Anak Kecil Main Api.. Tiada sengketapun Tanah kita Tergadai..

Lihat Video ini.. hayati lirik dibawah.. dan baca berita diakhir entry..




Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Apa yang jelas kepada kita sekarang.. tanpa sebarang sengketa sesama kita, Kita telah kehilangan lagi sekeping tanah warisan nenek moyang kepada kita kerana lemahnya pentadbiran Negara..


Tanah milik Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di Singapura adalah warisan terakhir milik Malaysia yang telah lama dipertahankan oleh Tun Mahathir tetapi gagal dipertahankan di bawah era pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dinegara lain mereka sanggup berperang demi mempertahankan tanah milik Negara mereka apatah lagi jika tanah itu amat strategik dari sudut ketenteraan, tetapi kita dengan mudah melepaskannya begitu sahaja…


Hilang tanah KTMB, rakyat perlu ambil pengajaran- Salahuddin

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia khususnya di Johor perlu menentukan sikap dalam memilih pemimpin pada masa akan datang, dengan menjadikan isu kehilangan Tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di Singapura sebagai pengajaran.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, tanah tersebut merupakan warisan terakhir milik Malaysia yang gagal dipertahankan di bawah era pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita tak tahu apa apakah kita akan kehilangan lagi perkara-perkara berkaitan pertindihan yang masih tidak selesai. Ia tak
boleh dipertahan,” katanya kepada Keadilandaily.

Beliau memberikan reaksi kepada kehilangan tanah seluas 200 hektar atau 494 ekar termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar mulai 1 Julai 2011.

Stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke tempat pemeriksaan kereta api Woodlands (WTCP).

Menurut Salahuddin, tanah KTMB tidak sepatutnya hilang kerana ia melambangkan kedaulatan negara ini, yang sebelum ini terlepas Pulau Batu Puteh kepada republik negara itu.

“Sekarang, kita tak punya lagi warisan yang memberi erti yang besar dalam konsteks warisan negara.

“Seharusnya jika rundingan dibuat, pertimbangan tidak boleh merugikan negara, atau sekurang-kurang dalam keadaan ‘win-win situation‘,” jelasnya lagi.

Menurutnya lagi, masih banyak isu dan pertikaian yang tidak dapat diselesaikan kerajaan seperti isu air, pencerobohan ruang udara Malaysia, Tabung Perkerja Malaysia di Singapura (CPF) dan sebagainya.

“Kini kita kehilangan satu tanah warisan dan hak kedaulatan. Saya kesal dengan kehilangan itu. Dah sampai masanya rakyat untuk melihat sikap Barisan Nasional,” kata Salahuddin yang merupakan anak jati Johor.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat melalui paparan di laman sosial Facebook memaklumkan satu acara ‘Tangisan Tanjung Pagar’ dilakukan di stesen keretapi Johor Bahru jam 6 petang tadi.

Mereka memakai baju putih dan seluar gelap sebagai tanda simbolik kehilangan tanah milik KTMB.


http://www.keadilandaily.com/?p=16308

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. semakin lama dorang pegang semakin hancur Malaysia..

    ISU PANAS!!:
    PELAJAR LIWAT BUDAK!!!

    ReplyDelete
  2. Lepas ini tak ada apa yang nak dijual olih kerajaan umno bn lagi semuanya sudah tergadai, apa kata negeri Johore pulak digadaikan kepada singapore tentu lumayan umno bn kan kan kan lagipun dekat degannya segala urusanya mudah.

    ReplyDelete
  3. Baru ku tahu rupanya SPR dikambing hitam kan . Bersih hanya topeng untuk ambiga & geng yang tak puas hati dengan agama ISLAM sebagai agama rasmi malaysia . tapi aku heran kenapa PAS sokong ??? nasib baik aku bukan penganut PAS

    -----------------------
    Pengendali blog Taikors & Taikun, Tony Yew membuat laporan polis semalam terhadap pembantu Lim Guan Eng, Chan Lilian yang menghantar mesej melalui laman Twitter, kerana menghasut penganut Kristian untuk menyertai perarakan Bersih 2 atas segala penganiayaan yang dilakukan terhadap mereka.

    ReplyDelete
  4. tersebut alkisah-
    tanah KTMB kat singapore dah jual(baca dari segi bagi)...dan dalam tak sedar..johor pun dah terjual(terbagi) sedikit demi sedikit..cuma tak sedar aja. lori pasir..ari2 masuk singapore.tapi tak tau sapa dalang disebaliknya..dan projek iskandariah ramai pelabur yg melabur dalam projek tu adalah pelabur utamanya company dari singapore.
    alkisahnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post