
Pelbagai insentif, dorongan, bantuan, keutamaan daripada segi moral, politik mahu pun kewangan telah diberikan oleh negara sejak 1957 yang ternyata akhirnya menemui kegagalan hingga kini. Apatah lagi keadaan Melayu dan Bumiputera semakin melarat dari hari ke hari disebabkan pemimpin UMNO sendiri begitu rakus membolot segala projek dan lain-lain insentif yang sepatutnya dihulurkan kepada kaum ini.
Keadaan ini dirumitkan lagi dengan ketiadaan kemahiran, kepakaran dan pengalaman menguruskan sesuatu urusan baik secara teknikal mahu pun praktikal. Ini terserlah daripada segi ketidakmampuan bersaing dalam bidang perniagaan, mutu pekerjaan dan perkhidmatan serta kelemahan hasil produk yang dihasilkan.
Kemunculan syarikat-syarikat korporat secara payung terjun dalam sektor pembuatan, peruncitan, perladangan, pembinaan dan lain-lain hanyalah bersifat sementara waktu sahaja kerana syarikat-syarikat ini terbukti akan gulung tikar akhirnya setelah beberapa tahun beroperasi.
Oleh itu dasar keutamaan yang dipraktikkan perlu disemak semula atas tiga sebab:
- Pertama, untuk mengelakkan daripada pemimpin UMNO mengambil kesempatan;
- Kedua, agar Melayu dan Bumiputera dipastikan berdaya-saing dengan kaum lain; dan
- Ketiga – supaya pertumbuhan ekonomi negara tidak terbantut akibat terlalu memanjakan Melayu dan Bumiputera yang mana akhirnya telah membinasakan kemajuan yang sepatutnya dicapai oleh rakyat dan negara ini secara keseluruhan.
Siapa yang tidak sayangkan bangsa sendiri, asalkan keutamaan yang diberi tidak mengguris perasaan kaum lain kerana kita semua adalah rakyat Malaysia dan kebanyakannya dilahirkan setelah negara mencapai kemerdekaan 1957. Islam melarang sama sekali kita berlaku tidak adil sesama umat Adam apatah lagi menindas kaum lain.
Munculnya tokoh-tokoh korporat Melayu dalam bidang kapal selam, perkapalan, penerbangan, perhotelan, perbankan, pengangkutan dan lain-lain hanyalah bagaikan bermusim sahaja. Mereka ini semuanya anak manja UMNO yang berpaksikan politik untuk berjaya. Oleh itu dengan ketiadaan kemahiran, kepakaran dan pengalaman, mereka adalah penyebab utama pinjaman bank tidak berbayar di negara ini.
Berlainan sekali dengan kejayaan yang ditempah oleh syarikat-syarikat lain yang memakan masa puluhan tahun untuk mencipta kejayaan. Manakala saham-saham Bumiputera yang diperuntukkan juga banyak telah bertukar tangan.
Adakah skim ASN, ASB dan sebagainya telah mencapai matlamatnya? Ternyata tidak. Siapa sahaja ada duit dia boleh melabur dan menikmati pulangan yang baik di serata dunia. Pemberian lessen dan permit kepada Melayu ini seperti mana diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk menjalankan pelbagai perniagaan hanyalah dikhaskan untuk kroni pemimpin UMNO dan apa saja tender yang bersaiz sederhana dan besar hanyalah untuk anak-beranak-menantu mereka.
Begitu juga dengan masalah surat hak milik tanah berkeluasan kurang tiga ekar atau 1.2 hektar yang gagal diberikan kepada Melayu secara keseluruhan sedangkan syarikat-syarikat besar mudah memilikinya hingga ribuan hektar walau pun penerima yang dianugerahkan adalah bukan Bumiputera.
Dengan itu di manakah keistimewaan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO dan ternyata UMNO hanya perjuangkan kepentingan pemimpinnya yang rakus dengan bermodalkan “hak istimewa” orang Melayu.
Adalah lebih baik usaha meningkatkan taraf hidup kaum-kaum di negara ini disatukan supaya pembaziran sumber dapat dielakkan dan kemiskinan dihapus tanpa mengira kaum dan seterusnya semua kaum diutamakan secara keseluruhan. Langkah ini bakal menjadikan Malaysia yang maju, dinamik dan rakyat yang hebat dalam pelbagai bidang di samping mengelak korupsi, salah guna kuasa dan kronisme.
Usah dilaungkan keistimewaan Melayu, Ketuanan Melayu, DEB, tanah rizab Melayu, kuota Bumiputera dan sebagainya jika UMNO sendiri yang makan hak Melayu. Kini Melayu dan Bumiputera hanya bagaikan melukut di tepi gantang. Pemimpin UMNO dan kroni serta ahli keluarga mereka sibuk mengumpul kekayaan dan disembunyikan di luar negara. Apakah mereka ini akan selamat? Ternyata tidak.
Sejarah telah membuktikan peristiwa yang bakal muncul kemudian hari. Kehadiran jutaan rakyat asing dan pemberian kerakyatan segera telah menyisihkan lagi Melayu dan Bumiputera.
Dulu Melayu dan Bumiputera boleh mencari rezeki hasil pembangunan ekonomi apabila terdapatnya industri dan projek besar dengan cara bekerja dan melibatkan diri dalam sektor ini. Namun sekarang mereka terpaksa bersaing dengan rakyat asing yang serba boleh.
Oleh itu di manakah hala tuju Melayu? Itulah antara sebab budaya lepak, bohsia dan kegiatan negatif banyak membabitkan Melayu. Pemimpin UMNO hanya bersandiwara di atas sebuah pentas yang rapuh yang mana akan runtuh apabila tiba masanya.
Kita lihatlah nanti. Usah dilaungkan UMNO adalah Melayu, Melayu adalah UMNO kerana apabila tiba masanya yang tersirat dan yang tersurat akan terbongkar juga akhirnya.
Roketkini.com
Tepat sekali.
ReplyDeleteHarapkan pagar, pagar makan padi.
Tok sahla dok cerita pasal kroni. Bila berkuasa puak PAS, DAP dan PKR pun sama seleranya.Bedal kiri kanan. Tengok saja di Selangor kedah dan Kelantan. Nik aziz pun kata tak salah, zaman nabi dulupun macam tu bila dia bagi pada kroninya (menantu). Di Perak yang jadi jutawan segera termasuk Ahmad Awang tu apa? Dari muflis tiba-tiba bila Nizar jadi MB dapat tanah balak. lain kali kalau nak cakap kaji dulu. Jangan ikut sedap mulut saja. Satu jari tunjuk orang lain, empat lagi tunjuk puak sendiri.
ReplyDeleteMelarat ?
ReplyDeleteAzli Musa yang menganggur boleh beli rumah 500 ribu.
Setiap kali ceramah PAS boleh pungut puluhan ribu dari rakyat.
Inikah yang dikatakan melarat ?
kalau betul lah bagai di kata maka se eluk eluk nya kt tentang hal hal mengenai kroni tetapi ... kena jgk faham bg kroni dan kroni tsbt org yg layak dan dpt memajukan syarikat atau membawa kebajikan tidak salah .. yg salahnya kroni amco .. terbukti melayu jd mundur !! Terbukti dah ... kerana memberi projek kpd kroni yg bebal ..
ReplyDeleteAdakah menantu TGNA dan Ahmad Awang terlibat dgn rasuah.. belum lg kan ??? Jd kt tgk camne plk kroni Pakatan nanti bila pakatan memerintah ... rakyat ada kuasa tukar dan ubah kjaan!!!
Duit yg diberi oleh rakyat masa ceramah PAS dgn duit rakyat yg di ambil dr peruntukan negara ... jauh perbezaannya ... Duit yg diberi semasa ceramah diberi dgn tangan penderma sendiri ... ikhlas..
aku n rmai kwn2 dh xsbr nk jthkn geng2 keparat si brader anwar bin ibrahim (b.a.b.i) ni time pru13...hidp nyusahkn org lain...selagi pas bersekongkol dgn pkr n dap..selagi tu la aku akn undi bn..
ReplyDeleteYang kaya juga mamak mamak di Malaysia yang berselindung di belakang Melayunya. Ada juga pak bangla kata Mahadhir asal dari Bangladesh. Depa cukup sayang dengan Dr M. ni.
ReplyDeleteanon 2:08
ReplyDeletepas tidak rugi sikit pun kalau kamu tak undi pas sebaliknya kamu yang akan rugi seruginya2.
kroni umno-yahudi yg dapat projek walaupun modal syarikat RM2 dah cekup meyusahkan rakyat. Tambahan pula peruntunkan kawasan parlimen diberikan kepada ketua2 bahagian umno. duit ini akan seterusnya di agihkan kepada ketua2 samseng umno utk funding kerja2 jahat umno termasuklah upah ngo2 melayu utk buat kacau di negeri2 PR. kaum suku sarat samseng2 umno ni dpt kemudahan2 macam2, yuran sekolah, pinjaman berniaga, sampai re-new road tax pun boleh...mereka2 ni lah yg dok gelabah sangat bila umno tergugat. Hakikatnya utk program basmi kemiskinan terutama orang melayu yg boleh dinikmati oleh SEMUA orang melayu, dari dulu, kini dah 50 tahun memerintah malaysia..tak pernah diperuntukan oleh umno. Inilah hakikatnya pemimpin2 umno yg tak ikhlas berkhidmat.
ReplyDeletebuat anon 9.57am
ReplyDeletepalancau mak hang
sian kat ang........
aku lebih rela memberi duit aku dgn iklas untuk mendengar ceramah dari aku membeli utuseks yg hanya layak untuk lap najis dari bontot babi.
bawa mai fakta untuk mensahihkan ada kepincangan dalam pengurusan(salah guna kuasa) dalam pentadbiran PR bro.jgn cakap ikut sedap mak hang aja.
dan anon 2.08pm
hang undi ka hang tak undi ka.tak memberi kesan lsg.tapi yg aku duk pikir ni..kot hang ni kaniaq lagi ni..mengundi pun tak layak lagi.tgk ayat bodoh sembam sgt ni..ni bukan mengundi pilih ketua darjah yg nak ajak2 kawan.hang tau mana kawan hang tu nak undi pihak mana?..aku nak guna ayat hang balik
'aku n rmai kwn2 dh xsbr nk jthkn geng2 keparat pandykutty (b.a.b.i) ni time pru13...hidp nyusahkn org lain...selagi umno bersekongkol dgn mic,gerakan,mca,ppp..selagi tu la aku akn undi PR.'
kuikuikuikuikui
mak hang
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!