Patutlah SPR sibuk nak gunakan Sistem Biometrik....

Beberapa hari yang lalu... Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik, pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem tersebut yang kini diguna pakai terhadap warga asing.

500,000 warga Bangladesh didaftar menerusi sistem biometrik

PUTRAJAYA 29 Jun - Semua warganegara Bangladesh di negara ini yang dianggarkan 500,000 orang, sama ada masuk ke Malaysia secara sah atau haram, akan didaftarkan menerusi sistem biometrik dengan kerjasama kerajaan Bangladesh.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, program itu, sebahagian program pemutihan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, akan dapat menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin, di samping menangani jenayah merentas sempadan dengan membendung kegiatan haram termasuk penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

"Objektifnya ialah menghentikan eksploitasi ke atas mereka ini oleh penyeludup manusia, sindiket atau pihak ketiga kerana kita berpendapat atas alasan kemanusiaan sahaja, kita perlu memeranginya habis-habisan,” katanya kepada pada sidang akhbar bersama dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Atiqur Rehman, di sini hari ini.

Hishammuddin berkata proses itu akan diselaraskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam pada peringkat makro, untuk mengkaji bagaimana proses itu dapat dilaksanakan segera manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) Datuk Alwi Ibrahim akan meneliti proses pendaftaran. - Bernama

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. opppsss lupa plak . nak mengundi kena ada kad pengenalan biru . guna dakwat kekal dari india tu hanya boleh mengelak orang mengundi dua kali ataupun boleh menghalang orang dari mengundi . apa nak buat stok dakwat yang ada kat PKR tu ehhh ??

    ReplyDelete
  2. Bila dikata bodoh..marah giler..tak tahu apa sysrat2 seseorang pengundi..pi la ngaji balik..kalau tak reti..

    ReplyDelete
  3. kalau da dapat mykad free,mesti la boleh mengundi,sengal.orang spr zaman skang nak duit,bkn nk keja.nampak mykad,bg cap jari da bole ngundi


    Ni best bro!!!
    Cool Aje : 2 Siri Xperia Baru,Xperia Ray Dan Xperia Active

    ReplyDelete
  4. Sorang lagi otak tersumbat..ngaji setengah jalan sebab cikgu meninggal...Mykad status PR tak boleh mengundi la...

    ReplyDelete
  5. pd AKP
    pala hotak hang..ngaji tak abis cikgu meninggal tak ape..jgn ngaji tapi tak sampai sekolah..itu keja hang la samdol..
    oit AKP bodoh.
    utk pengetahuan hang JPN keluarkan 3 jenis kad sahaja.
    MYKAD
    MYKID
    MYPR
    dan yg terbaru MYKAS

    dan sijil ada 4

    kelahiran
    kematian
    perkhawinan dan cerai
    anak angkat

    kalau mykad status PR aku tak pernah dengar lagi samdol oii...
    len kali banyakkan membaca.
    pandai2 aja hang ni AKP.
    JPN pun tak buat lagi mykad status PR.kalau PR tu org panggil MYPR la bodoh!!!MYKAD untuk rakyat malaysia shj.

    taik hang....!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post