Nampak bona bangang eh Isa Samad ni

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad berkata tidak ada masalahnya jika Felda meminjam wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – berjumlah RM6 bilion seperti yang ditimbulkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sebelum ini.

Mohd Isa turut menangkis tanggapan bahawa pinjaman berkenaan menunjukkan Felda kini menghadapi krisis kewangan walau dilaporkan meraih keuntungan sebanyak RM1.197 bilion tahun.

Beliau berkata pinjaman berkenaan merupakan satu "penghormatan" kepada Felda kerana ia menunjukkan keyakinan KWSP bahawa lembaga pembangunan tanah itu mampu melunaskan pinjaman berkenaan.


"Apa masalahnya pinjam? Kita pinjam pun daripada (KWSP), (KWSP) bagi kita pinjam itu juga satu penghormatan sebab yakin pada kita, kita boleh bayar.

"Kalau saya meniaga saya ada duit, takkan saya nak guna semua duit saya sendiri, saya mesti pinjam. Itu yang penting, apa yang masalahnya kalau pinjam?

"Saya pun tak tahu apa masalah yang ditimbulkan itu. Saya beli kereta pun pinjam, saya tak tahulah kalau semua orang ANAK ini semua bayar tunai, saya tak tahulah," katanya lagi, menyindir NGO yang menimbulkan isu berkenaan.

Selain ANAK, perkara itu juga ditimbulkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menuntut Felda menjelaskan sama ada salah sebuah anak syarikatnya – Felda Global Ventures – mengalami kerugian dalam pelaburan di seberang laut.

Dalam satu kenyataannya, Anwar mendakwa kerugian daripada pelaburan dalam tempoh 2007 hingga 2010 itu berjumlah hampir RM500 juta.

Kerugian itu didakwa melibatkan pelaburan ke dalam syarikat Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia.

Pernah rugi

Sementara itu, ditanya sekiranya beliau menyentuh mengenai kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam ucapannya terdahulu, Mohd Isa secara ringkas berkata beliau hanya menyentuh mengenai kerugian itu secara umum.

"(Felda) pernah juga rugi pada awal-awal, tapi yang penting adalah bagaimana kita menguruskan kerugian itu supaya jadi baik," katanya lagi.

Dalam ucapannya terdahulu, Mohd Isa turut meminta wakil peneroka ke AGM berkenaan supaya "bersyukur" dan "tidak terpedaya" dengan golongan tertentu yang didakwa terus "mencucuk" masyarakat peneroka berhubung kerugian yang dialami Felda.

"Kita akan rugi sebab perjuangan mereka ini sampai pilihan raya ke-13... Jangan terpedaya kata kami di Felda nak menindas, nak menipu. Tak ada begitu sebab kita tahu tujuan hendak hapuskan kemiskinan luar bandar.

"Ada orang mencucuk masyarakat Felda, tapi apa nak buat memang ada orang macam itu," katanya lagi yang dipercayai merujuk kepada tindakan berterusan oleh kumpulan peneroka yang memfailkan saman ke atas Felda.


Malaysiakini

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. ASD,

    Konfirm Isa ni memang sah bodoh sebab dia punya statement "Kalau saya meniaga saya ada duit, takkan saya nak guna semua duit saya sendiri, saya mesti pinjam". Dia pinjam duit untuk berniaga ingat tak kena bayar faedah ke?. Ni semua mentaliti Melayu UMNO yang suka meminjam sebab kalau bisnes lingkup bukan duit dia yang hilang tapi duit rakyat. Inilah budaya UMNO yang suka meminjam sebab bila bangkrap kerajaan akan bailout. Apa pasal semua UMNO bila buat statement tak pernah TAK BODOH. Cakaplah UMNO cakap banyak2, lagi banyak UMNO cakap lagi ramai orang meluat dengan kebodohannya.

    ReplyDelete
  2. Agreed sangat dengan statement FMZam. Pada saya yang ada financial background, apa yg Isa cakap tu macam org tak sekolah.

    ReplyDelete
  3. Bila masanya isa samad tu cerdik...? Bukankah dari dulu dia memang bengong. Orang yang sokong & pilih dia lagi bertambah bengong...!! Mengketedarah duit rakyat dan disahkan kaki perasuah lagi....!!! heran aku, kenapa malaun macam nih masih dipilihhhh....!!!

    ReplyDelete
  4. aku dah nampak dah balasan allah pada si isa samad ni...korang tengok lah statement dia. allah sedang perbodohkan dia dengan statement dia ni...tak lama lagi nyanyuk lah pulak. yang lain2 aku perati che det, si nazri tu, muhyidin dah mengikut.

    ReplyDelete
  5. tu dia aih......!!!
    mak aih..ayatnya...tak terpikir oleh logik org kampung..org kampung pun malas nak pikir ayat bodoh macam ni..

    untuk pengetahuan
    mat cha samad adalah org paling bersih dalam puak umnoporno.sbb dia tak terlibat dgn gejala rasuah..dia cuma terlibat dalam politik wang..
    dan jgn terkejut bila satu hari nanti..bila felda mengalami kerugian..dgn wajah kopiden dan kompomnya dia akan bagitau bahawa

    "felda tak rugi cuma mengalami penyusutan modal/perolehan tidak berbayar"

    kuengkuengkuengkueng

    taik babi tul mat cha samad ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post