Sekatan terhadap Bersih 2.0 bukti UMNO tipu dalam pilihan raya


BRICKFIELDS: Umno Barisan Nasional (BN) sentiasa cuba menipu dalam pilihan raya lanataran mereka tidak membenarkan sebarang pemantauan dibuat baik pihak luar mahupun badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Berucap pada forum ‘Ke Arah Perubahan’ bertempat di Wisma Pandu Puteri Wilayah Persekutuan di sini, beliau berkata, ia berbeza dengan negara lain yang membawa pemerhati luar untuk memantau pilihan raya – merujuk kerajaan Turki yang mengundang wakil dari KEADILAN untuk memantau pilihan raya mereka yang berlangsung hari ini.

“Bayangkan Perdana Menteri (Turki, Recep Toyyip Endorgen) jemput orang luar untuk pantau pilihan raya. Dia yakin pilihan raya negaranya mampu dipantau kerana dia jalankan pilihan raya yang bebas dan adil. Kita di sini, jangankan orang luar, Pengerusi Bersih 2.0 (Datuk Ambiga Sreenevasan) nak pergi pantau pilihan raya Sarawak pun tak boleh.

“Maknanya, Umno ada sesuatu yang ingin disembunyikan. Mereka mahu tipu dalam pilihan raya,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh hampir 2,000 hadirin yang bersesak-sesak mendengar ceramahnya di dewan itu.

Sekalipun sombong dan angkuh, Anwar berkata, Umno menipu dalam pilihan raya kerana takut kehilangan kuasa dan bimbang pilihan raya yang benar-benar adil tanpa penipuan akan membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya sekaligus menumbangkan BN.

“Beliau (Ambiga) sebut arrogance of power (kesombongan kuasa), saya sebut the arrogance of losing power (Kesombongan kerana takut hilang kuasa. Dia (BN) takut kehilangan kuasa, mana boleh dia jalankan pilihan raya yang bebas dan adil. Kalau SPR jalankan pilihan raya bebas dan adil, (sejak) 2008 kita sudah sampai ke Putrajaya.

“Kenapa Umno tidak boleh jalankan pilihan raya yang bebas dan adil? Kerana kalau mereka jalankan pilihan raya yang bebas dan adil, mereka akan kalah,” ulang Anwar lagi.

Ketua Pembangkang itu turut mengulangi komitmennya untuk turut serta dalam perhimpunan Bersih 2.9 pada 9 Julai ini dan menganggap perhimpunan itu djamin dalam Perlembagaan.

“Pada 9 Julai, saya akan hadir bersama. Dan saya minta kita berhimpun secara aman kerana ia adalah hak yang paling asas yang dijamin dari segi Perlembagaan. Tuanku Abdul Rahman Al-Haj sewaktu kemerdekaan menjamin Malaysia ini negara yang liberal dan demokratik,” katanya.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15130

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Muka pun muka penipu,dia raja penipu,biarkanlah asal hati susah jd senang ,yg tak senangnya duit rakyat dia bantai kita dah miskin beb,nak tunggu duit dari CM sarawak munkin kalau dia sah didapati salah,munkin, tupun Kjn pusat pasti bedal punya berapa beb....228b...mewah baliklah BN harap2 lepasni brg turun harga beb....

    ReplyDelete
  2. bila anawar nak bersihkan nama dia .... saman fitnahlah kat dato eskay

    ReplyDelete
  3. tak payah saman...dah tentu kalah....dato Eskay dilindungi dr segi undang2....

    ReplyDelete
  4. anon 12.12am
    apa kau merepek ni, kalu tak faham topik perbincangan, lain kali jangan jampuk.
    kau rasa kenapa najib tak saman akhbar perancis yg mengkaitkan dia dengan pembunuhan altantuya???

    ReplyDelete
  5. Kan aku dah kata Perkasa mesti akan buat perhimpunan balas! Peduli apa kalau perhimpunan ini dibatalkan, baru diumumkan pun UMNO dan Perkasa sudah tunjukkan samsengnya dengan ancaman. Kalau perhimpunan ini dibatalkan, itu pun satu kemenangan pada rakyat kerana menampakkan yang kerajaan ini takut kerana salah. Perkasa boleh tutup semua lohong gunung berapi dari memuntahkan laharnya namun tentangan rakyat tetap bergerak dibawah seperti magma panas. Lagi UMNO dan Perkasa tutup lagi banyak tentangan yang terkumpul dan pasti akan berlaku ledakan kemarahan rakyat yang besar satu hari nanti.

    ReplyDelete
  6. anon 12:12 bercakap tengah tidur kot? nak suruh anuar saman eskay,selagi ada orang seperti anon diatas selagi itulah umno/bn akan menindas rakyat dengan undang2 dable standard cuntuhnya perbicaraan keatas anuar dalam kes liwat dan kes vidio sek yang tidak diambil tindakan keatas mereka yang menyebar dan menayang vidio tersebut oleh pehak polis.
    ni aku nak bagi tau kat hang anon 12:12 semua ajensi penguatkuasa termasok ketua hakim hingga kebawah berada dibawah kementerian kementerian dibawah jabatan perdana menteri.
    sekiranya anuar saman eskay yang akan kena anuar kerana anuar musuh numbor satu umno/bn yang merentah tok hakim,kalau tok hakim tak ikut arahan tok hakim akan ditukar atau tidak dinaikan pangkat atau berbagai kerenah akan dilakukan oleh umno/bn terhadap hakim tersebut kalau hang nak tau seterusnya hang cuba jadi pembangkang seperti anuar ketika itu baru hang tau peghangai pemimpin hang yang hang sanjongi itu.

    ReplyDelete
  7. anwar tgna kitsiang matsabu adindanya guan eng ... dah cukup meriah.. tak yah kita berarak.. wartawan antarabangsa akan buat liputan punya.. dahsyat la!!

    mintak perkara yg baik pun salah.. yg jd masalah bila spr dan bn kata dah bersih.. jg kalau dah yakin bersih bg lah buat pemantauan.. tu je yg kt org mtk...

    dan bglah peluang pakatan buktikan yg perhimpunan ini pun bersih jika tidak di sekat dan diganggu..

    ReplyDelete
  8. Tau tau nak sekat, nak halang je. Pernah dikaji sebab perhimpunan perlu diadakan? Pernah dibangkitkan apa isu yang nak dibawa? Isu pengundi hantu, undi pos, pemberian KP pada warga asing, penggunaan dakwat kekal, salahguna harta kerajaan (bas, helikopter, bot dll), mengubah sempadan pilihanraya, taktik samseng dan macam-macam isu pilihanraya lagi.... Ini sebenarnya tujuan BERSIH 2.0, kalau tiada tekanan politik, kalau media memainkan peranan dengan betul tanpa takut dan tanpa memihak... maka TIDAK perlu perhimpunan BERSIH 2.0, malangnya keadilan ini tidak wujud. Sebab itu BERSIH 2.0 mesti diteruskan!!!!

    ReplyDelete
  9. apalah anwar takut saman fitnah dato eskay sebab takut kalah sebab hakim dikawal kerajaan ??? bila video dengan pelacur tu adalah fitnah , kemukakan bukti biar rakyat menilai. aku pun nak tahu bukti video tu fitnah. Kata ada standing actor ??? kecualilah video tu benar. Alaa biasanya sebelum ni kan anwar suka saman kat mahkamah.

    ReplyDelete
  10. pasai sebelum ni selalu anuar suka saman kat mahkamahlah sekarang beliau dah sedar mahkamah dah jadi alat umpurapconopundyktty bukan macam penyokong umpurapconopundykutty yang mudah lupa.

    ReplyDelete
  11. anon 6.02pm
    merangkap anjing kepada pencacai
    sian kat hang.
    aku rasa hang ni.bengap teruk sgt.surat habaq utusek pun hang tak bc juga ni.sampai tak tau..kot baru keluar dari celah kangkang mak hang..sampai bengap sangat ni.
    dalam utusek pun bagitau polis siasat dalam akta 292 kanun keseksaan. apa itu 292..?hang rujuk kat utuseks hang la
    jd tak ada kepentingan siapa pelaku seks dalam tu.diaorg siasat siapa yg menayang,mengedar,memiliki videosex tu sahaja.bukan pelaku dalam tu pun...aku tak bleh laa sembang ngan org bodoh piang ni....nak saman buret mak hang apa.siapa pelaku dalam video sex tu tak penting laa dol...jd dsai ka rahim tambey cikong yg jd pelakon tu..tiada kepentingan untuk ditahan.jd buat apa nak saman..

    pandykutty betul hang ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post