
Itu pasal puak yang sibuk nak pertahan pintu Istana.. ini pula pasal PERKASA, nampak sangat betapa tak bernilainya kata-kata Presiden PERKASA, Ibrahim Ali sekarang ni.. kata-katanya umpama Anjing menyalak Bukit kini.. korang baca kedua-dua berita ini..
Berita Pertama
Temu Agong – Perkasa Bantah Permintaan Ambiga
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) membantah permintaan kumpulan penganjur perhimpunan Bersih 2.0 yang mahu bertemu dengan Yang Dipertuan Agong bagi menyelesaikan isu perhimpunan haram berkenaan.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika permintaan kumpulan haram itu dibenarkan, ia akan menjadi satu duluan (precedent) tidak baik pada masa hadapan.
“Kenapa perlu Agong bertemu dengan kumpulan haram yang bodoh!!!,” katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Mynewshub.my di sini malam tadi.
Tambah Ibrahim Ali, jika pihak Istana Negara bersetuju untuk bertemu dengan Ambiga, maka kumpulan itu akan mengaku mereka telah menang dalam perjuangan mereka dan menyebarkan kejayaan itu dikalangan rakyat bagi meraih publisiti.
Kata beliau, selepas titah khas itu dikeluarkan, maka isu sekarang ialah samada Ambiga dan kumpulan akan patuh atau tidak kehendak titah itu.
“Sekarang kita mahu lihat betapa setianya Ambiga dan ahli jawatankuasa Bersih kepada Raja, samada beliau dan kumpulannya menjunjung prinsip Rukan Negara.
“Jika tidak, beliau dan kumpulannya adalah pengkhianat kepada negara,” katanya.- sepenuhnya sila baca di (SINI)
Berita Kedua
BERSIH 2.0 di Istana mengadap Seri Paduka

Peremuan itu dipercayai bagi membincangkan mengenai perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai ini.
Menurut sumber yang rapat dengan pihak penganjur, tidak ada ahli politik yang akan menyertai pertemuan berkenaan.
Menurut wartawan Malaysiakini yang menunggu di perkarangan Istana Negara, pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin adalah antara yang kelihatan menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sejak jam 1.30 petang tadi.
Mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan dilaporkan masuk pada jam 1.55 petang tadi.
Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.
Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.
Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.
Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.- Malaysiakini
err.. mana puak-puak yang nak mempertahankan pintu Istana Negara hari tu.. Ambiga dah masuk Istana ni..
DAH JADI PEKASAM
ReplyDeletenak masuk Istana pun nak marah..semua xkena depa tue..
ReplyDeleteRAHSIA TOMOK DISEBALIK WANG HANTARANNYA!!
Berahim ni begitulah perangainya,dulu,kini dan selamanya,anggaplah dia maharaja lawak,kesian aku...tanya dia dah jilat ke buntut Mahathir tu...
ReplyDeleteDulu masa dia jadi Timbalan Menteri Undang2,pada malam tu dia buat satu ceramah, masa dia buat ceramah tu adalah seseorang berkata2 :katak...katak". maka didengarilah oleh si Ibrahim Ali ini. Lalu beliau bersuara beliau menerusi mic. "siapa kata...siapa katak???"
ReplyDeletekah..kah..kah..
Hadirin yang ada terus ketawa....
Begitulah nasib si RAJA KATAK. Kemana saja pergi ada saja orang mengatanya.
YANG BERSIH TETAP BERSIH,
ReplyDeleteYANG KOTOR TETAP KOTOR,
TETIBA ISTANA TERIMA BERSIH,
TATKALA PETUALANG SEDANG TIDUR.
MENJUNJUNG KASIH TUANKU.....PATEK HAMBA RAKYAT MEMANJATKAN RASA SYUKUR KE HASRAT ILLAHI YANG TELAH MEMBERIKAN KEBIJAKSANAAN KEPADA TUANKU MENYELESAIKAN KEMELUT IN.
ReplyDeleteAMPUN TUANKU
Pak Berahim ni cuma RAJA KATAK aje.No value even one cent.Agong sudi terima
ReplyDeleteAmbiga and the geng mengadap.Apa kuasa si RAJA KATAK nak menghalang pulak.Taraf RAJA KATAK cuma bawah tempurung aje laaa....
apa kena-mengena Tuanku nak jumpa siapa? Adakah perlu dapatkan kebenaran dari Perkasa atau UMNo dulu? Kata jer hormat Raja tapi sebenarnya tak hormat lansung. Jadi sekarang Ambiaga dah jumpa Tuanku, maksudnya Tuanku jumpa orang bodoh?? Tak hormat lansung tsk tsk tsk!!
ReplyDeleteTak tau lah Ibrahim ni, dah la ketot, otak rosak pula, macam baru keluar dari gua. Bodah tak berakal.
kan anbiga dah pon mengadap YDP Agung.. nasib baik anbiga tak pakai tanjak dan samping... kalau pakai.. mcmana lah agaknya muka brahim...
ReplyDeleteskg kita mahu lihat apakah brahim dan perkasa menjunjung tinggi daulat agung??
maka adalah di ingatkan jgn lepas ini kuasa raja dan peranan YDP Agung pula jd taruhan dan diserang...
mengadap Agong dah kira menang ke.. sebenarnya mengadap Agung ni bila bila dan Baginda pun tahu apa yg dituntut oleh rakyat..
kita menang bila tuntutan itu di penuhi oleh kjaan amco/bn.. hasil nya dan akhirnya rakyat msia yg menang dan ini termasuk lah warga perkasa..
MARI PAKAT KITA RAMAI2 PAKAI BAJU KUNING BERTULIS 'DAULAT TUANKU'... TAK PAYAH ADA PERKATAAN BERSIH PON TAK APA...
ReplyDeleteMCM PAS, NEGARA BERKEBAJIKAN=>ISLAM RAHMAT BAGI SEKELIAN ALAM.
BERSIH 2.0 DH MENANG KERANA DAPAT JUMPA AGONG...AGONG KAN SURUH SEMUA PIHAK PELIHARA & MEMANTAPKAN DEMOKRASI.
Apalah lagi tinggal kat brahim ali ni..semua orang kutuk dia...apalah harga dia kat dunia ni yer..kesian sungguh...
ReplyDeleteuhhhh ambiga dapat mengadap tuanku dah dikira berjaya ?? sayang nya diaorang ni pada ambiga . angkat bagai srikandi . tak nampak ker ambiga terpaksa telan balik cadangan polis supaya bersih dibuat di stadium . apa pun jangan lupa , kita tunggu siasatan dari mana ambiga dapat dana untuk bersih ni .
ReplyDeleteYa, aku tahu ambiga dapat dana dari kepala bapak kau anon9:54,
ReplyDeleteJangan jadi ayam balong merah dan badan puteh , boleh menyalak nampak malaikat tapi tak boleh buat kebaikan. seperti hitam dan puteh. Syabas Yang diPertuan Agong.
ReplyDeleteUMporNo dan PERKoSA kantoi lagi!!!! lepas ni apa pula fitnah yg umno nak buat! tak habis umno ni nak bagi malu melayu.
ReplyDeleteOrnag melayu dah cekup malu nak menggaku ahli umno.. cuma tinggal mamak dan mami saja yg terhegeh2 menyokong umno.he..he..he
BERSIH mungkin ggl jika tak dpt mengadap YDP Agung.. klau berjalan pun perhimpunan BERSIH.. gko org sendiri lah bayangkan mcmana layanan polis kpd perserta.. Tetapi krn BERSIH mengadap tu lah maka diberi tempat di stadium... jika tidak belum tentu dpat..
ReplyDeleteJika boleh patik dgn rendah diri mohon YM Tuanku atau wakil istana hadir menerima memorandum dr rakyat pd hr tstbt..
atau sekurang kurangnya izin kan patik mencadangkan kpd YM Tuanku supaya mentitahkan Ibrahim yg menjadi wakil YM Tuanku.. krn ini lah masa YM Tuanku menguji taat setia nya Ibrahim kpd Raja-Raja Melayu..
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!