Patutlah Tariff Elektrik naik...

KUALA LUMPUR : Ketika kerajaan membebankan rakyat dengan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, gaji Ketua Pengarah Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Che Khalib Mohamad Noh didedah sebanyak RM1.8 juta tahun lalu.

Mengulas perkara ini, bendahari KEADILAN, Wiliam Leong berkata, gaji sebanyak itu terlalu besar jika dibandingkan dengan beban dan penderitaan yang ditanggung rakyat Malaysia berikutan kenaikan tarif elektrik.

“Ini tidak selari dengan slogan rakyat didahulukan. TNB sepatutnya memotong kos untuk membayar gaji CEO nya sebelum memaksa rakyat menanggung kenaikan tarif elektrik yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju.


Justeru itu katanya, kerajaan melalui khazanah nasional sepatutnya mengkaji semula bayaran gaji berkenaan.

“Memang perlu dikaji untuk tunjuk kepada rakyat, mengapa TNB tidak boleh berjimat dengan memotong gaji CEO nya terlebih dahulu sebelum meminta rakyat berjimat,” ujarnya.

Sebuah laman portal baru-baru ini mendedahkan gaji sekali ganda yang diterima Che Khalib, berbanding 2009.

Manakala jumlah gaji yang diterimanya untuk tahun kewangan berakhir 2007, ‘hanya’ dicatat sebanyak 1,107,280.00.

Seorang lagi pengarah eksekutif TNB Azwan Mohd, yang dilantik pada April 2010, menerima RM755,320.22, termasuk gaji pokok RM457,440.

Sementara gaji minima pekerja TNB pula hanyalah RM750.

Presiden Kesatuan Pegawai Rendah TNB Mohamad Roszeli Majid sebagai berkata TNB hanya menawarkan kenaikan gaji 7.5 peratus dalam rundingan pekerja-majikan yang sedang berlangsung.

Kesatuan meminta kenaikan antara 10 hingga 25 peratus tetapi ditolak oleh majikan. TNB memperolehi hasil RM34 juta termasuk RM4.1 juta keuntungan daripada operasinya.


http://www.keadilandaily.com/?p=14665

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. klau ada 2 atau 3 syarikat yg tawarkan perkhidmatan yg sama berani ke bg gaji byk mcm tu ..

    abis kuat keje ceo mcm ni hanya buat rundingan .. kalau kata lah rugi .. habis kuat dia di tukar je ...

    buat renungan kalau lah gko org ada duit 5 juta boleh tak buka syarikat dan jadi ceo .. dan bisness yg gko dapt pulak hny gko sorang...

    ReplyDelete
  2. kalau tak silap, bagi jawatan profesor gred B, mereka ni diberi keistimewaan menggunakan elektrik sebanyak mana secara percuma, bagaimana dengan jawatan yang lebih tinggi macam pak menteri kita? kalau betullah, hanya rakyat biasa yang menanggung kesusahan yang berterusan.

    ReplyDelete
  3. kan ramai rakyat yang susah sekarang ni. BN/UMNO tak fikir pun, memang lah CEO gaji besar tapi berpada pada lah...jangan melampau sangat, gaji CEO TNB ni kerajaan BN yang bagi pasal GLC.Dia kena pastikan tiap2 tahun TNB untung untung.untung......tapi gaji pekerja rendah TNB RM750 jee... sadis betul

    cuba tanya CEO Syabas berapa gaji die...

    Moga PR dapat perintah negara segera selepas PRU13 ni...agar nasib semua rakyat akan terbela.

    ReplyDelete
  4. gaji dan cerita dah hampir sama dengan kes air aje, apakah nanti sama penamatnya?

    ReplyDelete
  5. kalu ada duit aku dlm gaji dia tu aku x halalkan dunia akhirat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post