Tugu 1Malaysia sama dengan Berhala.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat tindakan kerajaan membina tugu “1Malaysia” adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala).

Menurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah.

Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul.


"Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, keputusan itu dibuat setelah jawatankuasa yang dipengerusikannya itu bermuzarakah pada 18 dan 19 April lalu.

Keputusan itu, tambahnya, telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Perlis (MAIP) dan disembah maklum kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sehari selepas itu.

Bagaimanapun, menurutnya lagi, fatwa itu tidak diwartakan dan hanya berperanan sebagai nasihat kepada umat Islam.

Ekoran keputusan itu, fatwa tersebut dihebahkan di pelbagai penerbitan kerajaan negeri, termasuk majalah bulanannya Irsyad Hukum, jelas Dr Juanda.

Selepas Najib memperkenalkan gagasan itu, tugu sedemikian yang kebanyakannya dibina daripada batu dan kayu dilihat diletakkan di pelbagai tempat di seluruh Malaysia.


Malaysiakini

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Aku mnyampah tngok 1...haha...

    ReplyDelete
  2. mereka sepatutnya sedar akan larangan ini dan apa lg satu pembaziran ..

    lg satu keadaan kt akan melihat bgaimana mereka berdolak dalih atau apakah mereka akan menghormati pandangan mufti..

    ini sepatutnya di selesaikan dgn cara kes poco poco ... apabila di haramkan maka bersidang lah majlis fatwa .... apa kah di perlis saja ke atau seluruh negara ???

    ReplyDelete
  3. UMNO bukan sebuah parti politik, UMNO ialah satu cara kehidupan, satu gaya hidup, untuk rakyat yang percaya dan menyembah UMNO. Patut benarlah UMNO mempunyai berhala supaya penyembah2 nya tau yang:

    1) Berhala 1Malaysia untuk Dewa Agung UMNO,
    2) Berhala Keris UMNO untuk Dewa Ketuanan Melayu,
    3) Berhala Dacing BN untuk Dewa Subsidi,
    4) Berhala Petronas untuk Dewa Minyak,
    5) Berhala Proton untuk Dewa AP,
    6) Berhala TNB untuk Dewa Api,
    7) Berhala Babi utk Dewa Pandikutty, dan,
    8) Berhala Rosmah untuk Dewa First Lady.

    ReplyDelete
  4. Tok jodi masaaloh la tu sbb semua org nk no. 1 klu boleh. Prkara kecik je. Isu fitnah ni yg paling berat. Wey!! boleh datang bala besau woo.. Jgn main-main.

    ReplyDelete
  5. klau gua sembah tu berhala no 8...
    gerenti 8 minggu berturut turut first prize ooo... mcm mcm boleh kasi oooo...

    tp satu lah .. gu tak lak pandai nyanyi oooo maa..

    ReplyDelete
  6. apapun kita menunggu jawapan dari sahibulsamah wal ustaz anak kg pertama untuk memberi penerangan ttg berhala ni.nak mendengar nas2 dan fakta keilmuannya ttg perkara ini disebelah pihaknya.adakah dia dapat menyangkal atau pemperbetulkan apa yg didakwa oleh jawatankuasa fatwa negeri perlis menggunakan keilmuannya yg maksum cap ayam dia itu...
    wehehehehe
    hakk...tuihhh!!!

    ReplyDelete
  7. ni bina tugu satu malaysia ni tentu nak cari gah, jibtoya kalau nak cari gah tak payah susah2 bina tugu buat mengabihkan duit negara, ikut saja nuar juburin habih satu dunia gah kata nuar juburin dibicarakan ikut undang2 rimba.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post