Video seks: Bukan lagi mirip Anwar tapi Anwar - Datuk T

Trio Datuk T hari ini menegaskan walaupun dijatuhkan hukuman kerana menayangkan bahan lucah, namun mereka menyifatkan ia “satu kejayaan” apabila dapat menyampaikan kepada rakyat identiti sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kejayaan bagi mereka kerana berjaya untuk mengaibkan Anwar dan juga keluarganya, hanya kerana dendam yang masih belum pudar..


Thamby Chik dikatakan berdendam kerana terpaksa melepaskan semua jawatan dalam politik bagi mengelakkan didakwa di Mahkamah kerana tuduhan merogol seorang gadis bawah umur..

Dan Eskay pula dikatakan oleh banyak pihak berdendam kerana Anwar tidak mahu menjadi saksi bagi pihaknya dalam kes saman Jambatan Bengkok..


Video seks: Bukan lagi mirip Anwar tapi Anwar, kata Datuk T

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Trio Datuk T hari ini menegaskan walaupun dijatuhkan hukuman kerana menayangkan bahan lucah, namun mereka menyifatkan ia “satu kejayaan” apabila dapat menyampaikan kepada rakyat identiti sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketiga-tiga Datuk T diijatuhkan didenda RM5,500 atas kesalahan menayangkan rakaman video seks yang si pelakunya didakwa mirip Anwar.

Ketika prosiding pagi tadi, kesemua mereka iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong kes yang merupakan satu hipokrasi, walaupun saya tidak berapa gembira dengan hukuman (dikenakan), tapi demi rakyat kami sedia berkorban.

“Hipokrasi yang berlaku ini harus dihapuskan dan kami yakin Anwar Ibrahim sebagai orang dalam video seks itu dan telah melakukan kemaksiatan,” kata Abdul Rahim pada sidang media ringkas di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta di sini.

Tegas beliau, pihaknya akur dengan keputusan yang dibuat Majistret Aizatul Akmal Maharani sambil menegaskan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video seks itu.

“Anwar Ibrahim yang melakukan hipokrasi ini tidak layak untuk menjadi perdana menteri dan kami berharap selepas ini, rakyat dapat menghakimi perkara yang sebenar.

“Tiada lagi kenyataan mirip-mirip Anwar... yang ada hanya Anwar Ibrahim,” katanya.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, telah menafikan bahawa beliau adalah si pelaku dalam rakaman video seks itu selain telah membuat laporan polis.

Selain itu, Shazryl juga telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dakwaan yang dibuat itu adalah benar dan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video seks itu.

Polis juga telah mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih.

Datuk T telah menggemparkan negara apabila bertindak mempertontonkan rakaman video seks itu kepada media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Shazryl dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara.

Sementara Abdul Rahim pula secara berasingan didakwa bersubahat dengan Shazryl dan Shuib.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu.

Tegas Abdul Rahim, beliau berharap rakyat dapat menilai wajah sebenar Anwar dan membuat keputusan tepat pada pilihan raya ke-13 akan datang.

“Demi masa depan negara, kami sanggup berkorban, kami harap rakyat prihatin untuk lihat bahawa negara tidak boleh dipimpin oleh mereka yang korup.

“Kami berkorban demi rakyat tapi apa yang penting objektif dan misi kami untuk beritahu rakyat berjaya.

“Kami mahu rakyat nilai terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Shazryl dan Shuib bagaimanapun tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Kesemua mereka dikawal ketat ketika meninggalkan mahkamah.


The Malaysian Insider

15 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. INILAH NILAI PEMIMPIN YANG BERAGAMA ISLAM YANG BERBAngga dengan kelakuan yang cukup memalukan ummat Islam.

    ReplyDelete
  2. Serupo celaka Laknatullah perangai...tak ubah macam taik...banggalah kau didunia wahai makhluk Allah...

    ReplyDelete
  3. Petikan TMI;
    ----------------------------------
    US authorities have identified the man in the controversial sex video screened by “Datuk T” as Datuk Seri Anwar Ibrahim, a magistrate’s court was told this morning.
    The point was raised in the facts of the case read out today after the “Datuk T” trio of Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik and Datuk Shuib Lazim pleaded guilty to their involvement in the screening of the video on March 21.
    -----------------------------------
    Keyataan diatas dibuat oleh peguam Eskay dimahkamah tanpa diundang dan juga tapa dibantah oleh pendakwa. Utk apa?? supaya ianya direkodkan?
    Inilah tujuan utama datuk T, supaya lepas ni utusan meloya akan mainkan kenyataan ini supaya orang melayu yg tak arif tentang perundangan percaya. Padahal keyataan yg tak diundang ini belum lagi di uji kebenarannya, jauh sekali dari pengesahan.
    Hebat sungguh agenda najib bini rosmah ni.

    ReplyDelete
  4. Laaa apa yang bodoh sangat ni... Dato T salah keranan menayangkan video lucah . Bukan bermakna Anwar dalam video tu. Otak letak mana bang... Tunggulah jika ada siasatan dan dakwaan lain . Jangan macam orang tak sekolah komen.Tunggu jika ada siasatan dan dakwaan selanjutnya.

    ReplyDelete
  5. Kejahatan mereka bertiga akan terbukti dikemudian hari, apa lagi Rahim Thambi Chik sebagai makhluk perosak gadis belasan tahun. Perangai mereka pun tak ubah macam syaitan.. cuma mereka yg merancang.. yang menentukan tuhan, Perancangan tuhan adalah sebaik-baiknya..

    ReplyDelete
  6. Saya tak fikir akan ada siasatan susulan...kalau nak buat dua bulan dulu dah pun dibuat. Episod ni nampaknya akan disusuli oleh fitnah demi fitnah oleh semua media umno, mensasar orang2 melayu yg kurang cerdik.
    Rakyat perlu mendesak supaya kes ini disambung di mahkamah syariah.

    ReplyDelete
  7. jahatnya dato T pasal tayang video lucah kat public . dah tu mengaku salah plak tu kat mahkamah . orang yang main dengan pelacur cina tu tak salah ekk ??? tak laknat ker ?? macam tu dikira pemimpin islam ker ??

    ReplyDelete
  8. Oh ! here we go again sex, sex and sex. UMporNO teruskan agenda politik selak kain nya.
    Hello haramjadah ahli umno ooi, berapa kali nak cakap, video seks citaan umno tu tak boleh di pakai di mahkamah syariah. Kalau terus tuduh orang tu berzina, ianya merupakan fitnah dan boleh di kenakan Qazaf.
    ----------------------------------
    Mufti Perlis berkata, pembuktian dalam rakaman video seks itu tidak boleh digunakan di mahkamah syariah melainkan tertuduh sendiri mengaku ataupun tuduhan dibuat dengan menghadirkan empat saksi “hidup, lelaki Islam yang bersifat adil dan mereka melihat jenayah itu berlaku.”
    Kata beliau, surah 24 al-Nur; ayat 4-5 adalah nas qat’ie atau muktamad yang tidak boleh dilanggar berkaitan dengan hukuman penuduh pelakuan zina yang mesti cukup empat saksi dan hukuman qazaf dikenakan ke atas penuduh yang tidak cukup “syarat empat saksi.”

    ReplyDelete
  9. Petikan MK
    Menurutnya, mengikut laporan 4 Jun profesor Hany Farid and Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu, dengan bagi foto Anwar berdasarkan analisis pengenalpastian wajah.
    -----------------------------------
    UMporNO nak start Mazhab baru, Mazhab "Hany Farid"????
    Percaya sungguh kat professor ni sehingga surah An-Nur di ketepikan.
    UMporNO dicabar supaya bawa fakta ini yg kononnya bukti supaya di adili di mahkamah syariah.

    ReplyDelete
  10. cuba korang tengok muka mangkuk bertiga ni...eeeeeeeee....apalah perasaan anak isteri dan keluarga mereka agaknya....

    ReplyDelete
  11. Quote from Anon 4:41,
    "orang yang main dengan pelacur cina tu tak salah ekk ??? tak laknat ker ?? macam tu dikira pemimpin islam ker ??"

    orang yg berzina mmg la berdosa dan bersalah.. persoalannya sekarang, siapakah orang itu? kalau yg dituduh itu DSA, buktikanlah... video tu hanya disiasat ketulenan bahannya.. bukan dikaji siapakah pelakunya.. just simple as that.. awat tak paham2.. bodoh ke? buat2 bodoh? atau mmg bodoh 1000x...

    ReplyDelete
  12. jika kita panjang umur kita lihat lah nanti bagaimana pemfitnah2 ini semasa akhir hayat mrk, brape lama nanti pulak mrk NAZAK seblum kembali kpd Allah swt, apa kah RTC, dan dua yg lain tu begitu beriman dan bertaqwa? mrk kaya di dunia tp aku yakin seandainya kalian tak bertaubat NASUHA dan memohon maaf dari DSAI maka kalian adlah org yg paling MUFLIS di akhirat kelak, menyesal di sana tak boleh nak balik semula ke dunia ni.

    ReplyDelete
  13. mereka sengaja membuat kenyataan di mahkamah mengatakan kajian mengesahkan menyerupai nwar.. tanpa di bantah oleh pendakwa...

    polis yg sepatutnya menyiasat dan polis juga yg membawa kes ini ke mahkamah.. tujuan merekodkan kenyataan di mahkamah krn org masih boleh percaya mahkamah adalah mulia dan kenyataan mesti lah yg benar.. sedngkann kes mrk krn menayangkan video bukan menentukan sape org yg dlm video.. langsung tak de kena mengena.. itu keje polis..

    dan bila ada kenyataan di mahkamah maka akan adalah asas kena kan tuduhan kpd anwar.. bukan krn hasil siasatan polis ke atas video tp atas kenyataan mereka di mahkamah..

    brape jumlah denda yg pendakwa mtk hakim kena kan kpd mereka??? ini bukan org drop dr sek yg tak tau undang undang... sepatutnya lebih dr ini...

    ReplyDelete
  14. ape nak risau tunggu je lah ape yang akan berlaku. kepada penjilat2 anuWar masih tak percaya atau buat2 tak percaya. biasa lah tu dosa kan dah di ampun oleh n.ajis.

    ReplyDelete
  15. Kepada para pemfitnah..teruskan kerja anda itu, Anwar tak rugi apa malah ceramah beliau lagi ramai datang. jika ditakdirkan kamu mati esok, maka neraka adalah tempat yasng paling layak bagi pemfitnah. yang difitnah biarpun aib tapi pahala di sisi Allah amatlah besar..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post