Ambiga jangan fikir anda kuat!! - Najib

Kenyataan paling Desperate oleh Najib.. Setelah berbagai langkah yang kononnya berhemah diambil oleh Kerajaan masih gagal menunjukkan kesan terhadap cadangan perhimpunan BERSIH 2.0, Najib menyerang Ambiga..

“Ambiga jangan fikir kuat sangat.” Demikian peringatan keras Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram di ibu negara pada Sabtu ini.

Perdana Menteri berkata, majoriti rakyat, termasuk lebih 20,000 yang hadir pada Majlis Bersama Rakyat di padang Sekolah Kebangsaan Sri Aman dekat sini, menentang sebarang tindakan pihak terbabit untuk mencetuskan kekecohan di ibu negara sehingga boleh menjejaskan keamanan dan ekonomi negara.


Katanya, sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, beliau boleh mengarahkan ahli-ahli parti untuk berdepan dengan kumpulan tersebut tetapi tidak berbuat demikian kerana mengambil kira kesan buruk yang mungkin berlaku.

Katanya, jika kacau-bilau berlaku, keadaan itu akan menjejaskan kestabilan ekonomi dan menjejaskan perjuangan pemimpin BN terdahulu dalam membangunkan negara sehingga maju ke tahap ini, tetapi hendak dirosakkan oleh Ambiga.

“Jadi, Ambiga janganlah fikir kuat sangat, kita kenal siapa Ambiga. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita simpan kuku kita dulu, kita jangan hunus keris kita sebab kalau ambo (saya) bagi isyarat, semua boleh pakat-pakat turun.

“Kita jangan (turun), sebab kita tidak mahu ada perbalahan terbuka dalam negara sebab bila ada demonstrasi jalanan, mungkin ada orang yang tidak boleh kawal perasaan, boleh timbul huru-hara dalam negara.

“Kita sudah payah bina negara, pemimpin dulu kerja sampai mati nak bangunkan negara, nak jadi Malaysia negara contoh, pemimpin dulu banyak berjasa sebab itu kita hidup dalam negara aman damai. Tapi Ambiga nak rosakkan ini semua,” katanya berucap pada Majlis Bersama Rakyat itu di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO bahagian, Zawawi Othman.

Menurut Perdana Menteri, matlamat perhimpunan haram itu bukan untuk membersihkan pilihan raya, kerana ternyata Pas boleh memerintah Kelantan lebih 21 tahun dan pembangkang menang di lima negeri pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, keadaan itu menunjukkan demokrasi di negara ini adalah lebih baik dan tidak sama seperti di negara Asia Barat seperti Mesir, di mana parti memerintah memenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun.

Justeru, beliau pelik dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sanggup bersekongkol dengan Ambiga dalam gerakan itu bagi merosakkan keamanan negara.

Ini kerana katanya, Ambiga merupakan orang yang cuba mengganggu-gugat Islam, dan UMNO serta BN mesti menegakkan kebenaran.

“Apa sudah jadi dengan pemimpin Pas,” soalnya sambil mengingatkan rakyat dalang paling besar di sebalik perhimpunan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, beliau yang melihat angin perubahan sedang bertiup di Kelantan, menyatakan janji BN untuk membawa pembangunan ke negeri ini sekiranya rakyat Kelantan memberi mandat kepada parti itu.


Lidah Rasmi UMNO

12 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. isunya bukan ambiga.. tapi tuntutan bersih.. jika ada pemimpin lain selain ambiga yang memimpin bersih maka perhimpunan akan tetap diteruskan.. bangang punya puak-puak UMGOK dan UMPORNO!!

    ReplyDelete
  2. Betul bukan pasal AMBIGA tapi yang tersirat apa !!! Apakah disebabkan oleh Spring Revolution di ARAB kita nak ikut. Cuba lihat negara ARAB dgn kita jauh beza contoh MESIR ada AL AZHAR rakyat kita berduyun belajar kat sana tapi apa yang dibuat oleh pak sheikh alazhar (nil).Ada budak kita balik suruh kerajaan buat hukum hudud tapi ngapa pak sheikh al azhar tak suruh kerajaan mereka termasuk lah sekarang buat hukum tersebut. Pelik kan !

    Saya dalam hal politik suka bersikap neutral namun terpanggil untuk menjawab kerana apa yang diomongkan oleh politikus terutama pembangkang macam kebudakan serta tak masuk akal.

    Mana racun arsenik ! tak mati pun sihat sampai sekarang. mana kotak dokumen yang di nak siar dah 14 tahun mana dia. Dulu aku pun percaya lama lama aku naik meluat. Selama ini rakyat ditipu oleh ..... ..juburi.

    ReplyDelete
  3. Tok Najib ni tahu isu tp biasalah pusing balik utk bodohkn rakyat terutama ahli Umno totok tu. Ni nk britahu apa tujuan sebenar BERSIH spt berikut;
    1) pendaftaran automatik
    2) reformasi undi pos
    3) penggunaan dakwat kekal
    4) akses kepada media
    5) masa berkempen minima
    6) pengukuhan perbadanan awam
    7) hentikan rasuah

    hmmm... memang anak jantan betul tuntutan BERSIH. Umno ckp rakyat dah sedar, tambahn pula punyai ahli 3 juta. Habih tu apa perlu takut?? Bertarunglah sebagai anak jantan.

    Sy minta pendedahan pengundi hantu ni diteruskan lagi. Cukup mengemparkan betul woo.. Goyang gak pengerusi SPR tu.

    ReplyDelete
  4. utk anon 12:13,

    hg pun sama bodoh dgn hg punya boss tu. Tak tau baca ka?? Ka tak paham ka benak hati perut?? Isu skrg pasal Bersih bkn pasal Al-Azhar/racun arsenik.
    Cet neutral konon..Pooraahhh!! dah Umngok mengaku je la.

    ReplyDelete
  5. hahaha..neutral la sgt. woiii bahlol, suh si ezam tu dedahkan dokumen2 tu. Dia yg kata bkn anwar. Bak belajar kat al azhar ke mesir ke, dr sudut pandangan mata ko yg malu2 kucing nak ngaku umno( or rasa terhina nak ngaku umno mcm mamak sekor tu yg rasa terhina di panggil mamak...) masalaahnya ko melihat dari sudut bangsa, bkn dr sudut Islam itu sendiri. Jgn terjerat dlm minda yg sempit, hati yg gelap.

    ReplyDelete
  6. umno yang diketuai oleh najib telah menukar tanah ktmb yang bernilai 3.5trilion degan sebidang tanah yang lain bernilai 400 juta mungkin pada anggapan umno pertukaran ini diistilahkan sebagai menang-menang seperti mana pulau batu putih dan sejarah jugatidak lupa dengan kedudkan ketua menteri p,pinang yang diserahkan oleh umno kepada gerakan pada 1974 sedangkan umno mempunyai mujoriti adun ketika itu,apabila ketua menteri sekali lagi bertukar tangan dan yang pasti ketua menteri sekarang sebangsa dengan yang sebelumnya umno terkejut dari lenanya selama ini mereka anggap yang sebelumnya itu melayu rupanya2 cina juga tapi umno tidak menerima hakikat kerana mereka maseh dalam keadaan separoh sedar.

    ReplyDelete
  7. mtk laluan nak jawab psl arsenik.. kenapa tukar sel anwar dan kenapa tak benar doktor pakar anwar dan doktor bn sama sama periksa kesihatan anwar.. seingat aku selepas tu anwar berminggu di hospital kl..

    blik kpd isu... pemimpin dulu bersusah payah nak bangun kan negara .. apa punya statement laaa.. yg kita lwn pemimpin skg bukan dulu..

    klau ada anak buah yg belajar kan al azhar tny dia satu soalan je ada ke tak de hukum hudud ni??

    dan tlg tenguk kan apa yg tersirat pd perkasa dan mahaguru silat.. dan tlg tenguk apa yg tersirat anbiga jgn ingat kuat sgt tp yg kena tangkap org lain (EO) smp skg belum kena tangkap.. bg aku ternyata dia kuat.. kalau tangkap anbiga dia lagi kuat sbb padah nya pada undi perempuan nanti...

    ReplyDelete
  8. kecoh apa nya ...PAS dah buang hukum hudud tu dah diganti dengan negara berkebajikan . DAP pun perjuang negara kebajikan gak . baguslah tu baru sama taraf PAS dengan DAP . cuma bezanya PAS cakap dia perjuangkan islam mengikut quran dan sunnah . kononnyalah . sedangkan nabi pun suruh umatnya buang apa yang menghalang laluan orang ramai (dahan tamar) , PAS sibuk dok suruh penganut-penganutnya turun kempen BERSIH . pulak tu pengerusinya seorang hindu yang terang-terang pro-murtad dan tidak puas hati agama islam dijadikan agama rasmi negara . heran aku , tang mana ikut quran dan sunnah dalam hal ni ?? tang mana boleh pahala ikut bersih ni ?? ada cakap "kalau bukan ambiga pun " , berani ker PAS nak tukar pengerusi bersih selain dari ambiga ??? nak kena sekeh kepala dengan PKR dan DAP ??

    ReplyDelete
  9. Hadith Nabi Muhammad s.a.w dan keputusan Ijma' Ulama Imam2 Besar rujukan umat Islam seperti Imam an-Nawawi rahimahullah, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah, Imam Abu ‘Abdillah al-Qurthubi rahimahullah dll.

    "Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunnahku dengan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu." [HR Imam Bukhari dan Imam Muslim].
    ...
    Dalam riwayat yang lain juga daripada Ummu Salamah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
    “Akan diangkat para penguasa untuk kamu. Di mana kamu mengenalinya dan kemudian engkau mengingkarinya (kerana ia telah melakukan maksiat). Sesiapa yang benci (terhadap maksiat tersebut), maka ia telah berlepas diri. Sesiapa yang mengingkarinya, benar-benar ia telah selamat. Akan tetapi, sebaliknya pula kepada mereka yang redha dan mengikuti keburukan pemimpin tersebut (dia tidak akan selamat).” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah kami boleh memeranginya (menentanganya)?” Beliau menjawab, “Tidak, selagi mereka masih melaksanakan solat.” Iaitu sesiapa yang membenci dan mengingkari dengan hatinya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/401, no. 3446)

    ReplyDelete
  10. anakjatijohor

    pelbagai info berkaitan perjuangan rakyat amat ditagih dan dinanti. sehubungan itu mohon pendedahan pelbagai kecurangan spr dan agensi lain beserta bukti dan fakta agar mampu dijadikan peluru untuk meng'brainwash' kan penyokong2 totok umporno upco 1 Malaysia.

    terima kasih.

    LAWAN TETAP LAWAN!!!

    ReplyDelete
  11. bersih nak buangkan 'dahan tamar' laaa nie.. semua tuntutan bersih ini adalah penghalang besar utk rakyat memilih wakil dan jika berhasrat tukar kepimpinan..

    senang je kata pas dah buang hudud.. astagfirullah.. org islam mana didunia ini tak kan ada kuasa utk buang hudud.. aku cuma suruh tny anak buah gko ada ke tidak hukum hudud ni??

    pas dan pkr dah terbukti buat perhimpunan dan demo.. yg terbesar sehingga yg terkecil.. bila pas dan pkr buat org melayu islam dlm amco tunjuk taring.. klau mat sabu ke azmin ke dah sepuluh kali naik bukit aman.. silap silap terus didakwa.. mcm sial.... tp bila anibiga 'kita tak kan tunjuk kuku kita dan kita tak kan hunus keris kita..' 'kita perintah cara berhemah' .. rasa nak carut je...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post