Wahai Pemimpinku!! UBAH sebelum REBAH!!!

Biarpun ada pihak bakal mempersoalkan tindakan aku menyiarkan artikel ini.. bagi aku sebagai seorang pengundi di kawasan yang dinyatakan oleh penulis ini beliau berhak untuk menyuarakan pendapatnya sebagai seorang pengundi..

Demi kebaikkan bersama sewajarnya para pemimpin kita memberikan perhatian kepada luahan para pengundi yang telah memberikan undi kepada mereka.. dan sedar mereka dilantik menjadi pemimpin oleh rakyat.. janganlah pula kita "Shoot the Messenger"!!

Bagaimana Prestasi PKR Di DUN Penanti !

Posted by Mohd Shubhi

Balik kampung Penanti hujung minggu ini ziarah mak. Dah lama tak tengok muka mak di kampung lebih dari sebulan. Siapa lagi manusia yang masih hidup yang lebih penting di atas muka bumi ini kalau bukan ibu. Sibuk macam manapun kena juga balik sekerap yang mungkin.

Balik dengan bas membuatkan langkah saya tak panjang. Jadi ambil peluang kali ini berlegar sekeliling kampung mencari kawan-kawan. Dapat juga mendengar apa komen mereka terhadap pemerintah Pulau Pinang sekarang.


Sebagaimana yang dijangkakan, bagi peminat Umno, mereka lebih suka melabelkan pemerintah P Pinang adalah DAP dan bukannya Pakatan Rakyat. Bagi mereka DAP itu cina dan cina itu DAP. Peminat Umno amat meluat pada PKR, bagi mereka orang PKR adalah bekas Umno yang tersingkir.

Kata mereka ahli PKR adalah penyokong Anwar. Mereka bersama denganr Anwar ketika Umno dulu di mana ketika itu mereka hidup serba mewah. Mereka membawa budaya tersebut walaupun sekarang telah keluar dari BN dan bersama dengan PR. Bagi peminat Umno, orang PKR sekarang tak turun padang dan tak reti buat kerja membela masyarakat.

Bagi para ahli Pas pula, peminat Umno tidak melihat mereka sebagai musuh malah mereka dihormati sebagai warga yang cintakan agama, rajin beribadah dan kuat bekerja. Malangnya peminat Umno menuduh Pas sebagai pencacai DAP dan juga PKR. Peminat Umno merasa simpati pada ahli Pas yang tidak pandai meminta peruntukan bagi menolong masyarakat setempat mereka.

Saya bertanyakan pada mereka bagaimana dengan prestasi wakil DUN Penanti, iaitu Timbalan Ketua Menteri II P Pinang, Dr Mansor. Jawapan yang saya dapat rata-rata adalah Dr Mansor jenis tak turun padang. Dia hanya ada pada ketika-ketika tertentu sebagai wakil kerajaan negeri. Semuanya acara rasmi.

Sekitar kawasan DUN Penanti ada ramai yang terlalu daif, ramai pula yang mengidap penyakit kronik, banyak yang tinggal dalam rumah yang tidak layak dipanggil rumah, sekali tolak boleh ranap.

Ramai yang berpendapatan kurang dari RM500 sebulan. Ini jumlah yang terlalu sedikit untuk menyara kehidupan dalam zaman sekarang yang harga barang semua mahal.

Ada keluarga yang besar yang ramai anak dara tinggal dalam rumah yang tak ada bilik, malah bilik airpun tak ada. Mereka hidup serba daif tak terkawal aktiviti anak-anak mereka, potensi hanyut untuk menjadi lauk pemuda buas amat tinggi.

Banyak juga ibu-ibu tunggal yang kematian suami. Anak-anak ramai dibela oleh nenek mereka yang juga bukan orang senang. Bapa-bapa saudara yang ada juga tak mampu menanggung anak-anak saudara, kerana anak mereka sendiri ramai.

Siapa yang melihat semua ini di DUN Penanti. Kemudahan asas seperti jalan kampung amat daif sekali. Berlopak sana-sini. Ini semua kerja siapa untuk menjalankan pemantauan.

Saya mendapat tahu Umno sedang giat bergerak cergas mengambil kesempatan kelemahan yang ada kini di serata kampung. Banyak program sumbangan dijalankan dan mereka pergi dari rumah ke rumah meninjau masalah masyarakat. Yang susah terus mereka bantu.

Mereka mendapat peruntukan daripada kerajaan pusat. Ada bantuan segera dan diikuti dengan bantuan bulanan yang disalurkan oleh jabatan kebajikan. Para pengerusi JKK sekarang tidak senang duduk kerana mereka ditekan agar bergerak membantu masyarakat tanpa mengira parti.

Mereka melihat ini peluang untuk menyedarkan masyarakat bahawa mereka telah memilih wakil yang salah. Sudah tentu para penerima bantuan yang memang dalam kesempitan selama ini penuh yakin bahawa mereka tersilap memilih wakil. Sudah tentu ada azam untuk mereka menukar wakil mereka pada PRU-13 nanti.

Jika Umno meneruskan semua usaha ini dengan tekun, peluang untuk Dr Mansor menang jika bertanding sekali lagi amat tipis. Adakah usaha dari pintu ke pintu menjenguk kesusahan rakyat dilihat tidak penting. Adakah kerja begini hanya dilakukan apabila pilihan raya sahaja?.

Bagaimana dengan kawasan DUN lain saya tak pasti. Tapi ada kemungkinan perkara yang sama berlaku. Jika semua orang Umno mula bekerja sebagaimana Umno Penanti buat, alamat mereka akan pulih semula dalam masa yang singkat. Jangan kita hanya leka dengan aktiviti ceramah sedangkan kerja pembangunan masyarakat kita pinggirkan.

Sekadar coretan buat renungan, kalau dah buat alhamdulillah, kalau masih tak buat fikir-fikirkan. Wallahu'alam.


WartaShubhi

19 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Alhamdulliah..kebenaran telah tiba...berkata benar walau tak syok nak dengar oleh gengs of PR.

    Bila pi dengar ceramah2 PR..fuuuyooh!!..berapi-rapi..mau terbakar looo...kalau boleh esok bangun pagi semua dah jadi...apa PR yg dicakap...akhirnya apa pun tara...Tahniah!..Gengs of PR kerana kalian berjaya perbodohkan rakyat Penanti

    ReplyDelete
  2. Saya baru menziarahi keluarga diNibong Tebal , Parit Buntar.SP (S) dan Sg.Staq......

    APAYAN ASD KATAKAN ITU MEMANG BENAR !

    Silap langkah... Pakatan akan Tumbang

    Orang kampong dah meluat tengok depa suma !

    ReplyDelete
  3. Salam untuk semua
    Inilah masalahnya. Kita bukan tak nak sokong perjuangan, lebih-lebih lagi perjuangan yang bakal membawa perubahan dalam pemikiran, sistem nilai, kemasyarakatan dan sebagainya. Tapi kalau pemimpin bertindak seperti 'lupa daratan' sukar kita mempertahankan mereka bila kita diasak oleh pihak lawan.

    Bukan susah sangat. Chot, kalau hang sibuk sangat dengan urusan rasmi samapai tak dak masa nak melawat kampong-kampong, tak bolehke lantik orang tolong temngok. Ini amanah rakyat.

    ReplyDelete
  4. Kepada YB Dr Mansor, org dah pilih tu buat lah kerja.. berkhidmat untuk rakyat.. jgn makan gaji buta aje... ASD tolon bgtau kat YB tak sedar diri ni..

    ReplyDelete
  5. Saya nak melencong sikit. Ni pasai komen dalam blog. Saya cuba ikuti blog budak Zul Kulim tu. Tak ada komen langsung...Tak ada orang baca ke apa yang dia tulis.
    Atau ada orang baca, dan lepas tu memberi komen yang tidak menyenangkan Zul. Sapa pun yang waras yang baca blog Zul, akan naik meloya dan akan beri komen negatif. Dan Zul pilih untuk tidak siarkan langsung...biarlah Zul terjun dengan labu-labunya...biarkan...

    ReplyDelete
  6. Warta Subhi,

    Terima kasih di atas komen tuan. Tuan adalah insan yang prihatin terhadap masyarakat setempat. Terima kasih sekali lagi.

    Dari satu sudut mungkin ada kebenarannya dan dari satu sudut yang lain sewajarnya diteliti dan disiasat terlebih dahulu. Mungkin ASD lebih arif tentang perkara ini.
    Rujukan tak semestinya hanya dari satu pihak sahaja, maklumat perlu secara menyeluruh. Kalau kita ambil dari satu pihak sahaja, kemungkinan yang jernih tak kelihatan.

    ReplyDelete
  7. Sudah 53 tahun Barisan Najis memerintah dan inilah akibatnya kemiskinan. Sekarang korang UMNO pula nak jadi pembela nasib Melayu. Apa mereka buat selama ini? Ada tanya ke? Korang yang miskin akan terus tertipu lagi. Bagus juga kita lanjutkan 53 thn lagi kemiskinan rakyat. Undilah B.Najis. Gua x kisah lagi. Negara akan terus hancur selagi B.Najis perintah. Korang nak hidup senang kenalah bersabar sehingga kerajaan pusat di bawah Pakatan. Kalau x sabar undilah sesuka hati, hancurkan impian rakyat. Memang bodoh kalau masih caya kpd BARISAN NAJIS!!! Katakan hangpa BODOH pun x suka!

    ReplyDelete
  8. ...Saya mendapat tahu Umno sedang giat bergerak cergas mengambil kesempatan kelemahan yang ada kini di serata kampung. Banyak program sumbangan dijalankan dan mereka pergi dari rumah ke rumah meninjau masalah masyarakat. Yang susah terus mereka bantu. (Penulis)

    Den setuju sngat dgn penulis ni sbb den dah tngok sendiri d kaws Parlimen Selayang. Umno ambil kesemptan ini d sbbkn wakil rakyat & wakil yg kalah PR jarang turun padang. Sy boleh katakn 80% bhw PR akn tumbang d Selangor. Mungkin dah terlambat @ masihkah ada masa utk prbetulkn. Mana dia KPI pemimpin PR? Sape yg nilai?

    ReplyDelete
  9. Salam Cikli..

    Apa yang ditulis itu adalah kebenaran.. walaupun sebenarnya pemerhatian penulis itu adalah terhad..

    Banyak lagi yang aku simpan..

    ReplyDelete
  10. Buat semua yang membaca.. jika ada cerita tentang ADUN anda yang kurang enak didengar dan perlu ditegur.. korang e-mail kat sini..

    anaksungaiderhaka@gmail.com

    ReplyDelete
  11. ADUN seharusnya mempunyai pelan pengurusan yang baik dan cekap dalam memaklum dan menyebarkan informasi aktiviti mereka di kawasan DUN. Kadang-kala perkara ini yang gagal diambil perhatian oleh kebanyakkan ADUN-ADUN pakatan. Sudah pasti mereka kekurangan penyebaran informasi seperti media cetak dan elektronik (TV) kerana ianya dikuasai kerajaan tetapi mereka harus berusaha bagaimana untuk menyebarkan dengan cara yang berkesan dalam menentang dakyah dan maklumat palsu pihak penentang mereka (BN).

    Setiap ADUN seharusnya mempunyai website mereka sendiri dan ianya perlu di’link’kan daripada laman web parti mereka dan ianya akan mudah untuk diakses oleh rakyat kerana menjadi kesukaran kepada rakyat untuk mencari ADUN mereka melalui search browser (google atau yahoo) dan dengan dihimpunkan bersama ADUN dan ahli parlimen lain maka hebahan akan lebih meluas lagi dan dapat kenal rapat ADUN selain ADUN kawasan mereka. Setiap lawatan juga perlu ditemani oleh juruphotos (kamera atau video) untuk merakam aktiviti penemuan dan penyelesaian masalah masyarakat. Pamplet atau risalah aktiviti boleh diedarkan kepada rakyat dalam setiap minggu. Rakyat setempat akan tahu jika ada penyebarab cara ini. Oleh demikian dengan ada usaha ini maka informasi akan sampai kepada rakyat.

    Saya juga melihat laman web terutama PKR tidak diupdatekan terutama aktiviti dikalangan barisan utama dan pemuda mereka !. Senarai ADUN dan juga ahli parlimen juga tidak kelihatan (mungkin saya terlepas pandang). Senarai ADUN dan parlimen jika boleh dimasukkan imej dan ditempatkan di homepage agar rakyat mudah melihat dan mengenali dengan lebih dekat.

    Sebenarnya sebuah parti itu akan menjadi parti yang bagus dan berkualiti dengan adanya pengurusan yang cekap dan efektif dimana 3 perkara utama dalam organisasi yang pengurus perlu tekankan iaitu Management, Finance and Marketing! Oleh demikian dicadangkan setiap ADUN atau calon ADUN menghadiri kursus pengurusan, kewangan dan pemasaran yang berkaitan dengan politik agar lebih mantap pentadbiran mereka. Jangan hanya sibuk berpolitik tetapi menguruskan organisasi hancur seumpama seorang pengurus sibuk mencari pelanggan atau pelabur tetapi pengurusan, kewangan dan pemasaran organisai dalam keadaan kucar-kacir serta tidak tersusun. Adakah pelabur dan pelanggan hendak mempercayai organisasi seperti demikian? Tanyalah diri sendiri. Ini hanyalah sekadar pandangan dari saya, jika tidak bersesuaian maka boleh diabaikan.

    Wasalam.

    Achmad Abdollah.

    ReplyDelete
  12. Jangan kamu lupa yang kerajaan Pusat pegang semua dana ekonomi. Kerajaan negeri yang diterajui pembangkang mendapat sangat sedikit dana dari kerajaan UMNO BN.

    Ini adalah taktik kotor kerajaan UMNO BN untuk jatukkan kerajaan negeri. Dana yang sepatutnya dibawah kawalan kerajaan negeri telah dirompak and ditukar nama kepada "wang ehsan" seperti mana berlaku di Kelantan.

    Di Perak, untuk mengawal ketua ketua kampung pilihan UMNO, suatu agensi pusat ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi JKKP yang dibawah kawalan kerajaan negeri PR.

    Sebaliknya, rakyat harus sedar yang hakikatnya, kalau bukan kerajaan negeri dibawah PR, maka mustahil mereka mendapat perhatian dan sumbangan kerajaan UMNO BN. Apabila UMNO BN menang balik, semua ini akan lenyap juga. Dan ADUN UNMO akan menjaga kocek sendiri seperti sediakala.

    Oleh itu, mungkin lebih manfaat kepada rakyat jikalau pembangkang menang kerana UMNO BN terpaksa berbelanja untuk meraih undi.

    Cuba kita renung renungkan bersama

    ReplyDelete
  13. Komen Mohd Shubhi memang bagus, berpegang pada prinsip berkata benar walau pun pahit...komen sebegini seharusnya dialu2kan.
    Walaubagaimanapun ada kepincangan dalm lapurannya...semua input adalah dari umno, musuh yg nyata, Mohd. Shubhi adalah naif senadainya beliau mengharapkan komen baik dari musuh. Adalah lebih tepat jika beliau turut bersembang dengan orang yg berkecuali.
    Samada Mohd Shubhi sedar atau tidak, sebenarnya input2 yg diperolehi dari orang2 umno itu adalah sebahagian daripada cetusan yg terhasil apabila kerajaan BN tumbang. Orang melayu khususnya di Penang lebih kritis, lebih peka, lebih cerewet dan rasa lebih melayu nya sekarang dari dulu.Semasa zaman umno berkuasa orang melayu amat alpa, segan, tak pernah ambil peduli YB ada ke? tak ada ke? YB buat kerja ke? tidur ke? Pokoknya orang melayu tak pernah ada expectation dari YB mereka langsung. Cuma setelah hilang kuasa baru puak2 umno ni baru sedar dan bermula dari gelabah mereka, maka di hasut dan diumpan orang2 melayu seolah2 mereka hero rakyat.
    Saya melihat apa yg Mohd Shubhi ceritakan di Penanti itu sebagai kelemaham PR bukan kegagalan. Kelemahan boleh diperbaiki...tapi kegagalan umno beyond repaired.
    Orang melayu Penang, bijak dan boleh menilai antara perjuangan ikhlas dan yg berpura2 menabur bakti. Memang ada dlm pkr mereka yg masih terbawa2 dgn perangai umno nya tapi pkr di dokong oleh orang2 yg ikhlas dan tak ada kepentigan langsung seperti ASD, character yg kuat ibarat akar tunjang. Pemimpin2 umno yg kaya dengan wang ringgit boleh mencantikan personality mereka tapi rakyat tahu bahawa akarnya membusuk dan akhirnya pokok bernama umno akan tumbang.

    ReplyDelete
  14. aku tak caya jkkk tolong orng. dok pemohong orang adala. peruntukan masuk poket ada la kot.

    pendapatan 500 pun tak tolong mcm mana kata tolong. suruh org tak ada pendapatan berutang ada la. pas tu tak boleh bayar tergadai lah harta

    ReplyDelete
  15. Mohd Shubhi kata "Kata mereka ahli PKR adalah penyokong Anwar. Mereka bersama denganr Anwar ketika Umno dulu di mana ketika itu mereka hidup serba mewah"
    MEWAH??? kalau dah mewah kenapa perengan berikutnya kata orang di DUN penanti hidup dlm suasana daif??? tiba2 kemewahan itu hilang dan diganti daif??.....tak faham!!

    ReplyDelete
  16. Kerap juga aku balik ke kampung aku Johor...kubu terkuat umno... kalau letak beruk pun atas bendera keris umno, maka beruk itu akan menang pru.
    keadaan di pendalaman jauh lebih teruk kalau nak dibanding kan dengan penanti, tak ada letrik dan air telaga lagi! Oleh kerana YB nya umno, bolehkah kata dia buat kerja ke? dia turun padang? sekurang2-nya rencana Mohd Subhi ni menunjukan melayu dikawasan PR lebih celik dari melayu dikawasan umno yg buta dulu, kini dan selama-lamanya.
    Tapi kita terima PR masih lemah terutama pkr tapi masih boleh diperbaiki berbanding dengan umno yg telah gagal selama 50 tahum yg wajib diganti.

    ReplyDelete
  17. ASD terima kasih,

    Sewajarnya saudara melakukan sesuatu supaya tidak timbul negatif thinking.

    Kadang-kadang penglihatan tidak mencerminkan kewajaran. so you have to think about it.

    ReplyDelete
  18. penyokong umno macam orang ketagih candu kalau tak boleh hisap candu dia akan jadi semacam, begitulah keadaanya apabila mereka telah menjadi pembangkang maka mereka akan melakukan apa saja untok mendapat kembali kuasa,seperti orang yg ketagih candu sama ada mencuri merompak menipu asal dapat wang untok beli candu begitulah kalau dikiaskan dengan penyokong umno sekarang ini mereka sudah tak boleh tahan kerana dah lama tak isap candu.

    ReplyDelete
  19. Salam Cikli..

    Memang benar kadang-kadang penglihatan tidak mencerminkan kewajaran.. tetapi kita juga harus terima pemandangan dari sudut yang berbeza adalah berbeza..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post