Lagi Ahli PKR kena saman..

GEORGE TOWN: Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Aminah Abdullah hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM6 juta terhadap lima individu dan PAS berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadapnya yang disiarkan dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei 2011.

Beliau memfailkan saman itu melalui firma guaman Ambar & Azah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini pada kira-kira pukul 11.20 pagi ini.

Beliau menamakan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Norhayati Jaafar sebagai defendan pertama, Timbalan Ketua PKR Cabang Jelutung Jab Samad (defendan kedua), Setiausaha PKR Cabang Jelutong Anuar Kamaruddin (defendan ketiga), wartawan Harakah Mohd Sabri
Said (defendan keempat), Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman (defendan kelima) dan PAS (defendan keenam).


Menurut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada sekitar 20-21 Mei lepas defendan pertama, kedua dan ketiga telah bersama- sama melalui sidang media di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas bertujuan mengaib, menjatuh maruah, nama baik dan reputasinya.

Defendan keempat kemudiannya dengan niat jahat melaporkan kenyataan berkenaan dalam artikel bertajuk “Kenyataan Aminah Bertentangan Syariat” yang disiarkan dalam akhbar Harakah ruangan Fokus di muka surat N18, Koridor Pakatan Rakyat Edisi 20-22 Mei 2011.

Defendan kelima selaku Ketua Pengarang akhbar Harakah telah membenarkan defendan keempat untuk melaporkan kenyataan itu dan defendan keenam selaku pemilik akhbar berkenaan telah menyiarkan keseluruhan kenyataan berkenaan.

Aminah dalam pernyataan tuntutan itu mendakwa laporan akhbar itu antara lain memberi maksud bahawa plaintif adalah seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam, menerima umpan kebendaan daripada Umno termasuk dituduh menggesa Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Plaintif menuntut ganti rugi am untuk fitnah slander (pernyataan fitnah dengan kata-kata atau gerak isyarat, bukan dalam bentuk kekal) sebanyak RM1 juta setiap seorang daripada defendan pertama, kedua dan ketiga.

Plaintif turut menuntut ganti rugi am untuk fitnah libel (pernyatan fitnah dalam bentuk kekal seperti tulisan, gambar ataupun filem) sebanyak RM1 juta setiap seorang daripada defendan keempat, kelima dan keenam.

- Bernama

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Tu gambar sape tuh?
    Adnan Yaakub ke Aminah? Aku confuse!

    ReplyDelete
  2. Aku sokong Aminah 100%, sebab dia memfailkan saman kepada org2 yg fitnah dia...dan juga sebelum ini ada dengar seseorg mengatakan dia telah difitnah..pasal video...sampai hari ni pun dia tak failkan saman kt org2 yg kata kat dia..tapi asyik menafikan di ceramah2 dia..hairan betul...

    ReplyDelete
  3. pegawai agama kes cerai berai pun tak berani suruh isteri cerai kan suami.. apa apa hal dia suruh siasat dan cari kebenaran.. skg pulak video tu tak kemana mana .. kes mahkamah tidak .. yg buat cite tak kena tindakan .. kalau ikut cakap org mcm ni kan tak betul.. ini baru keluar makan tghari dgn pompuan dah mtk cerai..

    kak wan tau kemana suami dia pergi.. sibuk plk suruh ceraikan suami..

    yg tv hijrah tu cari perempuan soleha dah ada .. kak wan tu terbukti isteri soleha.. yg uji dia bukan para panel hakim yg dilantik kemudian semua masalah di rekacipta utk menguji.. dah well prepared..

    ReplyDelete
  4. Nak buat apa saman kalau dh tau Hakim UMNOgok akan tolak.. Tapi kes aminah ni special..

    ReplyDelete
  5. Kak Min ooi...kalau nak kata orang fitnah hang...hang pi lah tengok sat kat cermin tu! Lani baru hang tau betapa sakit nya kalau kena fitnah! supaya lepas ni hang jaga sekit mulut hang tu.
    Apa pun kes hang ni, hang jangan takut, hakim umporno tentu kasi hang menang punya tapi aku rasa hang takan dapar RM6juta, pasai hakim tu pun tak mahu dilihat dia berat sebelah terlalu ketara sangat dan kelihatan bodoh sangat. Mungkin hang dapat puluhan ribu saja kot. Last sekali jangan lupa bila dah dapat duit....teh tarik satu!!

    ReplyDelete
  6. Tak tau nak komen macamana. Kesian pun ada kat Minah ni, meluat pun ada.Dia ni jadi cacaumerba. Aku takut satu hari nanti dia pakai cawat dan duduk kat roundabout Bayan Baru dan maki semua orang yang lalu kat situ. Sabrle Kak Min ooi...
    Saya cadang Kak Min, kalau menang saman RM 6juta, perkara pertama yang Kak Min kena buat ialah pi jumpa Khir Toyo...tanya dia kedai plastik surgery yang dia pi buat muka dia. Kak Min pun kena 'reformat' muka Kak Min. Manalah tau UMNO nak pilih Kak Min jadi calon kat Bayan Baru. Depa pun tau Kak Min lebih baik dari Katak Tua Zaharin tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post