
Tropicana di sini malam Isnin lalu kerana menghormati kebebasan berhimpun dan bersuara.
Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Ripin berkata, pihaknya boleh bertindak, jika mahu, kerana mempunyai kira-kira 50 anggota di depan ibu pejabat PKR ketika kejadian.
“Kami boleh halau ahli Umno itu jika mahu, kami sedang memerhatikan tindak-tanduk mereka. Tetapi kami tidak berbuat demikian kerana yakin tidak ada kejadian buruk akan berlaku.
“Orang nak protes, kami benarkan janji buat dengan keadaan terkawal. Mereka berkumpul beramai-ramai tidak salah dan PKR tidak marah.
“Tetapi ucapan Exco Umno, Lokman Noor Adam berbau ugutan dan melakukan provokasi terhadap PKR. Kita tidak bertindak balas dan melakukan provokasi, tetapi bukan bermakna kita takut” katanya.
Kira-kira 300 ahli Pemuda Umno yang memakai baju T merah berkumpul di perkarangan ibu pejabat PKR membantah perhimpunan Bersih 9 Julai depan.
Bagaimanapun, mereka bersurai menjelang tengah malam tanpa sebarang kejadian buruk berlaku.
Huru hara
Menurut bekas Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Haniffah yang hadir sama di perhimpunan tersebut, ahli Pemuda Umno memprotes kerana Bersih akan mengadakan perhimpunan 9 Julai depan.
Beliau menambah, mereka membantah kerana perhimpunan itu akan menyebabkan berlaku huru hara dan merugikan peniaga.
Namun begitu, Rozan mempersoalkan mengapa Pemuda Umno datang secara beramai-ramai pada waktu tengah malam.
Katanya, kalau membantah perhimpunan Bersih, mereka perlu menghantar memorandum kepada Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga (Sreenevasan) atau datang waktu siang dan boleh juga menyerahkan memorandum ke Parlimen.
Rozan juga mengulas mengenai tindakan polis yang menahan dan mengambil keterangan mereka yang terbabit dengan Bersih termasuk yang memakai baju kuning.
“Mengapa program anjuran parti pembangkang dan NGO yang menyokong pembangkang dengan cepat disiasat dan ditahan?
Umpamanya dalam isu perhimpunan perarakan kepala lembu di Shah Alam tidak lama dulu,” tambahnya.
Free Malaysia Today
Mat Tuak dah mula mabuk...kah..kah...kah
ReplyDeletePKR nak bertindak balas ???? kelakornya . PKR ni apa ada ??? sembang lebih adalah . Nak nyatakan sokongan MISI KE GAZA pun tak berani . ni pulak nak lawan pemuda . bertenggek di belakang PAS dan AMERIKA boleh lah ....nothinglah PKR ni...
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!