Negara Kebajikan : Versi UMNO/BN..

Menurut Najib perjuangan Umno dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama dan ianya bukanlah perkara baru seperti yang hendak diperjuangkan PAS..

Inilah yang dimaksudkan sebagai Negara Kebajikan oleh Najib itu..




Harga naik: Rakyat mula mengeluh

Pengurangan subsidi ke atas barangan keperluan asas, termasuk gula dan petrol RON97 dan terbaru gas asli yang menyebabkan tarif elektrik terpaksa dinaikkan mula memberi kesan kepada orang ramai daripada pelbagai lapisan.


Pengurangan subsidi itu menurut mereka telah melonjakkan harga makanan dan menjejaskan perbelanjaan seharian mereka. Malah, ada mahasiswa mendakwa terpaksa 'mencatu' makanan akibat kesan berantai itu.

“Makanan mahal, kena belanja (lain) lagi. (Kami) kurangkan perbelanjaan makanan, kurang makan,” kata pelajar Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) N Mahesh Nanthakumar.

Mahesh, 21, malah turut menyatakan keinginan untuk menyertai demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya jika ada pihak yang menganjurkannya.

“Saya akan sertai demonstrasi,” kata Mahesh (kanan) ketika ditanya kesediaannya itu ketika ditemui di KL Sentral di ibu negara, semalam.

Daripada tujuh orang yang ditemubual Malaysiakini secara rambang semalam, semua mereka mempunyai pandangan berbeza-beza berhubung kenaikan harga barang yang dikritik hebat pembangkang.

Kerja sambilan

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, harga subsidi barangan keperluan dikurangkan. Antaranya, petrol RON97 kini mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

Tarif elektrik pula naik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun manakala harga gula meningkat 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa pada Mei.

Menurut sesetengah ahli ekonomi, kenaikan itu, terutamanya tarif elektrik, secara tidak langsung akan membebankan pengguna apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada golongan itu.

Sementara itu, seorang penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) Syazana Shah Lan, 21, memberitahu, beliau kini terpaksa berfikir terlebih dahulu sebelum membeli makanan.

“Terasalah (peningkatan harga), yang itu memang terasalah. Sebab (saya) duduk universiti, duduk asrama, hendak makan kena fikir. Makanan memang mahal, makan sekali, dua kali (sehari) macam itulah,” katanya.

Namun bagi seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Alvin, kehidupan hariannya tidak terjejas secara langsung dengan pengurangan subsidi oleh kerajaan itu.

Mahasiswa sebuah kolej swasta di Sungai Buloh itu, bagaimanapun, mengakui beliau masih tidak puas hati kerana keluarganya kini merasai tempiasnya.

Mahu tukar kerajaan

“Kalau waktu cuti, saya bantu ayah (kerja sambilan),” katanya lagi.

Justeru, Alvin, 22 berharap agar kerajaan dapat menggalakkan lagi pelaburan asing ke dalam negara bagi menstabilkan semula kenaikan harga barang.

Keadaan ini hampir sama dengan nasib seorang pelajar German Malaysian Institute (GMI) Mohd Amiruddin Roslan yang masih tinggal bersama keluarganya.

“Saya tak rasa mana, saya tinggal dengan mak ayah,” kata Mohd Amiruddin, 18, sambil memberitahu orang tuanya merupakan seorang guru.

Bagi Harzuki Ismail – pegawai teknikal di sebuah pengeluar minyak terkemuka – pula, kenaikan harga petrol tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia merupakan negara pengeluar komoditi itu.

Harzuki, 53, berpendapat, keadaan sekarang amat merungsingkan kerana ia memberi kesan kepada kenaikan harga barang dalam keadaan nilai pendapatan makin menurun.

Lebih drastik lagi, beliau merasakan sistem pemerintahan negara perlu ditukar.

“(Tetapi) demonstrasi tak perlu, cuma tukar pimpinan negara. Tak payah (ada) pertumpahan darah. Pemikiran orang kita (harus) tukar, itu lebih penting,” katanya.

'Kerjaaan juga perlu berjimat'

Bagi Alan Tan – seorang orang kurang upaya (OKU) – pula, walaupun beliau tidak bersetuju dengan kenaikan yang berlaku, beliau berharap tujuan kerajaan melakukannya dapat diselami terlebih dahulu.

“Mereka juga ada komitmen (pada rakyat), ada (beri) subsidi,” katanya yang diberhentikan kerja setelah lumpuh sebelah badan akibat serangan angin ahmar sebelum ini.

Manakala seorang jurujual Norjamilah Mohd Halim juga mengaku turut terkesan dengan kenaikan harga barang-barang tersebut kerana gaji orang kebanyakan “tak sebesar mana”.

“Dari segi makanan tidak berbaloi, ambil sikit (pun) harga mahal,” katanya wanita berusian 29 tahun itu.

“Kalau boleh turunkan harga barang,” katanya lagi.

Sebahagian besar mereka juga berkata selain subsidi rakyat yang dikurangkan, kerajaan juga harus membuktikan kesungguhan dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah dan menghentikan projek mewah serta tidak membawa manfaat kepada orang ramai.


Malaysiakini

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kira nya BN yang peneraju utama nya adalah umno,ia perlu memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara,rakyat sentiasa diutamakan kepentingan nya dalam apa jua dasar kerajaan yang yang ingin dilaksanakan.Sebab itu tiada sebab untuk pihak kerajaan untuk menaikan tarif elterik sebagai contoh nya,kerana TNB tiada rugi pun selama ini,mereka tetap untung,dan bila tarif elterik di naikan,maka TNB untug atas untung.Begitu juga engan kadar bayaran tol,pihak PLUS contoh nya tak pernay pun mengalami kerugian,tapi itulah kehendak mereka dalam perjanjian,maka kenaikan itu tidak dapat dielakan,maka semua beban ini akhir nya kembali pada rakyat.Yang kaya bertambah kaya,yang dah pun susah semakin susah.

    ReplyDelete
  2. Jgn harap ar pd para lanun umno ni nk prjuangkn nasib rakyat. Blm PRU lagi dh tekan eknomi rakyat, apatah lagi bila dh dpt kuasa penuh? Sendiri mau pikir ar..

    ReplyDelete
  3. Memang UMNO telah lama mengamal kebajikan utk rakyat sejak mula mencapai kemerdekaan lagi.. bagi yg buta hati tu yg tak nampak aje...Allah SWT dah tutup nikmat mata untuk mereka...

    ReplyDelete
  4. amboii lama tak timbul AKP ni
    ANJING KEPADA PENCACAI
    sian kat hang...
    bersyukur apa yg ada adalah wajib bagi hambanya untuk bersyukur.dan sbb celik hati tulah kami dapat membezakan yg mana baik dan yg mana buruk doll oi...yg buta hati tu adalah hang AKP..jgn ingat bila waktu susah aje kita ditimpa ujian oleh ALLAH s.w.t.dalam kesenangan pun kita diuji juga olehNYA dgn kesenangan yg ALLAH s.w.t bagi dekat hang telah menutup hati hang untuk memahami dan mengenal org yg susah dari hang.walau hang mengaku hang celik hati.tapi kesian kat hang sbb hang buta mata.untuk melihat benda yg berlaku di sekeliling hang dan menyelami masalah diaorg.jgn hanya tgk.dan buat andaian hang shj ok...
    ada paham!!!
    sian kat hang

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post