Scandal Scorpone : Siapa pula Jean-Marie Bovin?

PETALING JAYA 2 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjelaskan kenapa Kementerian Pertahanan di bawah pimpinannya didakwa berurusan dengan seorang warga Perancis yang terpalit dengan rasuah ketika menguruskan pembelian kapal selam pada tahun 1994.

Jean-Marie Bovin menubuhkan sebuah syarikat berpengkalan di Malta, bernama Gifen untuk membiayai perjalanan penasihat Najib, Abdul Razak Baginda, warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan seorang lagi yang tidak dikenali, menurut Tian.


Bovin didakwa terbabit skandal pembelian kapal selam oleh Pakistan daripada Perancis yang turut membabitkan pembayaran komisyen lumayan kepada pihak tertentu pada tahun 90an.

Menurut Tian, syarikat Gifen berpengkalan di Malta, dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia yang ketika itu diketuai oleh Najib mengarahkan pembiayaan perjalanan Abdul Razak Baginda, mendiang Altantuya Shaariibuu dan individu ketiga yang masih belum dikenalpasti.

"Pada tahun 2002, kita tahu ada tiga individu yang dibiayai oleh syarikat Malta (Gifen) dari KL ke Macau. Sekali lagi satu kemusykilan wujud mengapa rundingan membeli kapal selam perlu pergi ke Macau," kata Tian kepada wartawan.

Tian berkata soalan itu perlu dijawab oleh Najib sendiri selaku Menteri Pertahanan ketika itu dan bukannya menteri sekarang, Zahid Hamidi.

Zahid sebelum ini menawar untuk memberi keterangan pada kepada badan kehakiman Perancis yang bersetuju untuk menyiasat unsur rasuah dalam pembelian kapal selam oleh Malaysia.

"Saya tidak rasa (Datuk Seri) Zahid Hamidi mengetahui perkara ini, maka hanya bekas Menteri Pertahanan (Najib) yang boleh jelaskan sebab arahan pembayaran dan identiti (tiga) individu datang daripada Kementerian Pertahanan dan mereka hanya membuat bayaran lawatan tersebut," jelas Tian.

Skandal kapal selam itu berpaksi kepada pembunuhan warga Mongolia dan kekasih Abdul Razak, Altantuya Shaariibuu dan pembayaran komisyen sejumlah RM534 juta dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang dikuasai oleh Abdul Razak dan isterinya, Mazlinda Makhzan.

Antara ahli lembaga pengarah Perimekar ialah Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

"Isunya sekarang mengapa bayar kepada Perimekar di mana kami dapat tahu tiada sesiapa dalam syarikat itu mempunyai kepakaran dalam undang-udang Eropah," ujar Tian.

Pertubuhan bukan kerajaan Suaram melantik dua peguam Perancis untuk menfailkan permohonan supaya kes itu disiasat setelah kerajaan Malaysia dilaporkan cuba melindungi amalan rasuah itu, walaupun setelah Altantuya mati dibom pada tahun 2006.

Tian berkata Najib harus mengarahkan Jabatan Imigresen membuat semakan ke atas identiti individu ketiga yang menyertai Altantuya dan Abdul Razak ke lawatan mereka ke Macau pada tahun 2002.

Najib sebelum ini bersumpah beliau tidak mengenali Altantuya sungguhpun dakwaan itu dinafikan oleh penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam.

"Juga untuk keadilan keluarga Altantuya, kita patut korek kerana perbiacaraan pembunuhan kejam itu, maklumat ini tidak pernah diketengahkan," kata Tian.

Tian juga mendesak agar kerajaan memberikan nilai kontrak sebenar pembelian dua kapal selam Scorpene dari Perancis itu kerana berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi, kos itu melebihi RM1.3 bilion.

TVS News

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Nak meletus ke kes Altantuya ni? Mesti think-tank PM dah kelam-kabut skrg ni. Sakit skit ar sbb Polis M'sia pun dh trlibat politik. Nak kaya cepat mcm pemimpin Umno tu.

    ReplyDelete
  2. hahaha...nk menipu tp kantoi..din nasution kate ade penemuan 3 e-tiket pd 2002 utk urusan ke macau utk uruskn pmbelian scorpene..padahal e-tiket hanya dibincangkn oleh International Air Transport Association (IATA) ms 2004..utk lbh lanjut bc ni

    http://mymassa.blogspot.com/2011/06/fitnah-altantuya-terkantoi-soalan-maut.html

    sudah2 la buat ftnah tu wahai mat ganja asd oi..bdk2 bodo pr blh la ko tpu..ko ni mmg pnjilat nuar juburi btul.

    ReplyDelete
  3. anon 2.49 .....begitu mudah engko mengelarkan "anuar penjilat juburi "engko tak takut pada Allah swt. Berhati2 dgn kata2. Sebenarnya pada suatu masa nanti , Allah swt akan terbalik kata2 engko . Allah swt MAHA MELIHAT, MENDENGAR DAN TIDAK PERNAH TIDUR. Engko akan menyesal kalau engko sendiri serta keturunan engko menjadi seorang......homoseksual.....Insyaallah pasti.Takutlah dgn kata2 makian .....kerana kata2 itu sebenarnya merupakan doa utk dirinya sendiri................

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post