Subsidi Diesel Nelayan juga di tarik..

Diharap korang yang membaca boleh membuat kesimpulan dari berita ini.. Pencacai UMNO tak payah buat kesimpulanlah.. pasal EIU kata tinggal Melayu yang bodoh saja sokong UMNO ni..

KUALA TERENGGANU: Nelayan laut dalam tidak lagi mendapat bekalan minyak pada harga super subsidi iaitu RM1.25 seliter, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata sehubungan itu, pengusaha bot nelayan laut dalam kategori Zon C2 perlu membeli minyak mengikut harga di stesen minyak iaitu RM1.80 seliter.


"Bukan sahaja nelayan Zon C2 yang kena beli minyak dengan harga RM1.80, lori, trak dan kontena yang berbentuk industri kena beli pada harga berkenaan," katanya selepas menyampaikan elaun sara hidup nelayan di Kuala Terengganu Selatan, Khamis.

Noh berkata langkah itu diambil bot nelayan Zon C2 dikategorikan sebagai pengangkutan berbentuk industri kerana mempunyai ramai pekerja.

Bagaimanapun, beliau berkata kadar RM1.80 masih merupakan harga subsidi kerana jika mengikut harga industri, minyak dijual RM2.50 seliter.

"Kita sudah bagi kemudahan ini, dan ini adalah adil kerana mereka syarikat, (ada) pekerja yang ramai berbanding nelayan pantai yang hanya bersampan dengan tangkapan antara 10 kilogram dan 20 kilogram.

"Bagi nelayan laut dalam, dia boleh tangkap sehingga beribu kilogram," katanya.Noh berkata nelayan laut dalam juga diberi insentif tambahan iaitu 10 sen hingga 20 sen bagi setiap kilogram tangkapan ikan yang didaratkan.

"Ini bermakna kalau mereka boleh tangkap ikan sehingga 40,000 tan metrik, mereka sudah boleh menampung pembelian minyak tadi.

"Kalau mereka nak dapat insentif lebih daripada kerajaan, mereka kena tangkap ikan yang banyak dan dapat insentif yang lebih. Kita buat ini bagi menggalakkan mereka mendaratkan ikan di negara kita sendiri," katanya. - BERNAMA

12 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. nelayan kecil atau besar,menangkap ikan dengan teknologi yang ketinggalan tidak semistinya pulang dengan tangkapan..kekadang kerugian...bot laut dalam kos minyak diesel adalah dalam 40K liter bersamaan rm:1.80 = 72K..dapat ke cover modal? tu tak lagi bayar toll kat APMM kat tengah laut.. sebab tu lah ramai remaja tak berminat nak ke laut...

    suruh menteri bangang bangang dan mana mana menteri yang berani cubalah rasa keperitan SUSAHNYA JADI NELAYAN

    ReplyDelete
  2. tu la.....bila dibagi sabsidi hampa jual minyak dapat duit pidok main majong dikedai apek.

    ReplyDelete
  3. Anon,

    Memang ada sekor menteri bangang, menteri tu kata, "Jangan jadikan pembatalan super subsidi diesel sebagai alasan naikkan harga ikan!" Bunyi macam pernah dengar je menteri bangang mana yang cakap lagu tu.

    ReplyDelete
  4. Yg pasti utk menapung kos dan pendapatan mrk .. maka jumlah tsbt akan ditanggung oleh kita juga.

    Yg tang mendarat kan ikan di negara sendiri ini aku tak faham macamana dia org boleh lepas ke darat negara jiran.. sdgkan tangkap ikan di laut mesti lah ada permit atau susah susah kena kan saman je ..

    makin lama makin susah lah hidup kita..

    ReplyDelete
  5. slm shekh.....apa maksud bijak pada nabi sheikh?jgn dgr definasi2 dari mulut ahli politik sheikh,baik pmbangkang baik kerajaan..definasi berani pada umar alkhattab xkn la sama dgn definasi kita2 ni sheikh..kita ni bijak ke sheikh?apa yg kita bijak sheikh?slm sheikh......

    ReplyDelete
  6. ....melayu yang bodoh saja sokong umno...umno telah sekian lama mengadai maruah orang melayu akan dihukum di pru 13 nanti.

    ReplyDelete
  7. Orang Miskin MersingJune 4, 2011 at 2:05 PM

    Menteri tak pergi pasar beli ikan, jadi dia orang tak tahu ikan kembong sekilo berapa RM, selar kuning berapa RM, ikan kaci, jemuduk..lepas ni sardin pun naik harga!
    Tak kan nak bagi anak bini makan maggie hari-hari? Sekarang pun dah bercatu!

    ReplyDelete
  8. anon 9.04..

    aku rasa spesis manusia macam tu ada jenis kao! bukan semua spesis lagu tu.. lebih baik berbanding spesis yang guna subsidi orang lain untuk top-up kroni punya untung!!

    ReplyDelete
  9. BATUNISAN NAZIZONISIONALJune 4, 2011 at 4:13 PM

    kehidupan rakyat tidak menjadi susah jika menteri2 yg banggang tak malu tunjuk muka benggap pada strategi kerja yg ampuh inovasi yg tinggi,apalah ada rakyat malaysia dibandingkan rakyat indonesia/china beratus juta,kalaulah tak larat nak suftrak rakyat dgn jumlah 28j baik turun serah tugas dgn yg cerdik,tulah najis berapa byk YB2 yg pandai dia tak bagi pegang jawatan menteri atau timb dia ikut mood dia kalau kaki bodek dan dia senang dibodek menunjukan dia lemah dlm tugasan,menteri2 yg dia pilih semuanya dah senja2 belaka,otak ingat nak entot2 saja,bodo bin bahlul,nyata sesaran dan komen2 menunjukan mereka itu bandud najis lebih2 lagi pilih senator bullst,aku pun pandai kerja hanya baca dan komen,inilah silap najis,rombak semula kabinet tu...supaya tidak dipertikaikan rakyat,sebab rakyat skrang lebih pandai dari kabinet najis kabinet reban ayamm..1malasssssia..hoho

    ReplyDelete
  10. BATUNISAN NAZIZONISIONALJune 5, 2011 at 1:33 AM

    Inilah adap umnogod menipu rakyat,waa heran jgn masih ada lagi percaya dg umnogod kalaulah ada melayu bodo masih menyokong umnogod alamat anak cucu akan didera akan dtg oleh umnogod,muka tak malu dgn selamber je putar alam,sememangnya mereka ni senang ditipu oleh muka penipu,jadi waa seru dgn penyokong tegar ni undilah umnogod supaya hidup mu lebih ceria senang bersama generasi peliharaan mu nanti atau mati kebuluran tak sempat bina keturunan.....mampus2 siksa carian sendiri bila undi umnogod,tanah kubur pun kroni umnogod sapu,mcm mana nak tanam mayat...inilah perjuang umnogod kpd rakyat,kalau boleh kerabat mereka saja tinggal kat malasia ini.....

    ReplyDelete
  11. Hari itu isu yang dipublisiti keluhan segelintir nelayan diselangor diperbesar-besarkan, tetapi isu dinegeri lain didiamkan, kini isu minyak begitu begini pula...

    ReplyDelete
  12. Najib pesan nelayan untuk pakai layar untuk pergi ke laut. Jangan tinggalkan adat turun menurun nelayan melayu.

    Najib pesan bapak dia pun pakai perahu layar untuk sampai kat Johor dari Sulawesi.

    Ibrahim Pendek pesan injin diesel ini ciptaan orang Kristian. Haram untuk orang melayu pakai.

    Confirm orang melayu bodoh sokong UMNO

    Kah kah kah kah kah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post