Karpal nasihatkan Dr M supaya bertaubat



Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya.

Katanya, Dr Mahathir yang sedang “meniti usia yang senja” sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya.


“Dia banyak buat kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat,” katanaya.

“...Sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu.”

Menurut Karpal lagi, Mahathir juga tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal Pakatan Rakyat.

Beliau mengulas komen dalam blog yang dimuat-naik oleh Mahathir semalam yang mendakwa Karpal sepatutnya gembira dengan barisan kepimpinan baru PAS yang dikatkan lebih rapat dengan DAP.

Mahathir menulis Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.

"Tokoh yang memang besar di sebalik muktamar kali ini adalah Karpal. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya.

"Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan," kata Mahathir dalam blognya.

Mengulas tulisan itu, Karpal berkata Mahathir juga tidak harus lupa bahawa sekitar 2001 di perhimpunan Gerakan, mantan perdana menteri itu telah berkata Malaysia adalah sebuah "negara Islam".

“Kenyataan di blognya itu tak perlu kerana dia sudah berkata demikian, kali pertama pada 2001, kecuali dia sudah lupa,” kata Karpal.

Beliau juga mengalu-alukan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu membawa Malaysia ke sebuah negara berkebajikan jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.


Malaysiakini

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. mengatok dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.
    sebenarnya dalam perkara hukum islam yang hendak dilaksanakan oleh pas mahadirlah yang lebih lantang menentangnya dari karpal sing kalau tidak buat apa mahadir dok kalut dengan lawak bodoh supaya rakyat terpengaruh dengan cakapanya seolah2 memberi isyarat supaya rakyat tidak menyokong pas kerana pas sudah lari dari dasarnya(tanggapan mahadir)harapan mahadir apabila orang melayu tidak sokong pas selamatlah beliau dari bahaya yg akan menimpanya kalau pas dan pr merintah negara kerana segala salah laku,salah takbir dan salah guna kuasa merumpak harta negara untok diri dan kroni semasa beliau merintah negara akan terbungkar kepada rakyat itulah yang sangat ditakuti oleh mahadir disebalik tulisanya itu.

    ReplyDelete
  2. Yang Mahathir dok kalut ni pasai apa? Dia sokong betui ke gagasan Pas nak bentuk negara Islam? Kalau dia sokong dan la ni Pas tinggalkan gagasan tersebut, dia patut kecewa. Tapi dari awai lagi dia tak sokong, pasai apa dia nak kalut.
    Betui kata Karpal tu. Mahathir patut bertaubat atas segala kesilapan dan salahlaku di zamannya.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah malunye akuuuuuu... kalu aku jadi Madey 5 tahun aku tak keluar rumah.. malu punye pasal.. kene sound ngan Karpal.. suruh bertaubat pulak tu.. Allo! Madey, kubur dah panggil mari..

    ReplyDelete
  4. Dosa Mahathhir terhadap Allahyarham Ibrahim Libya dan pengikutnya tidak akan dilupakan....oleh masyarakat Baling khususnya serta rakyat Malaysia yg tidak membuta tuli menyokongnya. Allah swt akan membalas segala perbuatannya membunuh saudara Islam yg tidak berdosa. Ibrahim Libya merupakan orang kuat dalam parti PAS kerana sangkaan buruk Mahathir bahawa pengaruh Ibrahim Libya boleh mengecam negara sanggup dia mengarah polis, tentera menjadi kambing hitam....Mahathir seronok2 melancong ke China.....Dari jauh sahaja memberi arahan....Dosa Mahathir membunuh tidak akan diampunkan oleh tuan punya badan apatah lagi dosa2 Mahathir yg lain....Allah swt sebenarnya telah menutup pintu hidayahnya...itu sebab Mahathir ini tidak pernah insaf...

    ReplyDelete
  5. Semasa PAS berhasrat menjalankan hukum HUDUD yg telah termaktub di dalam Al Quran, PAS terlebih dahulu merangka undang2 serta cara2 utk melaksanakan hukum HUDUD tetapi semua dimasukkan ke dalam tong sampah oleh kepimpinan Mahathir. Mahathir dan sekufunya sewenang2 mempersendakan hukum hudud . Aku masih ingat ada menteri2 yg mengatakan jikalau hulum hudud dilaksanakan ...habislah batu2 di jalananan....kenapa perlu mempersendakan PAS yg bersungguh2 utk melaksnakan HUKUM HUDUD.... Mahathir dan menteri2 nya pada itu menghina hukum hudud yg ingin dilaksanakan oleh PAS boleh dikatakan saban waktu disiarkan didada akhbar serta TV. Nik Aziz merasai satu amanah serta tangjawab yg besar serta berat yg perlu umat Islam lihat hukum HUDUD wajib dilaksanakan. Hukum HUDUD bukan hukum PAS tetapi hukum atau undang2 yg telah diturunkan oleh ALLAH swt. Hukum Hudud ini dilaksanakan untuk untuk panduan org2 ISLAM dan dikhususkan utk orang ISLAM.Kenapa Mahathir nak takut. Ianya tiada kaitan dgn DAP. Apabila kita renungkan kembali zaman kini ....masalah sosial di kalangan umat Melayu yg mengaku ISLAM amat kritikal sekali. Sekiranya HUKUM HUDUD dilaksanakan ....Allah swt akan memelihara kita semua. HUKUM HUDUD jika dilaksanakan di dunia bagi yg mencuri potong tangan.....di akhirat nanti ALLAH swt tidak akan mengenakan hukuman tersebut kerana dia telah dilaksanakan di dunia. Seksaan Allah swt amat pedih jika dikenakan di akhirat dan pemimpin2 yg enggan melaksanakan dan sebalik mengutuk hukum HUDUD tidak akan terlepas dengan azab ALLAH swt yg amat dahsyat....Mahathir dan pemimpin UMNO telah mengelirukan rakyat yg beragama ISLAM dan sebaliknya. Jikalau Mahathir seorang hamba yg takut pada ALLAH swt serta percaya akan hari pembalasan...saya yakin Mahathir tidak sewenang2nya mengutuk undang2 ALLAH swt...Tidak kira sesiapapun....yg gemar menghina undang2 ALLAH swt....tunggulah saat pedih yg amat pedih menanti kita diakhirat nanti...

    ReplyDelete
  6. dalam hati orang umno mempunyai penyakit waham terhadap hukum ALLAHswt kalau ditanya mereka kamu beriman dengan rukun iman? kami beriman tapi kami waham,dalam quran awl2 lagi ALLAHswt telah berfirman maksutnya,(alif lam min,kitab ini(quran)tidak ada keraguan* tetang kebenarannya ia menjadi petunjuk kepada orang2 bertaqwa)*yakin sepenuh hati.

    ReplyDelete
  7. mahathir kan dah pencen ....so bila plak pas nak buat hukum hudud ni ... nak buat negara islam ni .. opsssss tak jadi dah ... haji hadi kata tak der dalam quran .... tapi dulu ada ...... macam mana boleh jadi lagu tu ????? biasalah dalam PAS ni .. angguk jer lah demi undi bukan demi islam ...

    ReplyDelete
  8. MAHATHIR PUKIMAK...Titik..

    ReplyDelete
  9. anon 3.44pm
    wahai anjing pencacai
    bawa mai sat statment hadi kata dalam quran tak ada hukum hudud tu..hang jgn buat lawak bodoh hang kat sini.
    mahathir mmg pencen..tapi akta mageran tak pencen lagi..masih diguna pakai...bangang oi..tak kira laa tukar 18 PM dari puak umno pun..kalau tak ubah akta darurat tu...mmg kerajaan negeri tak boleh buat pun..try hang bagitau kat utusek dan pun menteri berkaitan undang2 ni..suh depa tarik balik akta mageran tu dan siar dalam paper..compom....esok kelantan buat hudud...
    awat hang bangang.........

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post