Mogok Nelayan : Soi Lek kata Ismail Sabri tidur..


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyangkal dakwaan bahawa beliau gagal mengetengahkan keluhan nelayan laut dalam, kelas C2, berhubung isu pemotongan subsidi oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Dr Chua sebaliknya berkata, beliau tiada ketika mesyuarat itu bulan lalu membincangkan tindakan menamatkan "super subsidi" untuk sembilan jenis kenderaan komersial, seperti didakwa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


"Saya rasa menteri mungkin tidur, kerana saya tidak hadir mesyuaat itu," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur hari ini.

Sejak ditamatkan pada 1 Jun, MCA mendapat banyak aduan daripada pengusaha bot dalam yang yang mahukan kerajaan mengembalikan harga diesel kepada RM1.25 yang dinikmati mereka selama ini.

Mereka tidak puas hati kerana terpaksa membeli diesel pada harga biasa RM1.80 seliter seperti pengguna biasa.

Timbalan ketua publisiti MCA Loh Seng Kok menyelar tindakan itu dan Dr Chua pula dalam pertemuannya dengan nelayan berjanji memanjangkan keluhan itu kepada MTEN yang mana beliau turut menjadi anggotanya.

Walaupun bersetuju dengan keputusan penyelarasan subsidi itu, Dr Chua berkata pelaksanaannya perlu diambil kita.

"Sekiranya menteri (Ismail Sabri) mengambil kira pandangan nelayan dan memahaminya masalah mereka, semua ini tidak akan berbangkit," kata bekas bekas menteri itu.

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ini Porn Chua sendiri tak pi mesyuarat kata orang tidur. Sendiri tidur dgn Ah Yam dan bikin video buat tak tahu pulak.

    ReplyDelete
  2. Bukan tidur maa... tak cukup masa mau kira untung jadi menteri perdagangn ni. Masyukkkk maa... Tak caya?? Declare le asset klu brani. Harap SPRM siasat tak payah le. Lebih baik jumpa pawang besau. Lagi clear..

    ReplyDelete
  3. Bukan tidur...

    Dia lebih sibuk melayan Akademi Fantasia...

    Macam ni punya menteri pun ada kat M'sia ni...

    Entahlah...

    He he

    ReplyDelete
  4. skg tenguk handal ke handal amco dlm hal ini.. pandai kata yg dlm pakatan pas tunduk kpd dap..

    kalau yg ini ditarik balik maka kena lah tarik balik tarif letrik dn hrg gula..


    kita tunggu dan tenguk apa jd lepas ini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post