Nazri akui Najib PM dari UMNO terakhir...

KUALA LUMPUR, 8 Jun: Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz membayangkan semakin ramai pemimpin BN yang terima hakikat bahawa perdana menteri akan datang tidak semestinya dari Umno dan BN atau khasnya Datuk Seri Najib Razak.

"Ini adalah bukti terkini bahawa pemimpin Umno dan BN sudah hilang keyakinan dan terasa ini adalah penggal terakhir mereka menjelang pilihanraya ke 13 nanti," kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang (gambar) dalam kenyataannya.

Beliau mengulas kenyataan Nazri yang mendakwa, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menjadi Perdana Menteri ekoran Muktamar Tahunan PAS ke 57 baru-baru ini.


Ahli Majlis Tertinggi Umno itu mendakwa, perubahan kepemimpinan PAS yang kini dikuasai golongan profesional menunjukkan parti itu mahu berkuasa dalam Pakatan Rakyat, termasuk Abdul Hadi yang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri.

Mengulas dakwaan Nazri ini, Abdul Hadi berkata, beliau tidak bercadang mahukan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

“Yang penting kita mahu selamatkan negara... sesiapapun boleh jadi Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu semalam.

Bagi Lim Kit Siang, Nazri memang mempunyai agenda tersendiri ketika membuat dakwaan ini namun persepsi awam adalah Nazri sendiri sudah hilang keyakinan bahawa BN dan Umno akan kekal memerintah negara ini selepas pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengambil andaian teori RAHMAN yang mewakili enam perdana menteri dari Umno dan "Adakah teori ini akan sah tidak lama lagi." iaitu Najib adalah PM Umno yang terakhir.

RAHMAN mewakili Tuanku Abdul Rahman (R), Tun Abdul Razak (A), Tun Husein Onn (H), Tun Dr Mahathir Mohamad (M), Tun Abdullah Ahmad Badawi (A) dan yang terakhir Datuk Seri Najib Razak (N).

Bagi Lim Kit Siang, Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP sudah sepakat perdana menteri mereka jika menang adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mungkin atas dasar itulah pelbagai usaha dibuat oleh Umno untuk menyekat Anwar menjadi perdana menteri termasuk mengenakan pelbagai dakwaan terhadap beliau, katanya.


Harakahdaily

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. ULANG YA ... PAS, PKR dan DAP sudah sepakat perdana menteri mereka jika menang adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.... Sepakat tau ...

    Jd kalau nak melayu terus jd Perdana Menteri yg juga di restui oleh kaum lain maka pemimpin melayu mesti lah ada standard dan ada class spt Anwar ...

    sekali lg PAS mempunyai pemimpin yg bagus.. TG Hj Hadi tidak bercadang mahukan jwt PM... kt cermin cermin kan pemimpin amco ... ada ??? Dan di sini lah kebaikan pemilihan sb kalau TG Hj Hadi lebih berkelayakan maka kita boleh mohon dia mempertimbangkan cadangan kita ... Bukan snang nak ckp tak bercadang nak jd PM klau Muhyiddin mengeletar kod ???

    ReplyDelete
  2. Ye ler mula2 memang ler anwar, pas tu tengok ler camana LKS dan LGE goreng... huhu! padan muka melayu. anwar ada pengganti? siapa TPM malaysia jika bkan LKS hehe! hidup xina! opps zina! ops cina! slap plak!

    ReplyDelete
  3. Aku pon Melayu juga..kalau Melayu jadi TPM sekadar untuk mengaut keuntungan,buat apa! Lebih baik LKS...Melayu kalau keparat buat apa..kita tak hadapkan sangat Melayu jadi PM atau TPM..lebih baik diberikan kepada orang yang layak memimpin negara..tidak kira apa bangsanya...

    ReplyDelete
  4. dulu sebelum 1974 p,pinang ketua menterinya melayu umno yang kunun menjaga hak dan kepentingan melayu dengan rela hati dan penoh kasih sayang telah memberi hadiah ketua menteri kepada lim cong yu dari gerakan walau pun kedudukan kerusi dun ketika itu mujoritinya umno inilah hakikatnya sikap umno, ini bukan tanggapan seperti sesetengah orang terhadap pas dan pr.

    ReplyDelete
  5. ITU BALASANNYA KALAU GEMAR MEMBUAT FITNAH ...ALLAH SWT JUGA TIDAK MERESTUINYA.....NATIJAHNYA ......RASAILAH UMAT MELAYU YG MENYOKONG TAKTIK KOTOR INI....KALAU NAK JATUHKAN ANUAR PUN....JATUHKANLAH SECARA BERMORAL....DAN BERADAB. BUKAN MEMBUAT KERJA BODOH MACAM NI...DAN LEPAS TU HERET RAKYAT UTK SAMA2 PERCAYA DAN AKHIRNYA UMAT MELAYU BERPECAH2. BAGI UMAT MELAYU YG TAKUT PD ALLAH SWT TENTULAH TIDAK PERCAYA....TAPI BAGI UMAT MELAYU YG TIDAK GUNA AKAL DAN IMAN....MEREKA INI YG MENJADI KAMBING HITAM....PEMIMPIN2 UMNO. FIKIR2KANLAH....UMAT MELAYU DAH SEMAKIN....JAUH DARI SEGI MORAL SERTA SAHSIAH....KITA SEBENARNYA MENJADI BUALAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM.....MALU KITEEEEEEE

    ReplyDelete
  6. xixa yang tak panadai matematik. Kau terkandas ke semasa sekolah dulu. kira lah betul2 bro komposisi parlimen malaysia, mana mungkin cina jadi PM. orang melayu kat umno yg tak cerdik tu boleh lah kau tipu, ini masuk blogsite pro PR mendedahkan kebodohan kau saja. Apa lah punya banggang kau ni?

    ReplyDelete
  7. apapun setiap rakyat dimalaysia layak untuk menjadi perdana menteri jika mentadbir dengan baik.jadi tak salah..untuk sapa2 impikan dgn jawatan PM.tapi umnoporno buat jawatan PM tu macam boleh datang dari puak diaorg saja...
    jawapan nye ada lah
    pukimekssss.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post