
Serangan semalam menunjukkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia atau ringkasnya MAMPU jelas hanya gempak pada nama dan strategi, tetapi terdedah fakta yang mereka tidak mampu dan kosong pada isi serta kebolehan di bidang teknologi maklumat.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pula hanya gah menghabiskan wang berjuta ringgit mengedarkan netbook-netbook percuma tetapi dari sudut ilmu, kesemuanya hampas. Yang kaya hanyalah pembekal-pembekal komputer bersama-sama syarikat-syarikat kroni yang makan persen.- Komen Greenboc
Penggodam uji strategi: Pakar
KUALA LUMPUR: Pakar teknologi maklumat (IT) tempatan berpendapat serangan terhadap laman web kerajaan sejak malam kelmarin, hanya strategi percubaan kumpulan penggodam terbabit sebelum mereka melancarkan 'perang sebenar' yang lebih serius tanpa memberi sebarang amaran awal pada masa depan.
Jururunding Keselamatan di sebuah syarikat IT di ibu negara, Hazrul Hamzah, berkata kumpulan penggodam terbabit dipercayai ada muslihat tertentu kerana sanggup memaklumkan secara terbuka menerusi internet mengenai tarikh dan masa mereka akan melakukan serangan berkenaan.
“Kumpulan penggodam terbabit pasti tahu bahawa pihak kerajaan sudah tentu akan mengambil segala langkah yang mampu untuk mematahkan serangan berkenaan, justeru, dipercayai mereka tidaklah sebodoh itu.
“Serangan setakat ini dipercayai hanya untuk menguji serta menjadikan kerajaan leka seolah-olah sudah berjaya mematahkannya, sebelum mereka menggodam dan melakukan kerosakan yang jauh lebih serius tanpa amaran terlebih dulu pada suatu masa nanti.
“Selain itu, kumpulan penggodam terbabit juga sudah berjaya mendapat publisiti meluas yang dikehendaki untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan bahawa mereka membantah tindakan kerajaan mengenakan tapisan terhadap internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail.
“Mereka jelas berpegang teguh kepada prinsip kebebasan mendapatkan maklumat,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Sebanyak 51 laman web dengan domain .gov.my diserang sejak jam 11.30 malam kelmarin sehingga pagi semalam menyebabkan sekurang-kurang 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap berbeza.
Serangan itu dikesan berlaku lebih awal daripada ancaman sekumpulan penggodam antarabangsa menggelar diri mereka ‘Anonymous’ untuk menyerang portal kerajaan www.malaysia.gov.my melalui ‘Operation Malaysia’ pada jam 3.30 pagi semalam.
Hazrul berkata, ‘Anonymous’ boleh disifatkan sebagai sebuah organisasi tersusun dan disertai ramai penggodam antarabangsa yang memiliki kepakaran tinggi dalam bidang IT.
“Justeru, kerajaan diharap jangan cepat berasa lega apabila dapat mematahkan serangan ‘Anonymous’ kali ini, sebaliknya mesti mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan keselamatan rangkaian internet kerajaan sebelum mereka melancarkan serangan sebenar pada bila-bila masa yang tidak diketahui,” katanya.
Berita Harian
anonymous nya serangan memang paling kuat,kalau anwar yg perintah skang pon sama ja.kalau kau kata serangan cyber ni tanda protes dunia terhadap malaysia,aku setuju.aku komen macam ni bukan mksod aku bn.aku supporter penuh nik aziz dan golongan bersih
ReplyDeleteNi best bro!!!
Style Aje : Baju Mengandung Olok-olok!
Cool Aje : Laser Star Wars Berjaya DIcipta Untuk Welding,S3 Spyder III Arctic
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!
aku xrasa serenity9260 betul sbb pendapat 'kawan' aku! msia byk guna base opensource...laman2 web yg digodam tu kebanyakkannya yg menggunakan open source mcm joomla etc, kira hosting n security level tlalu ayam....perlu diingat, nak godam sesuatu laman web yg besar dan confidential sudah tentunya mengambil masa kerana tak mungkin hanya satu firewall yang perlu dilalui.....
ReplyDelete"TAPI DORANG CLAIM BUAT LAMAN WEB TU SAMPAI JUTA2" huh!!!!
semua ni salah najib dan BN .laman web kena godam salah najib dan BN . Laman web SONY dan IMF kena godam pun salah Najib dan BN .... biasalah tahap pemikiran pembangkang......
ReplyDeleteBaik kita sebagai pengguna Internet menggesa kerajaan supaya menyekat laman web lucah daripada menyekat laman web perkongsian fail. Pada pendapat aku, serangan Anonymous itu adalah sebagai protes kepada kerajaan Malaysia kerana menyekat aktiviti perkongsian fail. Jadi kerajaan Malaysia mesti menarik balik sekatan tersebut. TETAPI APA YANG HAIRANNYA ADALAH LAMAN TRANUNGKITE PULA TAK BOLEH DIAKSES! Saya tak tahu pengunjung ASD yang lain macam mana, boleh akses tak Tranugkite?
ReplyDeleteAnon3:35PM - "biasalah tahap pemikiran pembangkang" ????
ReplyDeleteknpe nk ckp mcm tu?tahap pemikiran ko plak cane? xkan ko org bn nk sokong ckp2 pembangkang? ape la punye org! aku ckp dari segi teknikal...bukan main ckp je....bole ckp almost sume web gomen ni base on OpenSource (free punye) pastu dok canang cost juta2 utk buat laman web?! watdehel!!! tu tak kira yg projek gajah putih! haih...ckp byk2 pun aku takut ko tak paham sbb tahap pemikiran ko cuma tahap "BN" je.....
lek2... mende ni dah kantoi la... underground punya org je tau... site sharing tu dijadikan point utama slain sktn pasal wikileaks... utk menutup isu akan dtg yg timbul aka cekau duit.. ini adalahpersepakatan antara anon & org dlm skmm gak & geng2 undrground.. DDoS utk tranungkite... itu yg best.. utk yg cai BN & UMNO kalo otak tu otak tahap TV & UTUSEX aje ni aku gitau sbgai basic la.. jgn x hack BrtaHairan & UtusexOnline & Harakahdily... mesti skali sume kena hack utk tutup kekantoian ini... Najib upah anon ni... aku x join hacking ni pasal aku dh kt mlysia(baru balik US minggu lpas), perancangan ni tgh bulan mei lalu... sorry to say... hacking& cracking is my keje.. kalo nk join elok dok kt indon (paling cikai) & slain mlysia.. slmt... ape2 hal pon skmm adalah yg terbaik(dlm bermuslihat)... cait!!! bayar juta dolar kt hacker sapa tak mau? najib oh najib.... helah yg xdpt disembunyikan... memalukan..
ReplyDeleteLucu sungguh ASD nie..pelan hari pelan nampak tahap pemikiran sama dgn org tak sekolah...ada ke kata serangan siber salah Najib..negara2 yang memiliki rakyat yg pakar mencipta computer pun kena serang..CIA pun terkena..SONY satu syarikat globel pun terkena...blog ASD sendiri pun pernah kena...ha ha..
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!