UMNO gelabah bila Mat Sabu menang..


Entah dari manalah datangnya penganalisa politik ni... "Penganalisis politik berpendapat kemenangan kumpulan yang dulu dikenali sebagai Erdogan dan kini dinamakan Anwariyyun dengan mengetepikan kumpulan ulama pada pemilihan parti PAS semalam, sebagai strategi terbaru parti meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang."

Anwarisme tentukan hala tuju PAS

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik berpendapat kemenangan kumpulan yang dulu dikenali sebagai Erdogan dan kini dinamakan Anwariyyun dengan mengetepikan kumpulan ulama pada pemilihan parti PAS semalam, sebagai strategi terbaru parti meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.


Mereka juga berpendapat kemenangan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekali gus memecah tradisi bukan ulama memegang jawatan nombor dua dalam parti bagi tempoh 20 tahun, sebagai tanda perpecahan dalaman parti itu dalam usaha PAS mengubah haluan perjuangannya daripada menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan bagi menyesuaikan diri dengan perjuangan rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berpendapat kemenangan Mat Sabu dan Datuk Husam Musa bagi jawatan Naib Presiden jelas menunjukkan perwakilan menolak kumpulan ulama dan semangat Anwarisme sudah mulai masuk dalam parti itu.

“Seperti dijangka, berdasarkan jumlah pencalonan diterima calon Timbalan Presiden, kehadiran Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hanya menyebabkan undi untuk ulama terpecah dua - satu untuk Nasaruddin Mat Isa dan satu untuk beliau sendiri, hasilnya kemenangan berpihak kepada Mat Sabu.

“Apabila kita gabungkan undi untuk Nasaruddin dan Tuan Ibrahim, jelas ia lebih besar daripada undi diperoleh Mat Sabu. Dari segi teknikal, mungkin kehadiran Tuan Ibrahim dilihat sebagai ‘kacau daun’ menyebabkan sokongan beralih kepada Mat Sabu yang dilabelkan kumpulan Anwariyyun,” katanya.

Panel Penyelidik Pusat kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL), Universiti Malaya (UM), Noor Sulastry Yurni Ahmad pula berkata, kemenangan kelompok bukan ulama berkait rapat dengan aspirasi baru yang cuba dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti disuarakan dalam ucapan dasarnya, kelmarin.

“Saya percaya kemenangan Mat Sabu kerana undi untuk golongan ulama yang diwakili Tuan Ibrahim dan Nasaruddin pecah dua,” katanya.

Beliau percaya kemungkinan kemenangan itu dipengaruhi perwakilan yang kebanyakannya orang muda, lebih terbuka dan profesional.

INFO

Keputusan Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat 2011/2013

PENGERUSI TETAP
Abu Kassim Abdullah

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Ismail

PRESIDEN
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
Mohamad Sabu (420 undi)

NAIB PRESIDEN

Datuk Husam Musa (660 undi)
Datuk Mahfuz Oma (616 undi)
Salahuddin Ayub (753 undi)

AHLI JAWATANKUASA KERJA

- Abdul Ghani Abdul Rahman (430 undi)
- Abdul Ghani Shamsuddin (579 undi)
- Abdul Wahid Endut (556 undi)
- Datuk Abu Bakar Chik (527 undi)
- Amiruddin Hamzah (576 undi)
- Datuk Seri Azizan Abdul Razak (421 undi)
- Dr Dzulkefly Ahmad (702 undi)
- Hanipa Maidin (735 undi)
- Datuk Dr Hassan Mohamad Ali (437 undi)
- Datuk Kamarudin Jaffar (739 undi)
- Khalid Abd Samad (643 undi)
- Datuk Dr Mahfodz Mohamed (449 undi)
- Mazlan Aliman (804 undi)
- Datuk Mohd Amar Abdullah (470 undi)
- Dr Mohd Hatta Md Ramli (765 undi)
- Dr Mujahid Yusof Rawa (651 undi)
- Nuridah Salleh (416 undi)
- Dr Siti Mariah Mahmud (445 undi)

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Rasa takut itu sememangnya telah pun terbias pada pihak umno,ini dapat dilihat komen komen mereka dalam media masa yang mereka kuasi.Apa pun kita tidak hanya berharap pada orang yang kita telah pilih(pihak perwakilan),yang utama kita perlu berkerjasama dalam apa jua tindaka dalam memertabatkan islam itu serta mengharapkan sebuah negara yang benar benar berkebajikan,sebab perlaksanaan sebuah negara berkebajikan itu sememang nya telah pun ada dalam perintah Allah.Islam itu ada lah rahmat untuk sekian alam.

    ReplyDelete
  2. Dia org yg bg pandngan ini tak terfikir ke komen mrk ini se olah olah Anwar cukup berpengaruh...

    Mrk gusar sbb gagal dgn isu liwat dan video .. mungkin ini akan menybbkan kesan pd org ramai .. tunggu mesti ada isu baru spt mana kt terlupa PKZ dn mcm mcm lagi...

    Pemilihan bukan di sbbkan pengaruh anwar tetapi bertujuan menjatuhkan BN..

    ReplyDelete
  3. bosan dgn ulasan dari profesor dr. shamsu cap adabi mamak yg mmg tak guna.dia amik fakta dari mana pun tak tau. fakta budak sekolah rendah pun tak mcm tu.tak payah baca buku pun tau yg ulasan yg dibuat berbaur statment cap taik ayam atau berbaur mangkuk jamban.
    mmg la setiap undi dipanggil pepecahan(undian) untuk dikira majoriti yg terbanyak bukan maksud perpecahan(pergolakan) dalam kumpulan pas.itu hanya undian.prof ni aku tak tau belajar kat mana.manatang sungguh.kalau tak ada perpecahan(undian) tak payah la buat undi pakai melalui lantikan aje.sbb semua dah setuju.

    pinjam kata2 morgan
    rakyat non-partisan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post