Bahan letupan, senjata ditemui.. Siapa punya kerja ni??

Bahan letupan itu ditemui bersama beberapa senjata tajam seperti pisau dan parang serta 15 mercun bola dan T-shirt tertera perkataan BERSIH yang dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan dalam pasu bunga di belakang pusat beli-belah Sogo, di sini.

Korang ingat lagi tak insiden gereja dibom dengan menggunakan Molotov Koktail? Korang agak kali ni siapa punya kerja?

KUALA LUMPUR: Polis menemui empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut, awal pagi semalam, dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram BERSIH berlangsung Sabtu ini.


Bahan letupan itu ditemui bersama beberapa senjata tajam seperti pisau dan parang serta 15 mercun bola dan T-shirt tertera perkataan BERSIH yang dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan dalam pasu bunga di belakang pusat beli-belah Sogo, di sini.

Hasil siasatan awal polis berdasarkan maklumat saksi mendapati bahan letupan berkenaan diletakkan tiga suspek lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja yang didaftarkan di Negeri Sembilan.

Suspek dilapor dalam keadaan mencurigakan selepas dilihat keluar dari kereta dengan memakai penutup muka dan sarung tangan sambil memerhatikan keadaan sekeliling, ketika menyembunyikan bahan letupan itu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata polis tidak menolak kemungkinan bahan letupan itu akan digunakan ketika perhimpunan haram, tetapi siasatan lanjut sedang dilakukan secara terperinci.

“Polis kini mengesan suspek berkenaan bagi mengetahui sama ada wujud bahan letupan turut diletakkan di beberapa lokasi lain yang kita percaya akan digunakan pada hari perhimpunan haram itu Sabtu ini,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau berkata, orang ramai diminta tidak panik menghadapi situasi berkenaan kerana polis sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk cubaan beberapa pihak mengganggu-gugat ketenteraman awam di sekitar Kuala Lumpur.

Katanya, polis berusaha mengesan suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan dan Kakisan.

Difahamkan, ini adalah penemuan pertama polis ke atas bahan letupan berbahaya yang dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram itu.

Sementara itu, sebuah kumpulan anti-BERSIH membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh dan diancam akan diserang dengan kumpulan bersenjata jika kumpulan berkenaan cuba menghalang perhimpunan BERSIH.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata kumpulan anti-BERSIH itu menerima SMS berbunyi ‘Lu Melayu Mau Mati ka, masa 13 Mei kami belum sedia, tapi 9 Julai sapa yang mati.. jadi jangan cuba mengganggu Perhimpunan BERSIH, kami yang akan bersenjata tidak akan teragak-agak menyerang anda seperti 13 Mei 1969.’

Sementara itu, Polis Selangor menemui satu beg berisi molotov coktail, dua plastik hitam mengandungi puluhan baju kuning BERSIH dan dua beg berisi parang serta bebola besi di Batu 12, Jalan Lama Gombak di tepi jalan kawasan hutan petang semalam.

Penemuan itu berdasarkan maklumat beberapa Orang Asli yang terlihat barang berkenaan ketika sedang mencari rotan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut kes itu.


Berita Harian

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. http://malaysia-post.blogspot.com/
    video polis frame aktivis supaya kena tuduh sebagai pengganas.

    ReplyDelete
  2. dasyat mereka ni..sampai tahap ini..kalau dulu mungkin berjaya..
    selepas ini bersih akan dituduh penganas..
    itu t-shirt bukan yang di rampas ker?

    ReplyDelete
  3. Ha ha ha....dimanakah kematangan PDRM? Tak payah lah nak sorok-sorok parang. Kalau betul-betul nak berparang-bergolok...beli ajer kat Chow Kit...kedai hardware banyak.

    Nak buat molotove cocktail pun senang. Kedai hardware banyak! Bomb bola pun ada jual, mercun pun ada....

    Ni apa punya hal tak masuk akal! Lepas tu siap bungkus t-shirt Bersih....Fake! Fake! Fake!

    ReplyDelete
  4. telah aku yakni allah jadikan manusia itu berakal dan bernafsu , binatang itu bernafsu saja jadi fikirkanlah kalau kita tidak dapat berfikir malah lagi teruk kita lebih dari binatang ....

    ReplyDelete
  5. jgn lah buat org meluat.. dah la sekali dgn tshirt bersih.. jumpa kat pasu bunga lak tu... mcm letak supaya senang jumpa jeee... benda tu semua berbungkus baik punya.. apahal nak bwk pakai topeng muka...

    ya mmg kami gunakan senjata... senjata kami ialah semangat dan keberanian.. 0907 adalah sejarah kt dpt melihat penyatuan dan perpaduan rakyat msia..

    ReplyDelete
  6. sy sebagai rakyat malaysia sangat panik dengan cerita bodoh mcam ni. jgn la asyik nak bodohkan orang je..melayu kita jugak yg bace berita ni.

    ReplyDelete
  7. apalah polis ni lembab lah . benda macam ni pun nak siasat ikut SOP . Gunalah SAP . selesai kes . ni keje Umngok lah . ni konspirasi peringkat tertinggi nak kenakan bersih . baju t-shirt tu dah ada bukti tempahan dibuat bawah nama JPM . parang tu semua masih baru , baru beli dari kedai mamakkutty . petrol RON95 tu sah diberi subsidi oleh kerajaan . ni mesti angkara najib bini rosmah yang terlibat . polis mesti jugak menyiasat pembabitan rosmah laki najib tu . tu lah SAP - Standard Alasan Pembangkang

    ReplyDelete
  8. kalau bom C4 yg digunakan utk letupkan altantuya pun polis boleh spin dan twist cerita..inikan pula mercun bola, pisau?? takjadi hal lah!! kedibiliti poilis sekarang ni di tahap polis mozambique!!!

    ReplyDelete
  9. kahkahkahkah kredibiliti cerita buletin tv3 dah tahap cikai...polis jumpa senjata? kahkahkahkahkah...buat molotov cun punya siap uniform plak tu..drp sumbu hingga ke botol sama! kahkahkahkahkah lepas tu yg paling best anjing2 umno ni kot nak pakai glove bila pegang barang bukti? ahhhhh memang x de keboleh percayaan polis2 dlm tv3 ni...tahap bangkai!

    ReplyDelete
  10. "T-shirt tertera perkataan BERSIH" ha...ha...ha... Kalau pencuri @ penyamun mana laaa yg bodoh nak tinggalkan "cap jarinya" kau pikirlah sendiriiii labuuuuu. ini tak lain tak bukan kerja........!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post