Surat Penolakan Hukum Hudud oleh Mahathir kepada TG Nik Aziz

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.


1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994



Pesanan aku buat semua.. Komen jangan sampai tergelincir Akidah..

25 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kalau ada salinan surat yang discan....pheah, mahunya UMNO beratur di kedai singse beli pil senak perut dan angin.

    ReplyDelete
  2. sedih bila baca surat ni..kita selama ini dipimpin oleh orang yang tidak faham agama islam...ya Allah jauhkan kami dari azab dan seksa mu..

    ReplyDelete
  3. tertarik pada perenggang:

    5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS

    ReplyDelete
  4. Celaka Mahakutty Firaun ni.. bercakap mengenai keadilan dan kezaliman.. abis yg Kera Jaan Pusat buat kat Memali tu apa? adil ke? itu bukan zalim ke? sumbat org tanpa bicara kat Kamunting tu adil ke? bukan zalim ke? Ya Allah tlg panjangkan umur Mahafiraun ni agar dia dapat diadili atas kezaliman dan kebejatan dia selama 22 tahun menjadi diktator M'sia. Amin...

    ReplyDelete
  5. Kerana kecetekan ilmu agama Mahathirlah jadi macam ni......

    ReplyDelete
  6. Isu Melayu mudah lupa hanya retorik syok sendiri mahadey..rupanya dia sendiri yang mudah lupa..apanama

    ReplyDelete
  7. Sayang!! YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz ambik masa 17 th utk nak faham maksud surat ni.

    Tmn tak jumpa pulak kata2 TDM "langkah mayat sy dulu......" dlm surat tu.

    ReplyDelete
  8. Ini pasal hukum, tolong berhati2 bila komen.
    -----------------------------------
    Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka.

    ReplyDelete
  9. Surat Madey bukan sebab Hudud tidak dilaksana di K'tan, tapi lebih merupakan alasan untuk PAS tidak melaksanakannya, kalau PAS benar2 bertegas mahu meneruskan cita2nya, PAS pasti boleh lakukan walau apa pun tindakan yang mungkin dihadapi dari kerajaan Madey. Soalnya mengapa PAS mesti takut pada Madey padahal Madey bukan tuhan? Apakah yang ditakutkan oleh PAS padahal K'tan itu negeri PAS? Tapi yang jadi persoalannya mengapa Madey tidak biarkan PAS laksanakan Hudud dan lepas itu ambil tindakan, namun Madey beri amaran dahulu? Bila Madey beri amaran dan amaran dia buat PAS takut, disitulah nampak yang PAS tidak tegas, tidak bersungguh2 mahu laksanakan Hudud sedangkan PAS sepatutnya berani lakukan hukum Allah.

    Kalau sekarang PAS kata Madey yang halang, itu kerana PAS gunakan Madey sebagai alasan untuk menutup kegagalannya melaksana Hudud, padahal sekarang ni pun PAS yang masih menguasai K'tan pasti boleh laksanakan Hudud kalau PAS mahu kerana Madey tidak lagi berkuasa, dan kita lihat apa pula tindakan Najib kali ini.

    Aku cakap ni macamlah aku ni pencacai UMNO pulak, dan pencacai2 UMNO pasti suka aku cakap camni. Sebenarnya moral disebalik cakap aku ni ialah dalam apa jua hal, kuasa kerajaan pusat itu lebih besar dari kerajaan negeri. Jadi kalau rakyat mahu melihat kemampuan sebenar kerajaan PR, maka rakyat mestilah terlebih dahulu memberi mandat sepenuhnya kepada PR untuk memerintah kerajaan pusat Malaysia....cakap banyak pun tak guna.

    ReplyDelete
  10. Macam ini lah ceritanya tanpa kesudahan selepas Nabi kita wafat, hukum islam yang sebenarnya adil yg hendak dilaksanakan dapat tentangan amat sangat olih orang islam yang jahil sendiri.Astaghfirullah hal aziim bertaubat sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  11. FMZam.. aku rasa mesti TG pun terfikir apa yg DM tulis kat surat tu. Sbb kalo hudud kat Kelantan je. Org Islam yg berzina kat luar Kelantan, bebasla macam tu.. takat kena kawin, kena denda, kena pukul dgn org kg.. lepas tu bebas..
    Ini la yg menampakkan TAK ADIL pada orang Islam kat Malaysia. ada yg ikut hudud ada yg tak.
    Aku rasa lagi, tindakan Kelantan ni adalah utk jadi PENCETUS idea hudud kat Malaysia.. aku rasa laa.

    ReplyDelete
  12. jenayat islam ada 3...hudud, qisas n ta'zir....
    kalo satu kes jenayah tu tak cukup bukti utk di sabitkan pada hudud atau qisas, maka kes jenayah tu akan diadili pada ta'zir....
    sila rujuk http://www.tayibah.com/eIslam/jenayah_Islam.htm

    ReplyDelete
  13. Dah tu.. kenapa kerajaan pusat time mahathir tak memperbetulkan hukum hudud yang pas buat agar ia dapat dilaksanakan di kelantan dan terengganu..takut dgn mca ke..

    ReplyDelete
  14. Tentu Nabi Muhammad saw sedih.... melihat umatnya.......Nabi Muhammad saw tentu dapat merasai bahwa.....umat ISLAM akhir zaman akan berpecah2 mengikut pelbagai kategori.....Lihat contoh di negara kita.....sudahlah....Nik Aziz seorang yg cukup sabar walaupun menerima pelbagai cacian dan makian..... Begitu utuh keimanannya utk meneruskan.....syiar ISLAM...Kalau Nik Aziz mengikut telunjuk syaitan dan nafsu dah lama Nik Aziz kaya raya...., rumah besar macam istana tetapi Nik Aziz tidak berbuat sebegitu.....Kerana takut kepada Allah serta amanah yg dipikulnya ....Nik Aziz tetap bertahan utk berbakti selagi terdaya....Aku sangat cemburu melihat kekuatan yg ada pada Nik Aziz....

    ReplyDelete
  15. kalau mahazir beriman dan iklas sepatutnya beliau boleh lakukan pembetulan keatas rang undang2 hudud tersebut tetapi beliau tidak lakukan itu menunjukan yang mahazir tidak ada minat keatas hukum hudud islam kerana apa?
    kerana beliau tidak beriman dengan quran dan hari pebalasan dalam pekiraan rukun imam tidak sama dengan ilmu hisab enam tolak satu tinggal lima sebaliknya rukun iman enam tolak satu jawapanya 0.

    ReplyDelete
  16. tapi kenapa surat ni timbul disaat PAS telah menarik balik cita cita menubuhkan negara islam dengan menukarkan kepada negara kebajikan

    ReplyDelete
  17. ada benar juga...katanya fmzam tu .cuma aku nak tambah yg seket(jgn marah cik fmzam nooo).jika surat tu mempertikaikan ketidak adilan jika hukum hudud digunakan berbaur politik.

    petikan perenggan satu

    "Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam "

    kesimpulan dari persoalan aku yg tak brapa nak pandai bab ni ialah..dakwaan jika kerajaan yg ditakbir oleh pas yg menggubal tidak selari dgn ajaran islam.kamu(pihak kerajaan)kenapa tidak membentangkan sendiri kajian2 yg dirasakan benar dan tidak berkepentingan politik dan berikan kajian yg dibuat dari pakar2 perundangan islam yg tdak mempunyai sebarang kepentingan politik (kununnya) untuk kerajaan pas laksanakan.itu lebih baik.berbincang dan biarkan kerajaan kelantan laksanakan atau mengguna pakai hukum hudud yg dibuat oleh pakar2 perundangan islam yg mewakili kerajaan semasa itu.hakikatnya...pakar2 tu pun.hanya kaji kekurangan tapi tak cari pun cara penyelesaian yg terbaik untuk wujudkan hukum hudud tersebut.

    adakah kamu syaitan bisu?

    ReplyDelete
  18. FMzam.... Aku rasa bila hang komen pasal apa PAS tak buat hukum hudud kat Kelatan dan sewaktunya dengannya, baik paham dulu perundangan negara dulu baru komen. Jangan nak komen dan fitnah tak tentu pasal. Setiap pendapat dan ulasan dialaskan dengan ilmu bukan dengan perasaan.

    ReplyDelete
  19. salam tuan..saya pernah berpesan2 kpd slh sorang tuan empunya blog agar dia berpesan2 kpd iman,mentauhidkan allah taala dgn pmbaca2 lain melalui pnulisannya yg hebat2 2,tapi sampai sekarang isi ceritanya berkisar tentang makhluk..sapakah yg buat kita mampu lakukan sesuatu walaupun kita tau akan hal 2 sebenarnya benar dan perlu d lakukan??hanya allah taala..perantaraan dia iman..2 sebab tuan punya blog 2 masih menulis pasal makhluk sbb allah taala juala yg brkehendak mcm ni,knp?allah saja yg tau....makhluk2 politik plak 2 tuan 2 tulis..kita kena doakan hidayah utk semua org,kalo semua dah ada iman baru ada hudud,kalo xda kita asik tulis pasal makhluk je la walaupun dh d pesan2.. salam tuan

    ReplyDelete
  20. selamat menukar kerajaan yang sedia ada yang dah mereng

    ReplyDelete
  21. Tangkap orang pakai baju kuning, selak baju orang kot ada baju kuning, tangkap orang yang baru cakap nak pakai baju kuning, tangkap orang yang ada pakai perkataan bersih.....semua itu adil kah dalam perundangan Malaysia yang Madey sokong? Lepas tu sumbat masuk dalam penjara/lokap..adil kah? Tak da pula dengar hukum Islam tentang benda2 nih???

    ReplyDelete
  22. aku dengar citer PAS kata : Mahathir akan istiharkan darurat kalo PAS laksanakan HUDUD di Kelantan. Xde plak dalam surat ni... Kalaulah dapat tahu cerita penuh antara Mahathir dgn Nik Aziz tentu seronok.

    ReplyDelete
  23. kalau ikut hukum hudud melawan pemerintah hukum dia pancung kan?

    kalau masa polis kasar2 hari tu pun orang marah mase demonstrasi hari tu, kalau lak ada lah hukum hudud ni agaknya dah ramai dah ni hilang KEPALA kan kan kan?

    kalau aku senang je,

    "akan ku TAAT sesuatu pemerintah walaupun dia adalah SEORANG HAMBA ABDI dari negeri HABSYAH"

    maksud aku sekarang aku pro govt, tapi nnt kalau kite bertukar pemerintah, jangan terkejut kalau aku tunduk TAAT pada pemerintah ku.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post