KUALA LUMPUR: Sejak hari pertama perbicaraan kes Fitnah II berlangsung, semua jentera kerajaan digunakan untuk memastikan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Ini kerana sekiranya Anwar bebas, ia menandakan Barisan Nasional (BN) bakal tersungkur tidak lama lagi.
Demikian dinyatakan, P Ramakrishnan, Presiden Aliran Kesedaran Negara (Aliran), sebuah gerakan pelbagai etnik berpusat di Pulau Pinang yang memperjuangkan reformasi dalam sistem keadilan, kebebasan dan perpaduan.
Ramakrishnan menyatakan pendapatnya itu dalam rencana terbarunya berjudul “Anwar akan dipenjarakan – walau apa cara sekalipun” dalam laman web gerakan itu.
Menurut Ramakrishan, perkara paling menghairankan setakat ini adalah keengganan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus menghakimi perbicaraan itu walaupun diminta berbuat demikian sebanyak tiga kali oleh peguambela.
“Perkara yang paling menghairankan adalah keengganan Hakim Zabidin menarik diri daripada terus menghakimi perbicaraan itu. Sebaik sahaja tertuduh merasakan dirinya tidak dihakimi dengan adil, itu sudah cukup untuk memastikan hakim ditukar bagi memastikan tertuduh memperoleh keadilan yang sewajarnya,” kata Ramakrishnan.
Satu lagi soalan penting yang masih belum terjawab sehingga kini, katanya, adalah persoalan mengenai DNA Anwar yang diperoleh pada tahun 1998, tidak digunakan polis untuk proses mengenalpasti DNA Anwar pada bukti yang diperolehi.
Menurutnya, polis memerlukan bukti DNA baru untuk mensabitkan Anwar kerana jika DNA tahun 1998 digunakan, konspirasi untuk memfitnah Anwar akan terbongkar.
Selain daripada polis, rakyat juga percaya bahawa mahkamah bersekongkol untuk menafikan akses Anwar kepada beberapa dokumen penting walau pun mahkamah sepatutnya memastikan tertuduh memperolehi perbicaraan yang adil.
“Apabila seorang individu mendakwa menjadi mangsa rancangan jahat polis, mahkamah perlu memberikannya akses kepada dokumen penting yang diperlukan untuk mempertahankan dirinya. Berlawanan dengan amalan keadilan ini, mahkamah menafikan Anwar maklumat ini,” kata Ramakrisnan.
Beliau turut mempersoalkan sebab laporan perubatan daripada Hospital Pusrawi yang ditandatangani Dr Mohamed Osman tidak pernah digunakan di mahkamah sehingga ke hari ini.
Laporan itu mengesahkan Saiful tidak pernah diliwat sesiapa pun sewaktu beliau membuat laporan polis kononnya diliwat Anwar.
Menurut Ramakrishnan, orang ramai juga tertanya-tanya apakah penghakiman akhir yang akan disampaikan Hakim Zabidin kerana sekarang lagi beliau sudah menyimpulkan kononnya Saiful adalah saksi berwibawa dan boleh dipercayai.
Zabidin juga membuat kesimpulan keterangan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur mengesahkan terdapat penetrasi menggunakan pelincir, serta tiada kemungkinan bukti telah diubahsuai dan kesemua bukti yang dikemukakan saksi juga amat kukuh.
“Jika ada sebarang penemuan yang bercanggahan (dengan kesimpulannya), ia pasti menjejaskan kesimpulan dibuatnya yang membuatkan beliau memerintahkan Anwar untuk membela diri,” kata Ramakrishnan.
http://www.keadilandaily.com/?p=15100

INGATLAH ALLAH SWT LEBIH BERKUASA....ANDAI ANUAR BERJAYA DI HUMBANKAN KE DALAM PENJARA BELUM TENTU BN AKAN MERAIH KEMENANGAN....ALLAH SWT BERKUASA MEMALINGKAN HATI SETIAP PENGUNDI ....ALLAH SWT TIDAK SESEKALI MERESTUI TAKTIK KOTOR BN..... NAMPAK SANGAT FITNAH INI MESTI DITERUSKAN...KUATKAN IMAN KAMU KPD ALLAH.....BERGEGANG TEGUHLAH PADA TALI IMAN DAN TAQWA...JANGAN SESEKALI GADAIKAN KEIMANAN KITA SEMATA2 INGIN BERSAMA2 BERSEKONGKOL DGN FITNAH INI....ORG2 YG BERIMAN DAN TAKUT PADA ALLAH SWT TIDAK SEKALI2 MENGIYAKANNYA...
ReplyDeleteInilah hasil titik peluh Madey yang menghapuskan sistem juri, sekarang rakyat nampak selama tak ada sistem juri, tidak ada saekor pun hakim di Malaysia ni yang tak tunduk dibawah telunjuk UMNO.
ReplyDeleteRakyat yang cerdik telahpun membuat keputusan.
ReplyDeleteYang dihakimi rakyat bukan sodomi tetapi proses perundangan itu sendiri.
Kenyataannya pihak yang didakwa telah dan sedang dizalimi.
Apa-apa keputusan dan hukuman, bersalah atau tidak, ke penjara atau tidak, akan memakan diri pihak yang menjadi tuan kepada boneka-boneka perundangan ini.
-Rakyat non-partisan
aku berdoa kpd Allah swt agar umno bee end tersungkur dlm PRU ke 13 nnti, insyaAllah atas kezaliman mrk dan fitnah yg dilakukan salahguna kuasa , rasuah dll mrk bakal digantikan dgn suatu kerajaan yg telus dan amanah..
ReplyDeleteAnwar ke Penjara?. Secara ringkasnya itulah pandangan Be End untuk melemahkan semangat REFORMASI rakyat apabila Ketua Reformasi Dato Seri Anwar Ibrahim diheret ke penjara. Tetapi mereka terlupa yang semangat REFORMASI Rakyat yang kebanyakannya dipelopori ganerasi BELIA adalah berpunca atas kebencian belia dan rakyat terhadap Be End. Walaupun Anwar ke penjara, semangat untuk JATUHKAN Be End tetap utuh tidak akan lemah sekali pun. Dan ingatlah wahai Be End, setelah PR memerintah Negara Anwar akan dibebaskan itu yang kami akan lakukan. Letaklah Anwar dimana sahaja, kami akan keluarkan ia semula bergitu juga rakan-rakan kami dalam tahanan ISA. REFORMASI.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!