
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa pada sidang media khas berhubung perkara itu berkata, PAS sedaya upaya menggerakkan aktiviti penerangan itu kepada 200 masjid yang ada di Pulau Pinang supaya anak qariah lebih memahami kaedah baru yang menjurus kepada matlamat menyelamatkan institusi masjid daripada kongkongan politik pihak tertentu.
"PAS Pulau Pinang kesal terhadap Umno yang secara tidak bertanggungjawab menimbulkan berbagai provokasi dan sekaligus menggugat proses kerajaan negeri untuk menyatukan umat Islam melalui pemilihan jawatankuasa masjid yang lebih telus. Kami akan membantu memberikan taklimat ke akar umbi supaya umat Islam tidak keliru dengan dakyah jahat," jelasnya.
Katanya, bagi menghilangkan pengaruh politik kepartian, maka Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengikuti pendekatan yang dipakai sebelumnya kerana ia tidak telus, banyak masjid tidak mengadakan mesyuarat agung, tiada laporan aktiviti, kunci kira-kira dan tiada notis pemberitahuan kepada anak qariah tentang pemilihan jawatankuasa qariah baru.
Akibatnya, kata beliau masjid menjadi lesu dan tidak bermaya maka Kerajaan Pakatan Rakyat berhasrat melibatkan ahli qariah dalam menentukan perjalanan dan pengurusan masjid di Pulau Pinang.
Beliau berkata, ia dibuat dengan telus apabila notis dibuat awal dan pengisytiharan calon untuk jawatan pengerusi sehingga pemeriksa kira-kira seramai 15 orang.
Walaupun baru mendapat peluang menentukan jawatankuasa qariah, Kerajaan Pakatan Rakyat cuba untuk membuat perubaan sedikit demi sedikit untuk mengimbangi keperluan mengikut peruntukan Jawatankuasa Qariah dan Pegawai Masjid Negeri pindaan 2003.
"Kenapa Umno cuba kaitkan perkara yang tidak releven seperti mengatakan DAP campurtangan terhadap pemilihan Jawatankuasa sedangkan ia mengikut saluran betul mengikut kaedah Jawatankuasa qariah dan Pegawai Masjid Masjid Negeri Pindaan 2003.
“Lagipun semuanya melalui peruntukan yang ada dalam enakmen pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang Seksyen 104 (10)(b), " katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.
Harakahdaily
Dr Mahathir mati, Umno pun mati. Tak dak pemimpin yg baguih lagi da. Semuany dh brkurap.
ReplyDeleteumporno Penang sekarang ni memang sedang menggelupur, macam ayam baru kena sembelih menanti ajal. Talian hayat terakhir umporno Penang ialah fitnah isu melayu dan islam, maka akan digunakan isu ini habis-habisan utk mengkabur dan memperbodohkan masyarakat melayu yg kurang cerdik. Syabas diucapkan kepada PAS meneraju kempen penerangan ini. Juga elok jika di cetak phamplet keterangan tujuan dan kaedah pilihanraya masjid ini dan diedarkan di setiap pintu masuk 200 masjid di Penang pada hari Jumaat.
ReplyDeleteJemaah dah meluat asyik dengar khutbah UMNO yang guna skrip. Rakyat nak dengar khutbah yang keluar dari mulut imam sendiri. Wajar sangatlah dibuat pilihanraya masjid supaya hanya imam yang benar2 boleh berkhutbah dipilih, bukannya imam yang hanya pandai baca skrip. Imam2 perlu sedar yang bila baca khutbah dari skrip yang orang lain sediakan itu pun dah kira munafik sebab bukan keluar dari hati sendiri. Imam sepatutnya tidak jadi pengecut tapi kerana makan gaji, imam sanggup korbankan maruah sebagai seorang pemimpin jemaah. Itulah dasyatnya UMNO, imam pun depa control.
ReplyDeletebila pulak nak adakan taklimat untuk pilihanraya tokong bagi melantik sami dan jawatankuasa. Pilihanraya kuil hindu bila pulak . Berani ker Lim Guang eng nak adakan pilihanraya gereja bagi melantik paderi ???? nampak makin bodoh umat islam kat malaysia ni . Semua ni kerana perasaan benci dan tamakkan kuasa . Jadi palestine lah pulak lepas ni . DAULAH ISLAMIYYAH !!!!!!!!
ReplyDeleteApa bezanya dengan keadaan sekarang? Semua dalam masjid yang beri ceramah tu pun pro PAS yang suka balun kerajaan.
ReplyDeleteanon5:45pm,
ReplyDeleteBaru sebentar saya dengar pengerusi umno Penang cakap sama seperti yg awak tulis di TV7. Mungkin anda adalah dari golongan melayu yg kurang cerdik lantas percaya semua yg pemimpin umno kata.
Umat islam adalah umat progressive. Orang islam di penang adalah bijak utk menentukan hala tuju sendiri. Bukan seperti fitnah terbaru umno yg PAS dan PKR mengikut telunjuk DAP. Umat islam di Penang dah bebas dari belengu umno bila BN tersungkur di PRU12. Kami UMAT ISLAM Penang memilih utk memilih sendiri AJK Qariah Masjid kerana dah bosan dengan cara umno melantik orang2 yg langsung bukan ahli masjid, jarang ke masjid kecuali menunggu di pintu utk cium tangan menteri yg dtg melawat masjid, orang yg hanya pandai baca skrip khutbah tapi tidak mempunyai pemikiran islamic, orang yg hanya tahu bagi kerja2 ubah suai masjid kat kroni2 dia supaya dpt saham sama, orang2 ini semua dilantik oleh pecacai2 kecil umno kat kampung dan direstu oleh pemimpin2 umno bahagian. Orang2 begini menyebabkan masjid jadi kaku dan statik, tak berdaya memikat anak2 muda dengan program2 menarik, pintu masjid lebih lama di kunci berbanding dengan di buka.
Lantaran itu umat islam Penang mahu tradisi ini dikuburkan bersama umno. KAMI mahu melilih AJK sendiri yg AHLI MASJID, pandai berkhutbah, islamic thinking, kreatif dan agressive dlm mencari jalan mengimarahkan masjid.
Jadi tolong berhenti sat fitnah kata kerajaan PR sekarang ikut telunjuk DAP. Hakikatnya umno lah yg selama ini mengikut telunjuk MIC dan MCA.
anon 8.23pm
ReplyDeletenampak sangat ko kurang gi masjid . kalau jawatankuasa masjid tu kurang ker masjid sebab nak tunggu menteri datang , masa tu lah kalau ko selalu pegi masjid , ko boleh jadi imam . kita semua umat islam selalu kata nak ikut quran dan sunnah . pegilah selalu ke masjid , satu hari jemaah akan mintak ko jadi iman . kalau bacaan ko baik dan pengetahuan agama ko tinggi takyah jadi jawatankuasa pun , jemaah akan mintak ko jadi iman . kalau ada tahlil pun ko akan diminta jadi penghulu . Lama lama ko akan merasa jugak menjadi khatib . ni tak nak jadi khatib semalaman . tak sabar langsung ker tamak sangat ????
anon 8:23pm,
ReplyDeleteNasihat aku, kau pergi belajar lagi bahasa melayu..supaya di masa akan datang komen kau tak lagi berbunyi macam bahasa alien.
Umat islam bukan saja progressive tapi juga systematic, kerana itu kita ada AJK masjid yg merancang dan mengatur program...ada faham ke bila aku kata program? Program untuk mengimarahkan masjid. Pengurusi masjid bukan saja jadi iman, malah peranan dia lebih dari itu. Untuk inilah kita perlu pilihanraya masjid supya orang2 yg mengurus tadbir masjid adalah dari golongan orang2 yg betul berwibawa. Kita tak mahu lagi macam zaman umno.. ada tangan2 ghaib yg memilih AKJ masjid, ada diantara mereka orang kampung tak kenal pun...sebab tak pernah datang masjid. Orang yg di lantik oleh tangan2 ghaib macam ni mana tahu keperluan Qariah.
anon 10:48pm,
ReplyDeleteNasihat aku, kau pergi belajar lagi bahasa melayu..supaya di masa akan datang komen kau tak lagi berbunyi macam bahasa alien.
Umat islam bukan saja progressive tapi juga systematic, kerana itu kita ada AJK masjid yg merancang dan mengatur program...ada faham ke bila aku kata program? Program untuk mengimarahkan masjid. Pengurusi masjid bukan saja jadi iman, malah peranan dia lebih dari itu. Untuk inilah kita perlu pilihanraya masjid supya orang2 yg mengurus tadbir masjid adalah dari golongan orang2 yg betul berwibawa. Kita tak mahu lagi macam zaman umno.. ada tangan2 ghaib yg memilih AKJ masjid, ada diantara mereka orang kampung tak kenal pun...sebab tak pernah datang masjid. Orang yg di lantik oleh tangan2 ghaib macam ni mana tahu keperluan
anon 8.23pm
ReplyDelete"Umat islam bukan saja progressive tapi juga systematic, kerana itu kita ada AJK masjid yg merancang dan mengatur program"...kononnya lah .... ko sembang jer pandai HANTAR KOMEN PUN TIME PATUTNYA AHLI KARIAH DOK KAT MASJID ....8.23pm...ahakkkkss .. belajar belajarlah pijak kaki ke masjid nooo..
Kami umat Islam Penang ????? ada maruah ker orang Islam kat Penang tu . Berapa tahun dah dok taat setia pada Cina ?? Pengundi pun takat 40% sedangkan penduduk Islam Penang lebih 50% . Fikir-fikirkan lahhh nooo.....
aq rasa puak umno lagi bodo,
ReplyDeletedok kata orang melayu penang taat kat cin akonon.
ptuihhh
sapa yang buat perjanjian dengan GERAKAN???
SAPAAA???
BUKAN UMNO KA????
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!