Apa Tujuan Anwar diserang di KL Sentral underpass?



Menurut Fayyadh Al-Bakri (gambar),pengawal peribadi DSAI yang mengalami kecederaan di pipi kerana mahu menyelamatkan Anwar dari terkena tembakan gas pemedih mata, kumpulan DSAI telah dikepung oleh pihak FRU ketika mereka sedang melalui di jalan bawah (underpass) KL Sentral.


Sekumpulan FRU telah menghalang jalan dibelakang mereka setelah kumpulan DSAI memasuki jalan bawah itu dan kemudiannya sekumpulan lagi telah menyerang mereka dengan gas pemedih mata dari arah hadapan..

FRU juga dikatakan menggunakan Gas Pemedih Mata dari jenis yang terbaru dalam inventori mereka iaitu bukan saja memedihkan mata malah boleh menyebabkab rasa sakit pada paru-paru..

Tembakan FRU itu disasarkan terus kemuka atau kepala DSAI, tetapi Berjaya ditahan oleh Fayyadh, akibatnya tulang pipi kiri Fayyadh hancur dan terpaksa menjalani pembedahan plastic Isnin ini..

Apa tujuan FRU mengepung dan menyerang DSAI dan kumpulannya ketika mereka berada dalam jalan bawah KL Sentral yang tertutup itu??

Jawapannya ada dalam dua berita dibawah.. korang bacalah..


PKR : Tubuh Suruhanjaya Diraja, Siasat Insiden Tembak Gas Di KL Sentral



PETALING JAYA 10 JULAI : Parti Keadilan Rakyat menggesa satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat tindakan yang dilakukan pegawai senior polis termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk, Datuk Seri Hishamuddin Hussein kerana mengarahkan polis melakukan kekejaman dan perbuatan jenayah dalam usaha menghalang hak mutlak rakyat untuk berhimpun secara aman.

Naib Presiden PKR N. Surendren menyatakan perbuatan jenayah tersebut merujuk kepada perbuatan melepaskan tembakan gas pemedih mata kepada orang awam di tempat tertutup dan sempit di laluan bawah berhampiran KL Sentral semalam dan ianya berlaku 'tanpa sebarang provokasi'.

Atas kesalahan itu, pelaku boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, kata Surendran dalam satu kenyataan media.

"Tindakan polis amat melanggari undang-undang dan standard polis antarabangsa. Tindakan itu sengaja dilakukan untuk membunuh, mencacat dan mencederakan mereka yang berarak dengan aman. Secara spesifiknya, tembakan gas pemedih mata di ruang tertutup di laluan bawah ialah perbuatan jenayah, yang akan menyebabbkan kecederaan serius atau kematian dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," kata beliau.

Antara mangsa yang terkena serangan tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan di jalan bawah (underpass) KL Sentral ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malah pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri mengalami kecederaan di bahagian mukanya ketika menyelamatkan pemimpin itu.

Ironinya, walaupun dirakam lensa kamera media seluruh negara termasuk Reuters akan kejadian di Stesen Sentral Kuala Lumpur itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan bahawa Anwar cedera dan menyatakan tembakan gas pemedih mata hanya dilepaskan di sekitar Pudu dan tidak di tempat lain.

Jawatankuasa Penggerak Bersih dan Pakatan Rakyat menganggap Bersih 2.0 semalam sebagai “satu kejayaan besar” dengan lebih 50,000 dianggarkan hadir memberi sokongan meskipun tidak dapat menyerahkan memorandum tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Setelah kumpulan kami yang aman memasuki laluan bawah itu, kami berhadapan dengan sepasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang berbaris dan menghalang laluan di hadapan dan bersenjatakan gas pemedih mata. Naib Presiden Tian Chua kemudian pergi ke barisan polis tersebut untuk berunding tetapi polis terus bereaksi dengan menjerit, mengetuk perisai mereka dan menghalakan senapang pemedih mata ke arah kami," terang Surendren.

Selain Anwar, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad turut mengalami kecederaaan ekoran insiden itu.


Polis FRU Sasarkan Tembakan Kearah Anwar, Kata Saifuddin

KUALA LUMPUR 9 JULAI : Datuk Seri Anwar Ibrahim ,mengalami kecederaan di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu, kata Parti Keadilan Rakyat.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata hanya tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri menyelamatkan pemimpin itu daripada kecederaan lebih teruk.

Akibat melindungi Anwar, Fayad patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan. Anwar turut dikejarkan ke Hospital untuk rawatan lanjut.

Saifuddin berkata, anggota Polis Simpanan Persekutan yang melepaskan tembakan di Brickfields itu jelas bertujuan mendatangkan kecederaan terhadap Anwar.

"Doktor menasihatkan Anwar memakai pelindung leher kerana khuatir kecederaan itu akan memberi kesan kepada tulang belakang beliau," kata Saifuddin.

Sehubungan itu, PKR akan membuat laporan polis supaya tindakan segera ke atas pegawai berkenaan.

"Polis menghalakan tepat senapang gas pemedih mata ke arah Anwar dalam jarak dekat," dedah Saifuddin.

Saifuddin menambah, tindakan polis itu mirip kepada kes tunjuk perasaan di Jalan Kebun, Klang pada tahun 2000.

"Dalam siasatan tahun 2000 itu, Suhakam mendapati polis menyalahi undang-undang kerana melepaskan tembakan gas pemedih mata tanpa mengikut peraturan,” kata Saifuddin.

“Sepatutnya polis melepaskan tembakan pada paras 45 darjah kerah ruang udara, bukannya menembak tepat pada sasaran," tegas beliau. Suhakam adalah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Selain Anwar, turut mengalami kecederaan akibat tembakan gas pemedih mata adalah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Sehingga jam lima petang tadi, polis menahan 1401 peserta perhimpunan Bersih termasuk pemimpin kanan PAS, PKR dan jawatankuasa penganjur Bersih termasuk pengerusinya Ambiga Sreenevasan.


Kedua-dua berita dari TVS News

19 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. "Dalam siasatan tahun 2000 itu, Suhakam mendapati polis menyalahi undang-undang kerana melepaskan tembakan gas pemedih mata tanpa mengikut peraturan,” kata Saifuddin.

    tunjuk perasaan tahun 2000 tak seteruk bersih2.. tu pun suhakam kata menyalahi undang undang.. bersih2 apa lagi... disuruh bersurai.. bersurai tp depan belakang kiri kanan di kepung... kemudian kata peserta berdegil tidak mengikut arahan polis spy bersurai...

    buat lapuran buang masa... jd semua ahli parlimen mengesa spy diadakan suruhanjaya... jgn sibuk suruh buat lapuran polis je....

    buat pencacai pencacai tentera yahudi pun tak buat keje kejam mcm ni .. org dah dikepung tak leh buat apa apa... yg ni biar pencacai yg jwb...ok

    ReplyDelete
  2. mana pecacai2 ni?mati akai dah ka?

    ReplyDelete
  3. Setiap tindakan polis dan FRU ke atas orang awam.....tidak akan terlepas...Jangan le kita risau...Allah menjadi saksi di atas segala perbuatan mereka...

    ReplyDelete
  4. Bukan ke polis dah bagi warning, kenapa pegi jugak. Tanggunglah risiko kena gas pedeh mata dan air fru. Sengaja cari nahas lepas tu salahkan kerajaan. Memang bodohlah orang2 PAS ni. Nampak sangat takut nak kalah lepas tu buat2 drama bersih, rakyat menyampah tau buat susah diorang je.

    ReplyDelete
  5. Anon 8:12,

    Aku cabar ko create FB Benci/Hapus Bersih 2.0 dan minta pencacai korang LIKE FB tu sptmana link bawah ni..

    http://www.facebook.com/pages/100000-People-Request-Najib-Tun-Razak-Resignation/223344854372583?closeTheater=1

    dari situ baru ko tau peratusan yg sokong UMNGOK dan yang mahu keadilan di Malaysia ni..

    amacam? ada berani?

    ReplyDelete
  6. anwar memang kai berlakon ...dulu arsenik , hiv , naik kerusi roda le ...sekarang berlakon nak mampos pulak ..kahkahkahkahkah ..... macam cerita gembala dgn serigala ... tapi ramai yg bodoh percaya ...lembu pun lg pandai nampaknya

    ReplyDelete
  7. Jika tiada lagi si penzina dan peliwat tegar ini di Malaysia, negara akan jadi aman.

    ReplyDelete
  8. Golongan PENCACAI ni dah jadi MINORITI, jangan layan... biar dia & keterunan dia jadi PENCACAI sepanjang zaman ..... mati nanti buang dlm lubang taik, dah busuk sampai ke usus....

    ReplyDelete
  9. mulutmelayu,
    Kau betul! kerana itulah kita kena kerja keras memastikan kerajaan sekarang jatuh supaya penzina2 dan penyebar fitnah di hukum... mereka yg kebanyakanya terdiri dari kalangan pemimpin umno sekarang.

    ReplyDelete
  10. pemimpin umno dayus! hanya berani di lensa TV3 suku dan mic utusan meloya.
    pemimpin2 umno bodoh, kecil2 tak nak mampus, bila sudah besar pergunakan polis utk menyusahkan orang!!!

    ReplyDelete
  11. utk anon 8:12AM,10:09 AM kamu memang lah pencacai tegar umporno yg dah byk mentekedarah rasuah sbb itu hati kamu jd keras dan mati xdpt HIDAYAH ALLAH SWT dlm kubur nnti minta tlg dgn pemimpin2 umporno utk beri syafaat jika kamu di gelar haramjadah pun memang tepatlah lg pun umur kamu semua belum 35 thn lg kalau dah 40 thn masih berperangai mcm ni lg teruklaH, utk http://mulutmelayu.realiti.blogspot.com pula kamu ni bolgger upahan umporno memang lah perangai ikut yahudiapco, kamu lupa yg tuk jib dgn altantuya tu mcm mana? bersih ke x kan 2 ekoq polis tu sj2 nak bunuh altantuya sdgkan mrk xde kepentingan dgn altabtuya lg dahsyat perbuatan ini yg razak baginda dan k'ga nya happy bersantai di london dgn wang komisyen kapal selam, senang betul hidup yer tp mrk semua lupa panggilan Allah swt akn ttp menyusul mrk boleh lah gunakan harta dan wang ringgit yg melimpahruah mcm qarun tu di negeri akhirat utk membelibelah di sana nnti...hehe. biarlah kita hidup sederhana dgn wang titik peluh sndiri, jgn memfitnsh org,jgn dengki kat org dan yg paling penting menganiaya org krn jika ini kita lakukan pd org maka Allah pasti akan balikkan semula pd kita atau keturunan kita, sementara usia kamu masih muda carilah ilmu iman jalan KESUFIAN agar setiap detik jantung atau nafas turun naik ia menyebut nama ALLAH,ALLAH,ALLAH kembalilah kpd Tuhanmu dgn Nafsu Mutmainnah - Jiwa yg tenang krn dlm KUBUR Allah tak tanya kamu parti apa? tp Allah akan tentang ketaqwaan kamu.

    ReplyDelete
  12. Walaupun puluhan ribu yg sertai perhimpunan BERSIH yg diancam dan di ugut polis, hakikatnya yg sertai perhimpunan BERSIH punyai tahap disiplin yg tinggi berdanding dengan demo UMNO di Georgetown minggu lepas yg penuh dengan keganasan, baca petikan dibawah...
    ---------------------------------
    Kira-kira 300 penyokong Umno, PERKASA dan NGO, Suara Anak-anak Malaysia mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang petang tadi bagi membantah tindakan ketua menteri Lim Guan Eng kerana menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

    Penyokong kumpulan itu berarak kira-kira satu kilometer dari Masjid Kapitan Keling ke bangunan Komtar selepas solat Jumaat.

    Mereka menuntut Lim berundur sebagai ketua menteri kerana beliau secara terbuka menyokong perhimpunan BERSIH yang telah diisytiharkan perhimpunan haram oleh pihak polis.
    Dalam perarakan itu yang melalui Jalan Chulia dan Jalan Carnavon menunju ke Komtar, kumpulan itu juga memecahkan cermin kereta-kereta di sepanjang jalan.

    Mereka juga bertindak ganas dengan menolak dua jurugambar - seorang daripada akhbar Cina manakala seorang seorang lagi daripada stesen TV.

    ReplyDelete
  13. Polis tu marah sebab cuti kena beku kot so nampak DSAI trus la aim..hehehe

    ReplyDelete
  14. rakyat sekarang bkn boleh di kencing2 lagi.

    semua pndg pakai hati. buta hati mmg tak gune.

    ReplyDelete
  15. tubuhkan suruhanjaya diRaja siasatan kes video ala-ala muka laki Y dulu.

    ReplyDelete
  16. nak tanya sekit kat anti maksiat, laki Y bapak kau ke???

    ReplyDelete
  17. ya mmg polis tak bg pegi.. dan undang undang mana pulak yg bagi polis boleh bertindak kasar?? apa niat fru kejar peserta setelah tembak gas pemedih mata??? sepatutnya kekuatan polis mampu mengepung kesemua 60,000 org dan masukkan mereka ke dlm lori utk dibawa ke pulapol dan kajang...

    pencacai boleh ckp apa je.. tp kita tenguk berapa lama kjaan bn mengambil masa utk tubuhkan suruhanjaya...

    krn amco tk nak tubuh suruhanjaya utk video palsu tu lah maka diedarkn ke kg kg dan kpd masy...

    ReplyDelete
  18. saudara jgn layan pencacai umno majoriti anon dia keling paria tak pun cina buta...kalau melayu dia ada rasa kalau tak da rasa tu ...dierla...budak sentul ada rasa..

    ReplyDelete
  19. cayalah pisang kaki .... dari tulisan engkau tu aku ras kau ni alim orangnya . tapi sayang kau tukang bawak fitnah kes altantuya tu. tak guna gakkkkkk .bila fayad nak saman polis ni .... masuk mahkamah baru boleh tau cerita sebenar dari 2 belah pihak . bosan lah asyik asyik dengar cerita dari fassik ajer ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post