaknya membatalkan perhimpunan balas yang hendak diadakan menentang Himpunan Bersih 2.0.

Tindakan Pemuda Umno ini diadakan beberapa jam selepas wakil Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa dipanggil polis berhubung perhimpunan mereka bulan depan.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insider bahawa sekitar 300 ahli Pemuda Umno kebanyakannya bermotosikal bergerak dari Shah Alam tetapi tidak dihalang oleh polis meskipun membawa bendera Umno.

“Mereka memberikan ucapan di luar (pejabat PKR), mengancam jika Himpunan Bersih diteruskan, mereka akan mencederakan Datuk Ambiga Sreenevasan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata beliau.

Ambiga merupakan pengerusi Bersih manakala Anwar pula Ketua Umum Pakatan Rakyat.

“Mereka juga mengugut mahu membakar ibu pejabat (PKR),” kata Ahli Parlimen Machang ini.

Saifuddin berkata beliau telah membuat laporan polis di balai polis yang terletak bersebelahan ibu pejabat PKR.

Bagaimanapun Lokman memberitahu The Malaysian Insider bahawa dia tidak mengugut PKR dengan kasar.

“Kami telah memberi arahan keras agar tidak membakar ibu pejabat mereka. Kami bukan macam mereka,” katanya.






Berita dari : The Malaysian Insider
Gambar dari : Semut dan Papan Kekunci lagi gambar sila lihat di SINI

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Masa tu kalau ada orang azan boleh la nak tengok mencicit depa lari.tak cukup jamban lari menyorok.....

    ReplyDelete
  2. BUAT ORANG PKR ATAU SAPA SAJA YANG ISLAM ,,KALAU JUMPA PROVOKASI MACAMNI LAUNG AZAN AJER...

    ReplyDelete
  3. Mcm t-shirt prgerakn parti Thai Rak Thai yg d haramkn tu je. Nmpak sangat Polis ni dh jadi security Umno. Mmg patut ar Bersih ni perlu d laksanakn. Sy cadangkn buat setiap bulan.

    ReplyDelete
  4. Dulu era DSAI(PKR) & skrg ni era Mat Sabu(PAS) plak. Ramai tok kiai turun tu nnti. Ingat skit ar sbb kita buat secara aman. Jgnlh cuba jolok sarang tebuan.

    ReplyDelete
  5. kesian anak2 muda melayu yang diperalatkan..upah sorang 50 semua jalan..yang lokman adam dh kebas beribu2 balik rumah selesa tidor..apa nak jadi golongan muda terutamanya melayu..diperbodohkan menjadi samseng..kalau ada yang terbaca, tolong pikir masa depan anda, jgn pikir 50 rggt semalam cukup..untuk pemuda bangang dapat 50 tapi pemimpin2 atas berbillion2..kalau tak faham billion tu apa sila balik belajar

    ReplyDelete
  6. cantona79,
    hebatnya kau tahu pasal rm50 tu dan lokman nor adam tu ??? hehheh tu zaman anwar , reformasi , jalan setiamurni dan jalan reko dulu . ko ada ker masa tu ??? eemmmm sapa sapa yang terkena dulu dah celik mata dah . aku harap kau pun cepat-cepatlah sedar yer .....

    ReplyDelete
  7. to anakbabi 12:01
    (coz lu xda nama)

    jgn deny la dol
    mmg btl pun dipancing 50 hengget sorg utk bikin propa!
    ape punya bangsat la umngok neh!
    dh la rempit2 ni mmg bangsat dibangsatkan lg dgn umngok2 neh!

    mmg hancur la mesia
    bdk2 bodo yg x sekolah pun dh diperalat dgn duit!dh diajar dgn budaya mayukkkkkkk
    kah kah kah!

    ReplyDelete
  8. eleeehhh lagak gaya samseng..tp xde pulak polis ke sape ke nk tgkp @ nk bising2 msuk tv...tp kalu bila nmpk org pkai bj kuning,mula jd xkeruan,ckap mende tah ape2 d ngarutkn..akai tarak..msg ugutan kt kairi tu ntah wujud ntah x...kalu wujud pn dr depa2 gak yg buat2....aku pn bleh srh member2 aku hantaq kt aku msg lagu tu....otak ltak mna kairi?ingt kita suma ni bdk tadika ka hang nk bt lawak lagu tu.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post