Pilihanraya Masjid : Kenapa UMNO mengelupur?



Dalam satu kenyataan Media, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyanggah sekeras-kerasnya tuduhan liar yang dilempar oleh pihak UMNO yang mengatakan DAP memecah belah perpaduan umat Melayu Islam dengan masuk campur dalam urusan agama Islam di negeri ini, khususnya Masjid.


Ini kerana menurut Ketua AMK Pulau Pinag, Saudara Amir Ghazali inisiatif untuk mengadakan pemilihan jawatankuasa pentadbiran Masjid di negeri ini sudah diatur awal dengan melibatkan persetujuan bersama di antara Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Agama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Saudara Amir lagi, tindakan UMNO yang ‘menggelupur’ macam cacing kepanasan itu adalah kerana mereka tidak mahu institusi yang selama ini berada di bawah lingkungan pengaruh mereka , dikembalikan kepada umat dan anak kariah tempatan.

Dan dalam masa yang sama, mereka cukup takut kerana bakal gagal dalam pemilihan ini, berikutan amalan ‘klasik’ selama ini yang diamalkan secara pilih kasih, atau pilihan berdasarkan mereka yang pro-UMNO sahaja.




Pilihanraya Masjid :
Kenapa UMNO Macam Cacing Kepanasan?
9 JUN 2011


Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) mengadakan sidang media ini adalah untuk menyanggah tuduhan UMNO yang menuduh DAP ingin mencampuri urusan agama Islam negeri, kedua tentang sokongan penuh AMKPP terhadap pilihanraya Masjid & ketiga; cadangan penambahbaikan dari pihak kami.

Pertamanya, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyanggah sekeras-kerasnya tuduhan liar yang dilempar oleh pihak UMNO yang mengatakan DAP memecah belah perpaduan umat Melayu Islam dengan masuk campur dalam urusan agama Islam di negeri ini, khususnya Masjid. Tegas kami nyatakan di sini, inisiatif untuk mengadakan pemilihan jawatankuasa pentadbiran Masjid di negeri ini sudah diatur awal dengan melibatkan persetujuan bersama di antara Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Agama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Justeru kami menyeru agar umat Islam di negeri ini tidak terpedaya dengan fitnah terbaru UMNO ini, kerana jelas pilihanraya Masjid yang dicadangkan hanya melibatkan entiti-entiti yang berkaitan dengan agama Islam di negeri ini sahaja, dan tidak langsung melibatkan Parti DAP, apatah lagi entiti non-muslim yang lain.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) juga menyedari tindakan UMNO yang ‘menggelupur’ macam cacing kepanasan itu adalah kerana mereka tidak mahu institusi yang selama ini berada di bawah lingkungan pengaruh mereka itu, dikembalikan kepada umat dan anak kariah tempatan. Dan dalam masa yang sama, mereka cukup takut kerana bakal gagal dalam pemilihan ini, berikutan amalan ‘klasik’ selama ini yang diamalkan secara pilih kasih, atau pilihan berdasarkan mereka yang pro-UMNO sahaja.

Justeru, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) ingin menyatakan sokongan penuh kami terhadap inisiatif yang murni & yang pertama kali dijalankan di negara ini. Ini adalah kerana objektif pemilihan adalah untuk mengembalikan semula kuasa memilih Jawatankuasa Pentadbiran masjid, kepada anak kariah tempatan. Dan usaha ini juga bakal memastikan Masjid dibebaskan dari kongkongan UMNO yang menjadikan Masjid seperti milik mereka, walhal kebanyakan masjid di bawah kekuasaan mereka selama ini, sebenarnya lesu dan tidak aktif.

Justeru, demi memperkemaskan lagi Pemilihan Masjid yang bakal berlangsung ini, pihak AMKPP ingin mencadang agar satu ‘sistem database’ maklumat ahli kariah diperkenalkan untuk memberi kuasa penuh hanya kepada anak kariah yang sudah bermastautin 3 bulan ke atas di satu-satu kariah itu layak untuk mengundi.

Semoga Pilihanraya Masjid yang bakal berlangsung bermula minggu depan dapat mengembalikan Masjid-masjid di negeri kembali ke pangkuan umat untuk dijaga, diurus dan dimakmurkan oleh mereka yang beramanah & berwibawa.

Salam Reformasi

AMIR GHAZALI
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Bengkang ubi AMK PP..memang betul DAP yg puncanya..butanya hati mereka..kalau betul bukan DAP punya planning..kenapa Selangor, Kelantan,Selangor dan Kedah tak buat sekali?? kata PR bersatu hati!! makan setalam..tidur sebantal...makan bengkang ubi sekali....

    Sesuatu selepas pilihanraya .sepantas kilat geng of PR berfitnah..

    Geng of PR akan menuduh UMNO...gagalnya kerana anak kariah tak datang dihari pengundi.."UMNO pecah belah org Islam..kerana menghasut supaya tak sokongan pilihanraya masjid dan..blah..blah"

    Geng of PR akan menuduh UMNO...berlakunya kekecohan.."UMNO yg punca kekecohan dan...blah..blah.."

    Geng of PR akan menuduh UMNO...berlakunya perpecahan anak kariah.."UMNO punca perpecahan dikalangan anak2 kariah dan..blah..blah.."

    Geng of PR akan menuduh UMNO...kemenangan dipihak org2 dahulu juga (asal).."UMNO amal rasuah dlm masjid dan..blah..blah..."

    Geng of PR akan kata pd UMNO...kemenangan diantara geng of PR seluruh masjid2 di PP..."Kami telah membuang penguasaan org UMNO di semua masjid di PP..dan kini org2 yg sepatutnya pegang jawatan telah berjaya,bukan dr mana2 parti dan..blah..blah..."

    Tunggu dan lihat selepas pilihanraya nie..GAGAL dan BERJAYA hakikatnya DAP berjaya permainkan/pecahkan org Islam/Melayu..sebab kenapa agama2 lain ada ke DAP tak minta buat perkara yg sama..

    Dan terima kasih juga isu ini menyedarkan Islam/Melayu of PR..mereka dah mula sedar..sedar...sedar..dgn rancangan DAP..hancur org Islam Melayu..tahniah pada yg sokong giler2 tu...anda tanggung di SANA nanti..

    ReplyDelete
  2. UMNO x yah dok risau x yah dok bimbang... kpd Anak Kg. Pertama, masjid papan (Dhirar) tu milik UMNO mka truslah mnjdi milik hg pa dan hg pa lah yg urus. Amat bodoh kepada Ahli2 PAS dan PKR yg menjdi pengerusi Masjid Papan. Arwah tok wan sya pesan pda sya pda umur 10 tahun, jgn solat di Masjid Papan tu kerana ALLAH LARANG dan BUKAN POLITIK... lrgn ALLAH tu di dlm Surah Al-Barho'Ah

    ReplyDelete
  3. Pakatan sengaja nak survey market, sebelum PRU13 akn dtg!!

    Faktanya, penyokong2 dema dah mula berjinak-jinak mendekati masjid ‘kerajaan’.

    Mungkin sbb ni yg dema riso??

    ReplyDelete
  4. Buat yang mengaku Anak Kg Pertama tu..

    Kalau hang kata "memang betul DAP yg puncanya" tunjukkan buktinya.. (hang pi mintakla kat Makcik aku yang jadi SU UMNO tu.. kalau dia ada)

    Kalau tak ada aku anggap hang dah sebar fitnah..

    ReplyDelete
  5. orang umno bn biul bangang napa nak camportangan dgn pemilihan masjid biarkan aje kariah masjid yg pilih sebab mereka selalu kemasjid berjemaah mereka lebih ariff,yg umno bn najis sibuk nape tak cukup ke dgn cerita lucah fitnah dan rogol yang kau dalangi yu.

    ReplyDelete
  6. ada baguih & ada yg tak baguih pilihanraya nie.....tapi byk yg tak baguih dari yg baguih......suggest hang list down the pros & cons so that we are more clear.......

    ReplyDelete
  7. to anjing kepada pencacai
    AKP.
    awat yang hang panas lebih dari babi kena salai lagi ni...hang mesjid pun tak pernah pi kot...buka mata,buka hati tgk sendiri bila diskriminasi politik yg diamalkan oleh ajk2 masjid yg pro umno.mcm ASD cakap..bawa mai bukti bro.....jgn menyalak tak tentu pasal.hang cakap macam parti gerakan dan mca yg slama ni perintah penang tak pinggirkan agama islam..pirahhhh.tu mcm tak ada dosa lsg.mmg statment hang mempolitikkan dari yg org munafik politik..
    untuk pengetahuan hang. kedah ada enakmen agamanya sendiri.negeri yg berkecuali.dan apa yg dijalankan di negeri kedah tidak sama dgn negeri2 lain..

    apa bezanya cacing dgn babi kepanasan?
    jawapannya..2-2 tu datang dari AKP sendiri

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post