Allahyarham Baharuddin Selamat Dikebumikan (Video Inside)

HULU KELANG 10 JULAI : Jenazah Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia selepas menyertai himpunan Bersih 2.0 semalam selamat dikebumikan kira-kira jam 12.50 tengahari tadi di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur.

Hujan renyai-renyai dan air mata mengiringi upacara pengkebumian jenazah.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rusni Melan dan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan.


Pada insiden semalam, Allahyarham bersama-sama sekumpulan para demonstran sedang berarak secara aman di hadapan KLCC sebelum polis mengepung kawasan itu dan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur selepas dilaporkan pengsan sebelum itu.

Lebih 500 hadirin dari pelbagai kaum hadir memberikan penghormatan terakhir dan menziarahi keluarga mangsa termasuk pimpinan Pakatan Rakyat dan ahli jawatankuasa Bersih.

Hadirin yang menunaikan solat jenazah di Surau Al-Muqqarrabin kemudiannya berjalan kaki kira-kira tiga kilometer utnuk mengiringi van jenazah ke tapak tanah perkuburan di AU4, Keramat.

Sepanjang perjalanan itu mereka membaca tahlil dan bertadbir.

Pimpinan Pakatan Rakyat dan Bersih sebelum itu menziarahi keluarga mangsa seawal jam 9 pagi termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ramai lagi.

Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah juga hadir memberikan penghormatan terakhir.

Rata-rata mereka yang ditemui media melahirkan kekesalan di atas insiden yang menimpa Allahyarham dan tindakan zalim polis dalam menghalang orang ramai berhimpun seperti yang dijamin dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

Antaranya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menyatakan kekesalan di atas tindakan zalim polis ke atas peserta demonstrasi termasuk dirinya dan berjanji keadilan akan diberikan kepada Allahyarham dan keluarga.

" Kita akan minta peguam membuat semakan mengikut proses undang-undang dan serahkan kepada pihak peguam. Inkues wajar untuk Allayarham dan keluarga mendapat keadilan atas kezaliman Umno-BN,"kata Mahfuz.

Manakala abang sulung arwah, seorang bekas pegawai tentera, Major Bersara Mohd Kasim Ahmad mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bersih dan Pakatan Rakyat yang berjuang habis-habisan demi menegakkan keadilan untuk rakyat mendapatkan sebuah pilihan raya yang adil dan bersih.

" Saya mengucapkan terima kasih kepada semua perjuangan Pakatan Rakyat yang bersusah payah bersama arwah demi mendapatkan keadilan yang sebenarnya. Sungguhpun beliau orang biasa, tetapi keinsafan beliau pergi jauh dan mendorong saya untuk memberi keterangan yang rakyat kita sekarang ada jahat dan baik,"katanya.




8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Puak pembangkang memang hebat, sampai ke tanah kubur, sampai ke liang lahad pun depa nak berpolitik.

    Sumpah seranah, fitnah dah jadi zikir menggantikan talkin yang patut dibaca membawa kesedaran.

    Kemaruk sungguh puak ni.

    ReplyDelete
  2. politik ada dmana2 selagi masih hidup hanya dalam pahaman sesat umno sahaja cuba memisahkan politik dari agama supaya ratyat yang jahil agama sentiasa menyokong mereka dan selagi mereka berkuasa selagi itulah mereka akan mencengkam rakyat dengan berbagai akta yang menyukarkan rakyat sehingga untok belajar agama pun disekat, kuliah2 agama berkaitan hukum hudud tidak sekali dibenarkan didalam masjib walau pun hukum hudud mempunyai nas qatie tetapi bagi umno ia dikatakan politik maka politik tidak dibenar bercakap dalam masjid, malanglah bagi kita yag menyokong umno mengaku islam dan beriman dengan ALLAHswt tetapi menolak hukum yang terkandung dalam quran sedangkan ALLAHswt akan mengadili kita diahirat nanti mengikut apa yang terkandung dalam al quran dan sunah nabisaw.

    ReplyDelete
  3. Umno berpendapat agama harus dipisahkan dari politik, sebab itu mereka kadang-kadang berperangai seperti orang gila..


    AGAMA DAN POLITIK MESTI SEIRING

    Mintak kawan-kawan lawat blog saya juga ya

    http://tukanglawan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. anak seberang jayaJuly 11, 2011 at 9:50 AM

    al fatihah utk arwah...
    ttpi dah tau sakit pasai apa pi....kalau dah taksub dan fanatik...apa pun bolh...
    dan org pas dah isytihar arwah mati syahid kerana berjihad menentang kezaliman dan mempertahankan ambiga si penyokong murtad..

    ReplyDelete
  5. anak seberang jaya??pondan betul ko niii,,

    ReplyDelete
  6. anak seberang jaya..respect org yg dah tak ada.tak kira apa jua dalam apa jenis kematian pun..ambiga yg kapiaq tu pun datang..mana puak amnoporno yg mewakili melayu a.k.a islam..ada hantar wakil?bab syahid ke tak ke..kita serah padaNYA untuk tentukan di tempat sana nanti..yg tu kita jgn pertikai..bukan kuasa kita nak persoalkan bab tu.
    dan satu lagi.kalau jenis ada korap panau umnoporno ada kat kulit mesti dah berjangkit kat hang..aku tgk video tak ada pun puak dari mana2 istihar dia mati syahid?hang pandai noo spin cerita...jenis menatang suka spin cita ni.

    ReplyDelete
  7. Alfatihan untuk arwah..semoga rohnya dipelihara ALLAH.. tapi sedihnya hati den bila ada yang ekplotasikan kematian arwah... bangsat sungguh orang hidup itu.. tak sabar nak mati.. tunggu la masanya, malaikat maut akan laksanakan tugasannya,

    ReplyDelete
  8. kah kah kah hantu dah masuk...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post