Jangan persoal status Tugu Negara, patung Tunku - Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata status Tugu Negara dan patung Bapa Kemerdekaan di Parlimen tidak boleh disamakan dengan tugu 1 Malaysia yang dibantah pembinaannya di Perlis.

Ini kerana jelas beliau, Tugu Negara yang dibina lebih empat dekad lalu bukan lagi lokasi sambutan Hari Pahlawan sejak tahun lalu, malah istiadat kalungan bunga juga diharamkan selaras dengan fatwa kebangsaan.

“Kita kena faham, sejak saya ambil alih (jawatan menteri) kita telah menukar (lokasi) sambutan Hari Pahlawan, kita sudah tidak lagi lakukannya di Tugu Negara.


“Kita buat dengan mengikut apa yang dikeluarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, kita ikut fatwa yang dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ditanya sama ada kedua-dua tugu itu harus dikekalkan, Jamil Khir bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya hanya mengatakan “itu cerita lain.”

Kelmarin, Pemuda PAS Johor mahu Jamil Khir menyatakan pendirian mengenai status Tugu Negara dan patung Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, perdana menteri yang pertama di Parlimen, ekoran pendiriannya tidak bersetuju dengan pembinaan tugu 1 Malaysia di Perlis.

Ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat berkata, di samping tugu 1 Malaysia, terdapat tugu yang telah dibina untuk memperingati jasa pahlawan negara iaitu Tugu Negara dan patung Almarhum Tunku Abdul Rahman.

“Saya mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang tidak bersetuju dengan pembinaan tugu 1 Malaysia yang boleh membawa kepada pemujaan.

“Pandangan beliau adalah sama dengan pandangan yang diberikan oleh Mufti (Perlis, Dr Juanda Jaya) supaya sebarang unsur-unsur pemujaan agar tidak diwujudkan,” katanya.

Khamis lalu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menasihatkan kerajaan negeri tidak membina tugu 1 Malaysia yang disebut-sebutkan akan didirikan di Perlis dalam waktu terdekat.

Juanda berkata jawatankuasa fatwa negeri yang bermesyuarat April lalu memutuskan bahawa tugu yang disebut-sebutkan itu tidak wajar dibina kerana ia bercanggah dengan akidah Islam.

Jamil Khir pula berkata kerajaan bersetuju dengan pandangan jawatankuasa fatwa Perlis yang menegah pembinaan tugu 1 Malaysia.


The Malaysian Insider

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Jamil Khir kata “Kita kena faham, sejak saya ambil alih (jawatan menteri)....."

    Bekas jeneral ni jenis masuk bakul angkat sendiri, inilah jenis ulamak UMNO yang kerjanya kalau tak ampu kerajaan, ampu diri sendiri. Ni aku tanya itu saja ke kerja dia sejak ambil alih jawatan menteri? Is that all you've got, Jamil? Mengalih lokasi tapi tugu masih utuh berdiri? Lainlah kalau sejak dia ambil alih jawatan menteri, tugu2 tu pun dialihkan ke tempat buangan ke, mungkin rakyat akan akui itu satu keberanian Jamil yang boleh dibanggakan oleh rakyat. Tapi kan, dah dasar jeneral2 kita yang semuanya buat kerja kerana CARMA (cari Makan).

    ReplyDelete
  2. Jamil Khir ni ingat dia ni jeneral askar lagi ke yang nak main warning2 ni? Jangan itu, jangan ini, dia ingat rakyat takut ke? Dia kata jangan persoalkan, so kalau ada yang persoalkan apa dia boleh buat? Kalau setakat nak main jangan2 tak payah jadi menteri lah, baik dia jadi kontraktor signboard buat signboard JANGAN apa saja yang kerajaan bayar dia buat.

    Ni aku bagitau kalau tugu negara dan tugu Tengku di robohkan tak akan ada satu agama pun yang akan marah, melainkan UMNO sebab tugu2 tu adalah tugu2 agama UMNO.

    ReplyDelete
  3. malu aku nak mengaku DIA BEKAS PENGARAH KAGAT

    ANGGUK ANGGUK

    GELENG GELENG LAH JAWAB NYER

    ReplyDelete
  4. Jeneral haprak !!! Haram tak berani nak bangkang apa yang UMNOPORNO buat..Dia takut laaa,,nanti kena buang kerja pula.Balek kampung motong gotah lagi baguih,tak bertambah dosa hidup harian kamu.,Hiyaq ..Hiyaq.tuih !!

    ReplyDelete
  5. ok lah bg lah chance kt dia...

    Tugu tu kt biarkan dulu .. bukan aku kata boleh tau, .. yg patung bapa kemerdekaan tu yg dibina sama dgn rupa Tunku Abd Rahman tu mintak di hapuskan ... sb rasanya kalau tak silap muzakarah jkuasa cuma fatwa utk meletak bunga di hari pahlawan je..

    agaknya dia org ni bila tenguk patung Tunku Abd Rahman baru teringat kod apa yg tlh pemimpin depa buat semasa hujung hujung hayat almarhum ini...

    ReplyDelete
  6. ulama macam ni lah dinegara2 komunis zaman 60an dulu, mereka di tangkap...lalu di rebus hidup2 selepas tentera komunis merebus babi didalam kawah yg sama....masih ingat kejadian di Vietnam apabila Vietnam utara takluki Vietnam selatan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post