Sekarang, apa beza Utusan dengan Salman Rushdie dan pelukis karikatur Nabi?


Hari ini Media yang menjadi Lidah Rasmi sebuah Parti yang majority Ahlinya berbangsa Melayu dan berugama Islam telah menyiarkan satu kartun yang jelas menghina hukum Allah..

Pada 11 Jun 2007, Vilks telah dijemput untuk menyertai pameran kesenian dengan tema “The Dog in Art” (Anjing dalam Seni) yang telaj diadakan di pecan kecil Tällerud di Värmland, Sweden. Vilks menghantar tiga lukisan pena dan dakwat diatas kertas A4 yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai anjing di bulatan jalan(roundabout dog).


Lars Endel Roger Vilks (lahir 20 Jun 1946) ialah seorang seniman dari negara Sweden. Beliau dilahirkan di Helsingborg, Sweden dan beliau adalah seorang kafir yang tidak kenal apa itu dosa dan apa itu pahala sebagaimana yang diajarkan didalam Islam atau dalam lain ayat beliau Jahil..

Kerana kekafirannya itu bagi beliau apa yang dilukisnya itu adalah satu karya seni yang perlu dihargai..

Tetapi apakah pula yang boleh kita sifatkan tentang seorang kartunis mungkin beragama Islam dari Malaysia yang Islam adalah agama rasminya, melukis satu karikatur yang jelas menghina hukum Islam dan dibenarkan pula penerbitannya oleh sebuah Akhbar yang dimonopoli oleh Melayu yang berugama Islam?

Pada Ogos 2009 pula , apabila Mursyidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz berkata beliau tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam."

Maka riuh rendahlah para pemimpin UMNO menghentam tindakan Tok Guru itu dan dalam masa yang sama menunjukkan betapa mereka amat sayangkan Islam.

Baca apa kritikan mereka terhadap Tok Guru seperti yang disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO dibawah ini..

Apa beza DAP dengan Salman Rushdie, pelukis karikatur Nabi?

KUALA LUMPUR 13 Ogos - "Apa bezanya DAP dengan Salman Rushdie dan pelukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W sehingga ahli parti tersebut dibenarkan menghina agama Islam?"

Demikian soal bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang berang dengan sikap 'semua boleh' Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat termasuk dalam aspek menghina kesucian Islam oleh penganut agama lain.

Katanya,, kenyataan Menteri Besar Kelantan itu yang tidak mahu membantah tindak-tanduk pemimpin DAP dengan alasan parti tersebut bukan Islam dan kefahaman mereka terhadap agama suci itu tidak mendalam adalah alasan yang terlalu rapuh.

''Apa istimewanya DAP di mata Pas dan Nik Abdul Aziz sedangkan Salman diburu dan nyawanya difatwakan halal dibunuh kerana menghina al-Quran.

''Karikatur Nabi Muhammad pula menyebabkan seluruh umat Islam bangkit menentang termasuk ahli Pas. Mereka juga bukan Islam dan tidak mempunyai pemahaman yang mendalam tentang Islam," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula kecewa dengan kenyataan Nik Abdul Aziz yang membiarkan segelintir pemimpin DAP menghina Islam dan menyifatkan kenyataan itu sebagai meragukan.

"Saya terkejut membaca kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa orang bukan Islam boleh menghina Islam apatah lagi kenyataan itu dibuat oleh seorang pemimpin parti yang berlabelkan Islam dan mendakwa memperjuangkan Islam.

"Setahu saya orang Islam tidak boleh menghina orang bukan Islam dan orang bukan Islam tidak boleh menghina Islam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, setidak-tidaknya Nik Abdul Aziz perlu menegur pemimpin DAP jika beliau benar-benar mahu menjaga kesucian Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menegaskan, semua pihak harus sedar bahawa perbuatan seperti itu bukan setakat menghina individu tertentu, tetapi ia sebenarnya menghina Allah.

''Dalam konteks hubungan antara agama, kita tidak dibenarkan membuat penghinaan. Oleh itu, jika berlaku penghinaan terhadap Islam, kita wajib mempertahankannya kerana yang dihina itu bukan setakat individu tertentu, tetapi adalah Allah,''

Sementara itu di Melaka, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Noh Omar berkata, Pas sebagai parti yang memperjuangkan syiar Islam di negara ini sepatutnya lebih ke hadapan dalam memerangi pihak yang menghina Islam.

''Kenyataan Nik Abdul Aziz itu seolah-olah menunjukkan beliau mahu menggadai agama Islam demi kepentingan mereka termasuk mengatakan orang bukan Islam boleh menghina Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan jentera membajak dan menuai kepada pesawah di Kampung Parit Penghulu Benteng di sini hari ini.

Selain itu, katanya lagi, Mursyidul Am Pas tersebut sepatutnya memahami perbuatan DAP yang jelas menghina agama Islam sekali gus bertentangan dengan hak kebebasan beragama di negara ini.

''Dalam hak kebebasan beragama, kita dilarang untuk mengatakan perkara yang tidak baik dan tidak sesuai tentang agama lain.

''Saya hairan bagaimana Nik Abdul Aziz boleh membuat kenyataan itu, malah beliau juga pernah menyatakan sejak Pas dan DAP berkawan, DAP boleh membawa al-Quran dan untuk itu, mereka sudah memahami Islam," katanya.- Lidah Rasmi UMNO

Sekarang apabila Media yang menjadi Lidah Rasmi mereka pula menghina syariat Islam dimana mereka? Dimana Mohd Isa Abdul Samad, dimana Shahrizat, mana Jamil Khir Baharom dan juga dimana Noh Omar?

Mereka tidak mungkin akan membidas Lidah Rasmi UMNO itu kerana ianya alat untuk memperbodohkan masyarakat yang berkuasa bagi mereka.

Mereka juga menunjukkan kepada kita bahawa Islam bagi mereka hanyalah alat untuk mengekalkan kuasa mereka sahaja... kerana bilamana ada hukumnya yang bercanggah dengan kepentingan mereka.. Islam akan diketepikan oleh mereka..


Persatuan Ulama kecam karikatur Utusan Malaysia, dakwa hina Islam

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.

Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Dialognya berbunyi “Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Jelas Sheikh Abdul Halim, tindakan Utusan Malaysia melepaskan karikatur itu adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan perpecahan antara umat Islam.

“PUM memandang serius penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan.

“Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru beliau mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.

“PUM meminta supaya para mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.

“Sehubungan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Selain itu, tegas Sheikh Abdul Halim, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.

“Sepatutnya perkara sebegini sepatutnya mereka perlu mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam,” katanya yang turut menyarankan agar kerajaan mengadakan lebih banyak program untuk menyelesaikan isu berkaitan agama Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor pula berkata sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam yang lain.

“Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu.

“Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan juga mengecam sekeras-kerasnya Utusan Malaysia.

“Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan aspek sistem keadilan di dalam Islam dengan memaparkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan diminta mendatangkan empat orang saksi serta ditolak bukti melalui rakaman videonya,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan.

Kata beliau, jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh rakaman tersebut ialah betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat orang saksi lelaki yang adil dalam penghakiman kes zina serta liwat dan rogol.

“Perlu diingatkan bahawa, penentuan ini bukan dibuat oleh mana-mana pemimpin pembangkang khususnya PAS seperti yang mungkin ingin disampaikan melalui kartun tersebut, tetapi ia dibuat melalui firman Allah SWT,” katanya.

Tambah beliau, akhbar seperti Utusan Malaysia yang mendakwa membela Islam pula yang menjatuhkan maruah Islam dan memperlekehkan aspek penghakiman dalam kes zina dan rogol dengan menyiarkan lakaran kartun seperti ini.

Justeru, kata beliau, pihaknya menuntut supaya Utusan Malaysia menarik balik lakaran kartun ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas kebiadapan menghina Islam dan sistem perundangannya.

“Utusan Malaysia juga sewajarnya layak diisytiharkan sebagai akhbar biadap yang paling bangsat di Malaysia di atas penyiaran lakaran kartun ini,” katanya.

The Malaysian Insider

16 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Nak tanya...Orang Kena Rogol kena bukti bawa saksikah ? Kalau ada saksi yang nampak...sudah tentu saksi2 ini akan membantu. Takan nak tengok Rogol itu berlaku!!! Kalau dah bunting akibat kena rogol dan buat DNA anak benih perogol...pun tak boleh pakai terima.

    Contoh: Kalau anak dara engkau kena rogol dan perogol itu dapat di tangkap. Namun ianya dilepaskan kerana tiada saksi. Namun benih perogol itu menjadi anak haram dalam perut anak dara engkau. Serta terbukti anak benih perogol itu melalui DNA. Bagaimana?

    Adakah Islam itu mundur dengan menolak bahan bukti sains dan teknologi?

    Adakah gambar CCTV perompak tidak boleh jadi bahan bukti mengenal pasti perompak kerana ianya Besi?

    Guna permahaman mudah...

    ReplyDelete
  2. Belum pun lagi lupa kisah TV3 suku menyiarkan iklan kurafat "ala santa claus" semasa raya aidil fitri tahun lepas yg sudah cekup menghina islam, kini utusan meloya pula mengulangi penghinaan yg sama kepada islam. Semua ini dilakukan oleh editor2 besar di utusan meloya atas arahan pemimpin2 umno yg munafiq dan fasiq.
    perkasa NGO pengecut terbukti hanya menjadi boneka umno kerana tak mampu membantah kekufuran yg jelas dibuat umno dan juga jelas pemimpin perkasa terlalu bodoh kerana gagal melihat dan menilai perkara prinsip seperti ini.
    umno dan perkasa inilah yg pada nama nya muslim tapi munafiq dan menjadi gunting dalam lipatan kepada umat islam dinegara ini.
    Harap terdapat pejuang2 rakyat yg akan membuat bantahan secara besar-besaran di semua masjid di seluruh Malaysia selepas solat Jumaaat esok. Biar dunia melihat bantahan begini yg selalunya ditujukan kpd negara2 barat, tapi kali ini berlaku di negara islam...Malaysia..supaya mereka dapat melihat betapa jijik dan munafiq nya pemimpin umno.

    ReplyDelete
  3. Kartunis ni wajar dibelanja makan sup ikan buntal bagi membuktikan keberaniannya mengelirukan umat Islam dan bukan Islam terhadap hukum Islam

    ReplyDelete
  4. SALAM. YG SAYA NAMPAK...KARTUN TU "PERLI" POLIS DAN KERAJAAN. SUDAH BAGUS!

    ReplyDelete
  5. don worry,itu berahim gua punya ayahanda bekap besa punya.wahahahaha


    Ni best bro!!!
    Giler Aje!Burger Yang Diperbuat Daripada Najis
    Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

    ReplyDelete
  6. dol..... kalau sedang dirogol sempat merakam dengan handphone, bukan ROGOL dah namanya tu..... BODOH SUNGGUH

    ReplyDelete
  7. anon 4:47am
    Kalau pun kau bebal tapi jangan lah sampai emosi kau mengambil alih otak kau sehingga ayat kau menampakan kebodohan kau.
    Hukum allah swt dah cekup clear jangan kemampuan otak kau yg kerdil tu cuba nak cabar pencipta kau.
    ----------------------------------
    surah 24 al-Nur; ayat 4-5 adalah nas qat’ie atau muktamad yang tidak boleh dilanggar berkaitan dengan hukuman penuduh pelakuan zina yang mesti cukup empat saksi dan hukuman qazaf dikenakan ke atas penuduh yang tidak cukup “syarat empat saksi.”
    “Ada pun gambar, klip yang samar-samar, tetapi tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah syariah,” katanya lagi sambil berkata, sebagaimana beratnya satu tuduhan, begitu juga soal pembuktian juga amat berat.”

    ReplyDelete
  8. JELAS - Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham,” - dr artikel diatas

    rogol satu pihak dipaksa dgn ugutan dan ketakutan melampau..

    zina dlm keadaan suka sama suka dan bila si boy tinggal kan aweknya maka si awek pun lapur yg dia di rogol..

    rogol lapuran dibuat serta merta dgn ahli keluarga atau kawan baik .. tak de nak jumpa PM dulu ke pas tu tunggu lagi jumpa yg lain lain dulu... dah kuat semangat buat pemeriksaan doktor sorang sorang...

    ReplyDelete
  9. Aku nak mendapat kenyataan anon 11.16 kepada anon bangang 4.47..

    bangang 4.47!!.. rogol dan zina dua perkara berbeza. Zina melakukan dengan kedua-duanya rela dan rogol secara paksaan. Dalam kes zina jika tak boleh bawa 4 saksi maka boleh laksanakan hukum takzir iaitu Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas dengan cara pembuktian secara air mani, dna dsbnya.. hukuman tetap dikenakan. Begitu juga kes rogol.. pembuktian boleh dilaksanakan seperti air mani dan dna. Hukuman rogol dalam islam juga ada jika ada pembuktian cara tersebut! Hang memang bangang.. tak habis belajar hukum islam.

    ReplyDelete
  10. kata kata TGNA membezakan antara org islam dgn bukan islam bukan antara DAP dgn Salman..

    bezakan perbuatan sorg islam yg menghina islam dan sorg bukan islam yg menghina islam .. kalau tny TGNA tu lah jwp dia.. klau yg tak tahu gko dah bantah dan marah .. yg dah tahu mcm gko org ... speak for yrself..

    oleh itu bantahan dan marah kita sepatutnya berpuluh kali ganda dr marah kita kpd salman atau nak menegur DAP maka lebih baik tegur gko org sendiri..

    ReplyDelete
  11. PERSOALANNYA SIAPA YANG MENGHINA SIAPA?! JELAS NAMPAKNYA UTUSAN MENGHINA ISLAM DENGAN MEMAPARKAN SALAH FAHAM HUKUM ISLAM YANG SEBENAR.. UTUSAN SAMA TARAF DENGAN SALMAN RUSDIE!

    ReplyDelete
  12. anon 12.02
    hujah hang tepat . tu ramai yang orang lupa hukum hudud dan qisas dan hukum takzir . Memang hukum untuk mencuri dan zina dalam islam berat kerana membuktikan nya juga berat.
    Dalam kes video seks anwar ibrahim dengan pelacur cina tu hukum hudud atau qisas tidak boleh dijalankan kerana tiadanya saksi mata 4 orang . Namum bukti video tersebut boleh diterima untuk sabitkan hukum takzir sekiranya didapati benar video tu tanpa keraguan . Jadi kita tak boleh kata video itu adalah fitnah selagi kita belum menyiasat sedalam dalamnya kesahihan video tu . Sekiranya betul fitnah maka adalah lebih baik orang yang dituduh itu tampil membersihkan namanya . Dalam keadaan masa sekarang dan dengan undang-undang yang ada , cara terbaik ialah membawa perkara tersebut ke mahkamah dengan Anwar Ibrahim menyaman fitnah Dato Eskay . Lainlah jika video itu benar dan Anwar tidak berani hendak menyaman Dato Eskay maka kita semua hendaklah jangan sekali kali bersekongkol dengan penzina. Wallahualam.

    DAULAH ISLAMIYYAH --kembali kepada penubuhan negara ISLAM .

    ReplyDelete
  13. siapa kita yang cuba nak tokok tambah hukum yg ALLAHswt tetapkan? kita hanya diminta beriman denganya!, kalau hukum zina boleh dibicarakan dibawah hukum takzir takpayah ALLAHswt menetapkan 4 saksi yg adil kalau tidak yang menuduh dikenakan sebat 80 rotan.
    hukum takzir boleh dikenakan kepada kes muqadimah zina dan rogol dan hukum takzir juga boleh digunakan untok mencegah kemungkaran seperti;-
    1, perempuan yang tidak menutup aurat dihalayak ramai.
    2,tidak menunaikan kawajiban yang diwajibkan keatas setiap mukalaf.
    3,melakukan perbuatan yang dilarangkan(haram)
    pemerintah wajib melaksanakan hukum(undang2) yang boleh membawa mempertingkatkan iman dan ketakwaan umat islam kepada ALLAHswt.

    ReplyDelete
  14. Sila ikuti penjelasan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis http://brokenthecode.blogspot.com/2009/06/eksklusif-ketua-dewan-ulama-pas-perlis.html

    ReplyDelete
  15. Anon 6:51pm
    Kenapa mesti diubah suai hukum yg allah swt tetapkan hanya kerana ingin membenarkan tuduhan yg belum pasti benar. saudara perlu baca keratan kenyataan mufti Perlis seperti anon 11:16 tulis diatas berulang kali dengan hati yg ikhlas dan terbuka.
    Dari mula kes kes ni dah cekup keliru dengan pengunaan saluran yg salah. seandainya saudara mempunyai maruah dan harga diri, saudara jangan lari dari persoalan prinsip keadilan. Jangan kerana saudara terlalu membenci anwar, lantas hukum allah mahu diubah suai untuk tujuan membenarkan fitnah. Mungkin saudara dari specis melayu yg mudah lupa jadi saya muatkan dibawah keratan lapuran Malaysia kini pada 4hb May 2011.
    -----------------------------------
    Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” katanya.Eskay juga menafikan beliau menuduh Anwar 'berzina'.

    Beliau kemudian bertanya kepada wartawan, pernah atau tidak beliau membuat tuduhan seumpama itu.

    “Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay.

    Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post