Najib silap target..

SHAH ALAM 1 JUN : Gesaan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak kepada golongan belia di negara ini supaya bersama-sama beliau mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang untuk mengekalkan kekuasaannya, diselar ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Menurut Johari, Najib menghantar mesej beragenda politik dan salah kepada kira-kira lapan ribu belia yang kebanyakannya dihantar sekolah masing-masing untuk menyertai himpunan tersebut, dan mereka juga bukanlah golongan pengundi.


"Saya terkejut bila Datuk Najib kata pertahankan Putrajaya. Beliau bercakap dalam nada politik. Sedangkan belia yang datang itu dengan bas. Umur 15, 16, 17 tahun. Bukan boleh mengundi pun. Beliau sampaikan mesej salah," kata Johari dalam temubual bersama TV Selangor.

Dalam ucapannya ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 pada Sabtu, Najib merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat.

Menurut Najib, beliau gembira dengan kehadiran sejuta orang anak muda di Putrajaya untuk menyokong pentadbirannya berbanding kebangkitan rakyat di Mesir awal tahun ini yang menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak.

Walaubagaimanapun hanya kira-kira lapan ribu belia menghadirkan diri dan kebanyakannya pelajar sekolah yang diwajibkan kehadiran ke atas mereka.

Apa yang lebih jelas kata Johari, tindakan Najib yang sengaja memberi gambaran salah bahawa Pakatan Rakyat akan melelong Putrajaya apabila menang pada pilihan raya kelak, membuktikan pentadbirannya yang tidak memahami hasrat dan jiwa murni anak muda.


"Saya rasa pelik. Samada teks Ucapan Datuk Najib disediakan oleh orang yang tidak faham. Atau Datuk Najib sendiri tidak faham hasrat dan jiwa anak muda belia negara ini. Untuk pertahankan Putrajaya kalau tidak nanti pembangkang jual. Apa ini? Bagi saya ini mentaliti tikus bercakap berdegar-degar tapi realitinya tiada," kata Johari.

Johari menyatakan sebagai Perdana Menteri, Najib perlu memberikan galakan dan menyemarakkan idealisme belia supaya membangunkan negara dengan aman dan damai di masa hadapan.

"Yang penting bagi kita ialah politik harus dilihat dari sudut yang lebih besar. Bukan politik kepartian yang sempit. Kalaupun nak bercakap dengan belia, mereka harus diberi satu impian besar untuk bangunkan negara. Kita bukan boleh hidup 100 tahun lagi. Mungkin nanti Umno dan Pakatan Rakyat pun sudah tiada, mereka ada parti lain. Beliau harus mempunyai impian besar untuk membangunkan negara dengan cara yang disepakati," kata Johari lagi.


TVS News

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hitler pun macam Najib jugak, waktu dekat nak kalah perang barulah Hitler pandai membodek budak2 suruh depa jadi askar untuk mempertahankan The Third Reich. Begitu terdesaknya Hitler sehingga budak2 yang bawah umur pun dipujuknya, maka ramailah budak2 German yang mati sia2 disaat2 terakhir, namun semuanya sudah terlambat dan akhirnya Hitler bunuh diri jugak. Aku tak nak kata Najib macam Hitler sebab takut jugak nanti Najib pun akan bunuh diri, tapi kalau Najib nak jadi macam Hitler pun syukur alhamdulillah, lagi cepat dia jumpa Altantuya lagi bagus.

    ReplyDelete
  2. Ni la jadinya kalau yakin sangat yg parti UMNO ni kekal sampai kiamat.. berpegang sangat pada kata2 Hang Tuah, tak melayu hilang di dunia.. pigi daa...

    ReplyDelete
  3. inilah yg dikatakan salak tak kena tempat,pemimpin macam ni berlambak dipasar malam.

    ReplyDelete
  4. Mmg patut PM kena jaga & ambil berat ttng prgerakan belia yg menjadi tunjang negara ni tp bila kekadang cakap PM tu trsasul, nmpak buruk sngatlah plak kelakuanny. Kalu DSAI berada d kedudukn Najib, adakh beliau pun akn cakap prkara yg sama? Wallahualam...

    ReplyDelete
  5. UMNO DAH NA(jibra)ZAKJune 2, 2011 at 10:31 PM

    AKU NMPK NAJIB & LEBIH2 LG ROSMAH TERAMAT GILA PUBLISITI...& GILA BERGAYA DEPAN KAMERA @ FILEM... ITU SAHAJA YG MEREKA TAHU...KALU TENGOK GAMBAR2 @ VIDEO KLIP ADA NAJIB N ROSMAH, MESTI MACAM BERGAYA HABIS... INILAH PEMIMPIN 'SYOK SENDIRI', GILA PUJIAN, GILA GLAMOUR... TAPI LAMA KELAMAAN RAKYAT AKAN NMPK 'KEPURA-PURAAN MEREKA NI...SEMUA NI HANYA LAKONAN SEMATA2...BUKAN MEREKA PEDULIKAN TTG RAKYAT YG SUSAH...

    BELIA SKRG DH CELIK MAKLUMAT, CYBERTROOPER UMNO PULA NK DUIT JER...

    ReplyDelete
  6. @FMZAM:hitler mati bukan bunuh diri,yg bunuh diri itu urg lain.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post