Muhyiddin kena belajar lagi..

KUALA LUMPUR, 6 Jun — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu belajar dengan ulama atau bertanya mufti sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai PAS kononnya ia sudah menggadai prinsip Islam, kata timbalan presiden baru Mohamad Sabu.

Sehubungan itu tegas beluau, dakwaan Muhyiddin yang mengatakan PAS sudah mengorbankan prinsip Islam kerana kepentingan politik adalah tidak berasas sama sekali.

“Muhyiddin perlu belajar dengan ulama atau berbincang dengan mufti sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.


“Dia tak boleh kata kita begitu kerana kepimpinan kita adalah ulama yang berwibawa yang merujuk kepada al-Quran dan Hadis,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin (gambar) semalam bahawa PAS sudah mengorbankan prinsip-prinsip Islam demi kepentingan politik sedangkan parti itu sepatutnya menggunakan muktamar kali ini untuk mencari kebenaran di sebalik isu video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang berakhir semalam ada meluluskan usul, yang dibawa Dewan Ulama, mengecam tindakan penayangan video seks itu dan dianggap sebagai satu fitnah.

“Jadi saya nak tegaskan di sini bahawa berbincang dengan ulama terlebih dahulu sebelum bagi pandangan.

“Perkara itu membabitkan zina dan kita tidak boleh beri pandangan sendiri,” kata Mohamad ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, apa yang diucapkan oleh Muhyiddin adalah mereka yang tidak tahu akan prinsip dan keadilan dalam Islam.

“Dia (Muhyiddin) tak tahu prinsip keadilan Islam. Prinsip Islam ialah tidak dibenar mengaibkan orang lain. Itu prinsip Islam kita.

“Tuduhan terhadap (Datuk Seri) Anwar merupakan tuduhan yang melibatkan maruah,” kata beliau yang mempertahankan kerusinya buat penggal kedua.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menambah, seseorang Muslim juga tidak dibenarkan menghukum mana-mana pihak sesuka hati kerana dalam Islam tidak mengajar agar umatnya mengaibkan orang lain.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi The Malaysia Insider hanya ketawa apabila diajukan soalan mengenai kenyataan timbalan perdana menteri itu.

Katanya, Muhyiddin dan pemimpin Umno kini dilihat sudah mulai gelabah dan ia menunjukkan petanda kejayaan muktamar kali ini.

“Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin Umno dilihat semakin menggelabah. Nampaknya muktamar kali ini berjaya membuatkan mereka kucar-kacir.

“Nasihat saya kepada Muhyiddin ialah lebih baik dia banyak belajar dari ulama jika nak bercakap mengenai soal zina dan qazaf,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini juga memberitahu, jangan disebabkan politik, asas agama tergadai.

“Apa yang dicakap Muhyiddin tidak langsung bersandarkan prinsip pada agama. Beliau patut rujuk pada ulama.

“Sama ada PAS mengetepikan Islam atau tidak, itu tidak muncul. Umno sedang dalam kegelabahan kerana perkara yang mereka cetuskan, masyarakat menolaknya,” katanya.


The Malaysian Insider

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Din ni mahu sangat2 PAS join UMNO konon demi kerajaan perpaduan. Sekarang PAS dah bulat tekad menolak UMNO. Tapi Din kata pintu UMNO tetap terbuka.

    Woi PAS, sapa2 yang teringin sangat nak masuk UMNO tu silalah berambus siang2 jangan bila dah menang kerusi bertukar jadi katak.

    Apa pasal pintu UMNO ni jadi tarikan pada PAS saja? Kenapa pintu UMNO yang sentiasa terbuka tu cukup payah untuk jadi pintu untuk orang keluar dari UMNO? Pintu apa ni?

    Pintu UMNO ialah pintu Ahmad Albab yang ada harta karun, ada faham!

    ReplyDelete
  2. pintu umngok senantiasa terbuka untk parpucurry & papagomol 2 ekor pencacai akan buat apa saja janji masyuuukkkkk.

    ReplyDelete
  3. geli geleman teman dengor komen Pak Din anak Pak Yassin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post