Mak Aih!! Bil Elektrik Najib RM10 Juta setahun??

Terperanjat dengan Bil Elektrik rumah Najib yang hampir menyamai bil elektrik dan air sebuah kilang iaitu RM10,267,868.15 bagi elektrik dan bil air pula mencecah RM1,967,386.55 untuk tempoh setahun Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta penjelasan dari Najib..

Berkenan bil elektrik yang berjumlah RM10,267,868.15 setahun itu iaitu bersamaan dengan RM160,000.00 sebulan antara factor penyumbangnya mungkin disebabkan oleh kekerapan Rosmah menggunakan hair dryer bagi membentuk rambutnya.. atau mungkin juga terdapat saloon di kediaman Najib itu..

Tapi kalau guna sehari sepuluh kalipun Hair Dryer tu mana mungkin Bil Elektrik mencecah RM160,000.00 sebulan??


MP Pakatan persoal, bil elektrik PM saja RM10 juta setahun

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta penjelasan kerajaan berhubung kos penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya yang menjangkau hampir RM49 juta setahun.

Dalam jawapan bertulis menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu didedahkan berjumlah RM32,972,115.55 sementara kos baik pulih pula RM3,581,744.78 setahun.

Lebih memeranjatkan, bil elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya sahaja berjumlah RM10,267,868.15 dan bil air pula mencecah RM1,967,386.55 untuk tempoh yang sama.

Ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata penjelasan itu penting ketika rakyat diseru supaya berjimat cermat dan mengubah gaya hidup ekoran tindakan kerajaan mengurangkan subsidi.

“Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” katanya kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Sementara itu, Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke pula menyatakan hairan tentang belanja besar yang ditanggung, terutama kos elektrik dan air yang mencecah jutaan ringgit setahun.

“Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” katanya.

Menurutnya jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan mengikut bulanan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

“Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=16129

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. rosmah laki najib dok perm rambut setiap minit kot??
    Atau pun najib bini rosmah dok serika baju rosmah tak habis2.

    ReplyDelete
  2. Apa? Kenapa nak sewa kediaman utk PM & DPM? Siapakan tuan punya kedua-dua kediaman itu? Ataupun wang sewa adalah elaun perumahan dibayar setiap bulan kepada PM & DPM? Letrik dan air mungkin FOC, bayaran bulan dgn wang rakyat masuk kocek! Mesti ada apa2 yg tak kena, krena jumlahnya yg amat tinggi.

    Sedangkan kita tiap bulan nak terjaga-jaga agar kurang pakai letrik dirumah pasal nak jimat. Kadang pun hari panas tak mampu buka air-cond hanya kipas. Ada pun anak-anak dimarahi kami kerana mandi air panas masakan cuaca panas!

    Celaka punya lanun negara....!

    ReplyDelete
  3. Buat apa bayar eletrik sampai RM833,333.00 sebulan tu?..bagi kat org yg miskin kan lagi berfaedah..

    ReplyDelete
  4. inikah yg dikatakan syiar islam???

    berbelanja sesuka hati.. perkara ini belum pernah di persoalkan terhdp pm sebelum ini.. tentu ini dah dikira teruk punya belanja....

    ReplyDelete
  5. MEREKA NK JIMAT APA.. BUKAN MEREKA KELUARKAN DUIT POKET MEREKA.. LAIN LAH KITA NI... TERKETAR2 TANGAN NK KANA BAYAR.. ADA YG TERTONGGAK TAK MAMPU BAYAR SEBAB NAK GUNA DUIT BELI BERAS...

    ReplyDelete
  6. Kn dah ckp anak cucu-cicit iblis. Tu lah perangai yg d sukai iblis. Dah payah nk insaf pemimpin mcm ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post