Video Lucah Mat Sabu pulakdah!!

Sebahagian berita...

Awal hari ini, ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin membuat laporan polis di ibu pejabat daerah polis Ampang Jaya setelah menerima VCD di peti suratnya bersama surat palsu yang kononnya dikeluarkan oleh PAS.

Bahagian luar VCD itu memaparkan imej timbalan presiden PAS yang baru Mohamad Sabu, dengan judul 'Skandal Seks Mat Sabu'.

“Sebaran VCD lucah fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah berleluasa ke seluruh negara. Sepatutnya pihak polis sudah boleh mengesan siapa dalangnya. Namun sehingga kini tiada sebarang hasil siasatan dari semua laporan polis yang dibuat mengenai penyebaran VCD lucah ini.


“Lebih melampau, saya sendiri telah menerima VCD dan risalah fitnah ini yang dihantar ke rumah saya semalam. Sampul surat yang dihantar mengandungi surat palsu yang menggunakan kepala surat PAS, VCD bertajuk 'Skandal Seks Mat Sabu' dan risalah yang memaparkan beberapa adegan dari VCD lucah...mula dicemarkan sehingga ke Ampang pula,” katanya.

Zuraida mendakwa penyebaran rakaman seks itu kerja Umno sebagai usaha mereka bagi memecah-belakan kerjasama parti-parti gabungan Pakatan Rakyat.

“Susulan dari laporan polis saya hari ini juga, saya meminta agar Unit Siasatan PDRM segera menyiasat perkara ini. Ini kerana apa yang berlaku jelas bermotifkan politik dan berkemungkinan turut melibatkan arahan dan penglibatan pihak atasan,” kata Zuraida.sepenuhnya sila baca di SINI


Kalau korang nak tahu siapa punya kerja.. sila lihat di SINI

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. kalau hati dah diselubungi dgn syaitan....nilah jadi....Tak habis2 nak buat fitnah. Diorang ni tak takut mati ke? Apa nak jadi manusia akhir zaman ni.....

    ReplyDelete
  2. MAT SABU ni ancaman UMNO selepas ANUAR IBRAHIM. Taktik yg sama digunakan utk menjatuhkan 2 tokoh yg amat mengerunkan mereka.....Taktik basi beb.......Dah tak ada modal. Otak diorang ni betullllllll le otak lucah.....Kesian aku tengok golongan UMNOGOK niiiiii.Zul Kulim nak bagi 150% ke ......naik sikit drpd 110%???????

    ReplyDelete
  3. musuh orang islam adalah dikalangan orang yang mengaku islam.... kita jangan cepat melatah.. kita tak perlu ikut rentak tari mereka... tunggu aje bola tanggung... baru kita libas sama mereka....sudah sampai masanya untuk kita ubah... tendang bn tolak fitnah

    ReplyDelete
  4. Begitulah gambaran bagi rumah yang di duduki olih Umno sekarang,berita fitnah kelucahan seperti telah dijaja kesana kemari..berita sebegini mengambarkan yang rumah mereka akan runtuh tidak lama lagi insyAllah.Hayat politik mereka seperti telah menemui jalan kesudahan nya.

    ReplyDelete
  5. Nak suruh polis kesan siapa dalangnya?...sampai kucing bertanduklah jawabnya...Tunggu bila keluar video lucah Najib ke Rais ke Ibrahim ke takyah tunggu polis, Utusan akan siarkan dalangnya....

    ReplyDelete
  6. Tp dr segi strategik apa tujuan depa buat semua ini. mat sabu dah dilantik sbg timb presiden yg baru.

    Bukan bodoh psl buat video ini tp bodoh dr segi tindakan..

    sb mrk fikir PAS mcm mrk.. tak kan berubah .. bila mrk berkempen dlm media mrk ingat fikiran ahli PAS mcm fikiran ahli mrk.. Jd cukup dgn fitnah kempen..

    kali ini pd pendapat aku kita buat lapuran polis supaya JANGAN siasat perkara ini menghabiskan duit rakyat sbb rakyat tak percaya. Bila kita mtk polis jgn siasat maka percaya lah perkara ini akan disiasat sbb mrk terfikir mungkin ini kerja org PAS atau dlm Pakatan.. Tp bila disiasat ha..ha.. ha..

    ReplyDelete
  7. Bagus.. bagus.. Ini membuktikn bhw tuduhan kpd DSAI itu palsu & penipu. Org melayu dlm Umno je yg masih lembap utk brfikir. Dah ketinggaln zaman.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post