
aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini.
Terus terang.. aku pun tak faham apa kaitannya Serangan Siber terhadap hampir 200 Website milik agensi kerajaan dengan perhimpunan BERSIH.
Yang jelas ialah Rais masih tidak mahu mengakui akan kelemahan yang ada di dalam Kementerian yang ditadbirkannya itu oleh itu bagi menutup kelemahannya beliau menuding jari kepada perhimpunan BERSIH..
Nak komen panjang-panjang karang kena saman pulak.. korang bacalah..
Rais: Serangan siber ada kaitan dengan BERSIH
Serangan siber ke atas laman web kerajaan dan agensinya oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Anonymous dipercayai ada kaitan dengan penganjuran perhimpunan
aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.
Menurut beliau serangan itu dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak patriotik kepada negara dan memberi jaminan ia hanya bersifat sementara serta ia tidak akan mengakibatkan kelumpuhan keseluruhan sistem laman web yang digodam.
Bernama juga melaporkan Rais sebagai berkata tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan.
Tambahnya, serangan terhadap laman web kerajaan itu jelas membuktikan bahawa ia dilakukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat dengan menyulitkan urusan harian rakyat dengan kerajaan, dan bukannya menyusahkan pihak kerajaan.
"Sebagai contoh, sekiranya laman web agensi kerajaan yang menguruskan urusan tanah digodam maka urusan tanah akan terbengkalai. Sama juga dalam urusan perbankan dan sebagainya, maka serangan siber yang aneh dan menyedihkan ini adalah bermotifkan politik," katanya pada sidang berita di Kuala Lumpur, semalam.
Rais berkata kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pengodam itu, dan menyarankan mereka yang terbabit supaya mempunyai sikap sayang kepada negara dan jangan melakukannnya kerana "marahkan nyamuk, kelambu dibakar".
Sebelum ini Anonymous menggodam beberapa laman web kerajaan dengan serangan DDoS (Distributed Denial-of-Service) kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan Malaysia yang menyekat beberapa laman sesawang perkongsian fail, termasuk Pirate Bay dan Wikileaks.
Pada sidang media itu, Rais juga mengakui bahawa sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara.
Ketika ditanya sama ada serangan siber itu akan menjejaskan keselamatan negara, Rais berkata ia boleh berlaku jika dibiarkan.
Bagaimanapun, katanya, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan telah bersiap sedia dan sedang menyelesaikan masalah tersebut kerana ia adalah masalah yang serius.
Malaysiakini
tok rais dinasihatkan supaya jagan dok buat andaian yang tidak berasas dan dihebahkan pula kepada umum kerana boleh membawa perpecahan dalam masyarakat kerja andaian ini kerja orang kampong bukan orang yg bertaraf menteri yang terbilang cemerlang gemilang dan temberang.
ReplyDeleteKita biasa mendengar orang cerdik akan mengaku dia cerdik..tp kita tidak mendengar orang bodoh nak mengaku dia bodoh..huahuahua
ReplyDeleteFikiran dia bercelaru teringatkan bibik kesayangannya kot...
ReplyDeleteHacker-hacker tu kira berbelas kesian jugaklah sebab hanya ganggu laman web kerajaan. Kalau dia ganggu kewangan menteri-menteri tak ke mampus... anak menteri beli baju dan seluar dalam di pasaraya, terpaksa menahan malu kerana kad kreditdipotong depan orang ramai sebab hacker ubah maklumat jadi kad kredit tu dicuri. Menteri pergi makan di bilik hotel dengan kekasih gelap terpaksa ditahan sebab akaun bank berada dalam tahap negatif. Polis terpaksa tahan kereta yang bawa menteri sebab dilaporkan dicuri oleh pengganas yang dikehendaki US...
ReplyDeleteKiranya hacker-hacker Malaysia ni kiranya baiklah tu.
aku nak gelak ke nak nangis ni baca statement Rais ni. Dia ni sape lantik jadi ahi parlimen nih, bodoh tahap pointer 4 dengan anugerah dekan skali ni...hahaha
ReplyDeleterais tak bersih ag nih...hahahaha
ReplyDeleteNi best bro!!!
Cool Aje : Gambar Kamera 268 Megapixel
Gempak Aje : Kereta F1 Berkuasa Hydrogen
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!
Alahai si bapak ni bila dia sedang berkata-kata, kita cuma perlu bayangkan macam mana dia sedang tercungap-cungap merogol si Robengah tu....
ReplyDeleteSaudara-saudaraku ,
ReplyDeleteBersatulah dan turun beramai-ramai bagi menjayakan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9July ini . Sesungguhnya tujuan murni perhimpuan ini adalah untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia , kaedah-kaedah supaya pilihanraya oleh SPR dijalankan dengan adil dimasa depan walaupun pembangkang telah menang 5 Negeri dan pemilihan PKR dicemari balingan kerusi dan muktamar PAS mengambil masa 2 hari untuk mengumumkan pemenang.
saudara-saudaraku,
Marilah kita menjayakan Bersih 2.0 dan ikutlah dengan penuh taat dan setia kepada penganjur Bersih walaupun mendapat tentangan dari segenap penjuru . Jika kita patuh kepada penganjur Innsya AallaH(tuhan agama katolik) akan membantu . Taat dan patuhlah kepada barisan penganjur yang ketuanya Ambiga Sreenevasan. Beliau telah menunjukkan semangat yang jitu terutama dalam kes Lina Joy serta dalam isu/kempen penggunaan perkataan ALLAH oleh Katolik. Jika kita berjaya pada 9July INNsya AallaH(tuhan katolik lagi..)kita akan menjayakan kempen KAUM/BANGSA Malaysia pula .
Ingat Saudara-saudaraku,
Kempen KAUM/BANGSA MALAYSIA ini telah dimulakan oleh Hanna Yeoh . JIka Bersih berjaya maka kempen seterusnya akan turut diketuai juga oleh Ambiga Sreenevasan sebagaimana forum "Memeluk ISlam " yang ditentang oleh PAS .Marilah kita jadikan isu ini sebagai krisis perlembagaan yang terbaru . Jika kita berjaya dan kerajaan tunduk kepada KEMPEN KAUM/BANGSA MALAYSIA ini maka dengan mudah anak-anak dari bangsa Melayu untuk mendaftar sebagai agama lain selain dari ISLAM. Maka kita akan berjaya merobohkan halangan perlembagaan yang mensyaratkan bangsa Melayu mesti beragama Islam. Dengan itu Murtad bukan lagi satu isu di Malaysia .
Saudara-saudaraku ,
Percaya dan yakinilah bahawa dalam kes Lina Joy dan kalimah ALLAH , Ambiga Sreenevasan telah berjaya menyatukan penganut Kristian melangkaui batas kaum. Kristian Malaysia hari ini adalah SOLID . Kempen KAUM/BANGSA MALAYSIA samada berjaya atau tidak ,percayalah Ambiga Sreenevasan akan dapat menyatukan HINDU,BUDDHA dan KRISTIAN dalam perpaduan yang erat . Bukankan ini yang amat diidamkan oleh pemimpin-pemimpin DAP . Percayalah jika Bersih 2.0 berjaya maka tiada siapa yang mampu menghalang Kempen KAUM/BANGSA MALAYSIA baik PAS mahupun PKR . Innsya AallaH negara Malaysia ini adakan jadi milik kita .
Saudara saudaraku
Ayuh kita berdiri teguh dibelakang AMBIGA Sreenevasan. Penghulu kita dalam Bersih.Imam kita dalam Bersih. Ke PutraJaya.
apalah kau berapu ni rais yatim oii. berapa sangatlah orang melayu yang nak berhimpun Bersih tu ???? adalah kot dua tiga kerat yang sajer nak mengisi masa lapang . yang tak thu hujung pangkal berdemo. pasal nik aziz cakap berdemo tu diharuskan dalam islam . kata nik aziz " isteri-isteri rasullullah pun pernah berdemo kat nabi pasal tak puas hati" ..... ajaran sesat ni beb . DAULAH ISLAMIYYAH kearah negara islam.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!