Babi, Biawak dan Itik ditujukan kepada Siapa oleh Siapa?

Semalam setelah mengosongkan Komtar apabila menerima panggilan bahawa terdapat bom telah diletakkan dibangunana itu, pihak Polis menemui tiga beg yang masing-masing mengandungi seekor anak babi, biawak dan itik hitam.

Babi, Biawak dan Itik?

Kalau korang pernah terlihat gambar diatas semasa demo Anti-BERSIH yang kononnya tiada kaitan dengan UMNO Pulau Pinang, pasti korang akan terlihat beberapa orang manusia membawa itik..


Sebenarnya aku sendiri tertanya-tanya apa kaitan itik itu dengan BERSIH 2.0? tetapi setelah bersembang dengan seorang sahabat baru aku tahu itik itu adalah simbolik kepada YB Malik Kassim yang dikatakan bersuara itik..

Jadi kalau tiga binatang diatas iaitu Babi, Biawak dan Itik ditemui polis diletakkan didalam Beg Hitam yang dikatakan Bom itu.. korang pasti tahu ketiga-tiga binatang itu ditujukan kepada siapa dan oleh siapa?

Kalau korang tak tahu tapi nak tahu.. Babi ditujukan kepada Guan Eng KM Pulau Pinang, Biawak pula ditujukan kepada P. Ramasamy TKM Pulau Pinang manakala itik pula simbolik kepada YB Abdul Malik Kassim, Exco Hal Ehwal Agama Pulau Pinang..

Korang boleh agak tak siapa punya kerja??


Bukan bom tapi beg berisi babi, biawak, itik

Panggilan telefon mendakwa ada bom di Komtar, di Georgetown, petang semalam, yang memaksa polis mengosongkan bangunan itu membawa kepada penemuan tiga beg yang masing-masing mengandungi seekor anak babi, biawak dan itik hitam.

Beg berwarna biru, hitam dan merah itu ditemui ditinggalkan di depan pintu lif di tingkat tiga bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan termasuk Pejabat Ketua Menteri.

Marah dengan perkara berkenaan, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayob Yaakob berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu.

"Ini kerja gila dan kita akan siasat. Ini perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang padah. Saya bagi amaran kepada semua, jangan main-main. Ini sudah melampau," katanya ketika dihubungi.

Mengulas kejadian itu, Ayub berkata polis menerima panggilan ancaman bom kira-kira pukul 4 petang.

Susulan itu polis mengosongkan Komtar dan sepasukan Unit Pengesan Bom dan Unit Anjing Pengesan K9 dihantar ke situ.

Polis menemui tiga beg yang dalam keadaan mencurigakan, namun apabila dibuka masing-masing mengandungi tiga ekor anak haiwan terbabit.

Ayub berkata usaha mengesan pelaku sedang dibuat termasuk menerusi rakaman kamera litar tertutup.

Kejadian itu dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan pemimpin kerajaan negeri berdasarkan tag nama mereka yang diikat pada beg terbabit.

- Bernama

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sedihnya tengok bila manusia berlakon binatang yang tak berdosa jadi korban, apa dosa anak babi, biawak dan itik tu? Kenapa tak ganti dengan Najib, Berahing dan Madey aje?

    ReplyDelete
  2. Babi wakili MCA, Biawak wakili MIC, Itik hitam to wakili.........UMporNO kot???

    ReplyDelete
  3. Apa mamu Ghani buat selasa pagi? Dimana mamu berada? Dengan siapa mamu berada? jawab mamu, jawab! mamu Ghani, pecacai nombor satu UMporNO.

    ReplyDelete
  4. Kenapa ASD dedahkan pendekatan ini dalam blog ni . Kenapa tak kasih chance dulu kepada pembangkang P.Pinang dan Utusan buat tuduhan dan andaian dahulu, baru lah Kerajaan P Pinang menempalak lepas tu....kantoi mereka!

    ReplyDelete
  5. pakat2 x masuk kedai mamak dah lepas ni...sebab mamak penang lagi berkuasa dari melayu penang hua2..hua2..bodok punya umno p.pinang

    ReplyDelete
  6. setuju dgn anon july 13, 12:25 pm..

    sepatutnya biar polis tubuh badan siasatan dan cari jwp dulu... dan hendak pecah teori kenapa babi, biawak dan itik ini .. akan mkn masa berapa lama agaknya???

    tp secara langsung asd tlh membantu polis .. so kurang sikit lah masa di ambil utk menyiasat..

    dr liwat ke kepala lembu... ke babi/biawak/itik... tp perbuatan dia org tak kena sasaran... yg buka beg tu polis...

    ReplyDelete
  7. Anon,

    ASD ni orang Penang, kalau dia bukan orang Penang pun dia apa hal lak nak tunggu komen orang baru nak tulis dalam blog, dia ni blogger sejati yang ada akal fikiran untuk tulis apa yang dia fikir tak perlu tunggu kepala otak orang lain. Bukan macam gobblogger UMNO yang tunggu duit baru tulis. Tu yang kau ni plak belum apa2 dah ngata orang kantoi, apa selama ni kerajaan Penang tu kantoi ke dengan tindakan PURKIAMAK Penang tu. Tu PURKIAMAK ialah Persatuan Untuk Rakyat Keturunan India Muslim, Anak Mami Dan Mamak tau tak?

    ReplyDelete
  8. Selama ni geng2 umno yg asyik berdemo di komtar, terpekik dan terlolong macam anjing gila tak sedikit pun di endah kan oleh rakyat. sokongan terhadap umno di pulau pinang semakin pudar... maka bertambah geram dan sakit hati lah mereka dan ditambah lagi dengan kejayaan BERSIH, maka akhirnya kemarahan geng2 umno ni tak dapat di bendung lagi. taktik pangilan bom ini adalah usaha terkini mereka untuk mendapat perhatian.
    Hakikatnya bertambah jijik umno dimata orang rakyat. umno bakal hilang SEMUA kerusi ADUN di PRU13 nanti inshallah.

    ReplyDelete
  9. Sebetulnya kita x tau lah siapa yg x ada sokongan...kalau boleh biarlah org umno n bekas2 umno tu x ada yg menang baru adil kn....buatlh demo besar2an biar tkubur cepat...x menyusahkan kepala hahah....

    ReplyDelete
  10. anon 1:31am, kau kata; "kalau boleh biarlah org umno n bekas2 umno tu x ada yg menang baru adil kn.."
    jawaban aku...tak boleh biarkan.
    umno ni adalah barah yg perlu dihapus. dah cekup umno membawa kemusnahan, kemiskinan, kealpaan, perpecahan dan kehancuran ekonomi dan akidah melayu dan islam. kejatuhan umno tak boleh dielakan lagi dan adalah lebih baik dipercepatkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post